Haaaiii semua... Assalamualaikum... ermmm oleh kerana ramai kawan-kawan ibu yang share resepi so ibu pun nak juga lah share resepi kat blog ibu kali ni, resepi apa tu? ermmm tengok tajuk pasal roti so dah tentu lah resepi roti kan? tak kan resepi begedil plak.
Ok nak jadikan cerita ibu teringin nak buat roti sendiri tau, so setelah berhempas pulas mencari resepi buat roti paun yang mudah akhirnya ibu jumpa resepi buat roti tersebut, Alhamdulillah menjadi semua roti yang ibu buat tau, apa, resepinya mana? releksss ok... bagi ibu pot pet pot pet dulu ye? jom tengok gambar roti-roti paun ibu dulu.
Yang ni hasil pertama dari membakar roti yang ibu cuba, Rupanya mmg x cantik tapi gebu gebas tau makan cicah air milo n kopi mmg best.
Yang ni plak versi tabur coklat bar yang di sagat halus, yang ni boleh dikatakan roti kek sbb tepung gandum tak cukup ibu tabur je tepung kek sampai jadi doh dan hasilnya tarrraaaa... rupa masih sama x comel.
Haa yang ni plak ibu dah pandai nak bentukkan dia jd bentuk bunga coz bakar kali ni ibu letak dalam loyang bukan periuk tefal mcm yg 2 butir kat atas tu... maka hasilnya cantik la skit dr yang atas....
Yang diatas & dibawah ni versi pelangi plak, permintaan anakanda Arif, suka sangat dia dapat roti warna warni mcm tu...
Ok ni Resepi Roti Paun Kasih Ibu Arif - Heheheheh
Bahan-bahan ( 2-3 loyang sederhana )
• 1 sudu kecil yis kalau nk cepat naik taruk 2- 21/2 sudu kecil.
• 1cawan air suam
• ½ cawan gula
• ½ cawan marjerin/butter
• Tepung gandum bergantung di taruk masa menguli.
• sedikit minyak utk dilenserkan diatas roti
Cara-cara
- 1 cawan air suam dicampurkan yis biarkan seketika hingga larut. Sediakan besen tarukkan sedikit gandum lebih kurang ½ cawan kedalamnya. Kemudian masukkan air suam yg bercampur yis tadi kedlm besen yg berisi gandum.
- Kemudian masukkan pula gula kacau hingga gula hancur. Kemudian masukkan marjerin/butter kedalamnya kacau sampai sebati.
- Sesudah itu di letak sedikit demi sedikit tepung gandum di adun sampai boleh diuli. Jangan diisi terlampau banyak tepung takut jadi keras Cuma agak2 boleh diuli dgn tangan dan tidak melekat ditangan sahaja sampai menjadi doh yg lembut. Kemudian doh direhatkan sehingga ½ - 45 minit.. kemudian boleh dibentukkan bulat2 (ikut suka hati) dan di susun ke dlm loyang yg telah dialas baking paper (alas daun pisangpun boleh, ibu guna kertas buku jgn tiru ya).
- Dibiarkan naik sampai 2 kali ganda lepas itu dilenserkan minyak ke atas roti yg dah kembang kemudian bolehlah dibakar dgn kepanasan 180C selama 10-15minit dlm oven yg telah di panaskan terlebih dahulu..
- slamat mencuba.
Ikhlas penuh kasih sayang dari Ibu Arif, harap2 kawan2 boleh la mencuba resepi ni, tahan juga seminggu kalau kena gaya membuatnya.... so kalau was-was roti kat luar sana boleh buat untuk keluarga tersayang, kebersihan dan kehalalannya pun terjamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan