Khamis, 25 September 2014

RENGAT MENYERANG IBU BERPANTANG?



Rengat, apa itu rengat? Rengat adalah gejala yang mengganggu sesetengah ibu yang sedang dalam pantang, dikatakan juga jika pantang itu anak yg pertama maka rengat pun hanya sehari, kira rengat menyerang individu tu mengikut bersalin anak yg ke berapa. Kalau anak beralin anak ke 6, 6 hari la menderita sakit, Wallahualam.


Nak hilang / redakan rasa rengat, boleh cuba kaedah ni :-


1) Bertungku, Menggunakan tungku moden atau tungku tradisional (batu sungai), ianya dapat meredakan kesakitan dan mengeluarkan lebih banyak lagi darah terkumpul dari dalam peranakan.



**Sekiranya menghadapi kesulitan untuk mendapatkan batu tungku atau batu sungai, boleh gunakan beras atau pasir yang dipanaskan sebagai alternatif. Terdapat juga ibu yang menggunakan cara moden seperi tungku bantal atau sterika untuk bertungku dengan segera. Tetapi hati-hati jika menggunakan sterika kerana ditakuti akan mendatangkan kecederaan.


2) Berurut, Kebanyakan ibu akan membuat urutan selepas bersalin, maklumkan pada orang yang mengurut tentang masalah rengat yang dihadapi. Urutan juga dapat mengeluarkan darah yang terkumpul dalam peranakan.


3) Sapu minyak panas, Ini adalah kaedah biasa apabila mengalami rengat, minyak yang panas dapat meredakan rengat.


4) Memakai stokin, baju lengan panjang dan berselimut. Pemanasan badan dapat mengurangkan kesan rengat.


5) Letakkan botol berisi air panas di tempat yang sakit

Kaedah ini menyerupai rawatan bertungku.


6) Mengambil ubat penahan sakit :-

Ini adalah alternatif terakhir sekiranya ibu tidak dapat menahan kesakitan. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambilnya.


Terdapat ibu-ibu yang tidak mengalami rengat atau kesakitan selepas bersalin. Jangan bimbang, ini tidak bermakna peranakan anda tidak mengecut.


Love u all

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...