Khamis, 25 September 2014

METFORMIN RANGSANG HORMON?


 

Assalamualaikum semua....

Eceli ibu ni doc bekalkan metformin [Gambar atas] untuk masalah diabetis yang ibu hidap, ermmm ibu bukan nak citer pasal nyakit ibu, tapi ibu nak cerita pasal metformin ni, semalam ibu cari info di dalam group fb ibu terjumpa komen seseorg yang menyatakan doc beri dia metformin untuk rangsang hormon supaya mudah hamil, so ibu pun gugel la maklumat pasal metformin ni, sebab setahu ibu ia untuk pesakit diabetis.

1. Apakah metformin?

Metformin atau pun nama brandnya ialah Glucophage adalah sejenis ubat yang kerap digunakan untuk pesakit kencing manis Type 2 yang mempunyai paras gula darah yang tinggi disebabkan badannya ‘resistant’ kepada insulin. Insulin adalah sejenis hormon yang berfungsi untuk mengawal paras gula di dalam darah.

Dengan penggunaan metformin, ia tidak bertindak dengan meningkatkan paras hormon insulin tetapi sebaliknya menyebabkan sel-sel di dalam badan lebih sensitif kepada insulin. Di samping itu, ia mengurangkan penghasilan gula dari hati, memperlahankan penyerapan gula dari usus dan meningkatkan penyerapan gula oleh sel-sel di dalam badan.

2. Bagaimanakah metformin boleh membantu wanita yang menghidapi PCOS?

Kajian saintifik kini telah menunjukkan yang penggunaan Metformin juga mungkin boleh membantu pesakit yang menghidapi PCOS dengan mengimbangi hormon-hormon di dalam badan mereka. Ia mengurangkan ‘resistance’ kepada hormon insulin, merendahkan hormon androgen berlebihan dan paras kolesterol di dalam badan.

3. Adakah semua pesakit PCOS perlu memakan metformin?

Ini terpulang kepada simptom-simptom apa yang hendak diubati bagi pesakit PCOS. Tidak semua pesakit PCOS perlu memakan metformin.

a) Haid tidak teratur.

Kajian telah menunjukkan yang metformin boleh membantu menjadikan haid teratur dalam 50% wanita PCOS. (1) Akan tetapi ia mungkin mengambil masa sehingga 6 bulan. Haid teratur ini penting terutamanya untuk wanita yang ingin hamil. Bagi wanita yang tidak ingin hamil tetapi mahukan haid yang teratur pula, rawatan yang lebih sesuai bagi mereka adalah dengan memakan pil perancang (combined oral contraceptive pill)

b) Ketumbuhan bulu-bulu berlebihan (‘Hirsutism’)

Kajian(2) telah menunjukkan yang metformin tidak berkesan untuk mengubati simptom ‘hirsutism’ ini.

c) Ovulasi

Bagi wanita PCOS yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Pengurangan berat badan adalah rawatan pertama yang pertama yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Clomid adalah lebih efektif untuk meningkatkan peluang untuk mengandung. Bagi yang ‘clomid-resistant’, penambahan metformin mungkin dapat meningkatkan peratus wanita yang akan ovulasi.

d) Risiko OHSS

Kajian telah membuktikan yang penggunaan metformin sebelum dan semasa rawatan IVF dapat mengurangkan risiko OHSS. (3)

e) Berat badan berlebihan

Lebih kurang 50% wanita yang menghidapi PCOS mempunyai berat badan yang berlebihan. Kajian telah menunjukkan yang metformin boleh bantu membantu pengurangan berat badan yang berlebihan dengan selamat. (4) Metformin mungkin bertindak sebagai ‘appetite suppresant’.

f) Pencegahan Diabetes

Setengah-tengah pesakit PCOS mempunyai abnormaliti semasa menjalani ujian Glucose Tolerance Test (‘Impaired Glucose Tolerance’) American Diabetes Association sekarang mensarankan rawatan metformin bagi mereka yang mempunyai ‘impaired fasting glucose’ ataupun ‘Impaired glucose tolerance’ bagi tujuan mengurangkan risiko mendapat Diabetes terutamanya bagi mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan.


5. Apakah kesan sampingan atau ‘side-effects’ metformin?

Kesan sampingan yang biasa adalah cirit-birit, sakit perut, rasa loya dan muntah. Untuk mengurangkan kesan sampingan ini, Dr Tasha sarankan mengambil metformin XR (iaitu extended release) pada waktu malam. Ambil dos 500mg terlebih dahulu dengan makanan dan perlahan-lahan jika perlu baru naikkan dose. 

Maximum dos adalah 2gm sehari.

6. Perlukah saya berhenti memakan metformin selepas mengandung?

Walaupun terdapat kekhuatiran memakan metformin selepas ujian positif untuk kehamilan. Sekiranya terdapat wanita yang termakan metformin semasa trimester pertama kehamilannya, ada kajian yang telah menunjukkan tiada risiko abnormaliti pada kandungannya.

Di samping itu, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan kebarangkalian metformin dapat mengurangkan risiko keguguran atau kencing manis (‘Gestational diabetes’). Akan tetapi, buat masa sekarang tiada bukti kajian yang kukuh buat masa ini untuk menyokong penggunaan metformin bagi tujuan tersebut. Sekiranya puan sudah hamil, hendaklah berbincang dengan doktor masing-masing yang merawati untuk mendapatkan nasihat mengenai penggunaan metformin.

Kajian-kajian saintifik masih berterusan dijalankan untuk mengkaji keberkesanan metformin untuk pesakit PCOS. Banyak persoalan yang belum terjawab dan mungkin akan terungkai pada masa yang akan datang.

Sumber: Blog DrNatasha

Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...