Rabu, 24 September 2014

Mengapa Sukar Untuk Hamil Untuk Kali Kedua?

“Doktor, saya sudah mempunyai seorang anak. Selepas melahirkan anak pertama, saya masih tidak hamil. Sekarang anak saya itu pun dah umur 5 tahun. Sibuk tanya bila nak dapat adik. “

Ramai pasangan yang mengimpikan keluarga yang besar. Setengah-tengah pula berpendapat mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan adalah keluarga yang ideal bagi mereka. Akan tetapi, terdapat ramai kes seperti di atas di mana pasangan mendapati masalah pula untuk hamil setelah mempunyai seorang atau pun dua orang anak. Walhal mereka tidak mempunyai masalah langsung sebelumnya.

Ini dikenali sebagai ‘secondary subfertility’. Masalah kesuburan ini juga perlu mendapat rawatan khusus daripada doktor ginekologi ataupun pakar kesuburan, lebih-lebih sekiranya tempohnya sudah lebih dari 2-3 tahun mencuba.

1. Apakah ‘secondary subfertility?Terdapat dua jenis kemandulan:
a) ‘Primary’ subfertiliti:Keadaan apabila seseorang wanita tidak pernah hamil langsung.
b) ‘Secondary’ subfertiliti:Keadaan apabila seseorang wanita pernah hamil sebelumnya walaupun berakhir dengan keguguran ataupun kandungan luar rahim (‘ectopic pregnancy’).
 2. Apakah punca ‘secondary subfertility’?Terdapat beberapa punca ‘secondary subfertility’. Punca yang umum adalah:
  • Polycystic ovarian syndrome (PCOS). Selepas bersalin anak pertama, kerapkali berat badan pasangan wanita meningkat dengan mendadak menyebabkan masalah ketidakseimbangan hormon yang dikenali sebagai PCOS.
  • Endometriosis. Kadangkala masalah endometriosis akan menjadi lebih serius dan ini boleh menyebabkan ketidaksuburan.
  • Umur meningkat. Apabila umur pasangan wanita semakin meningkat, kualiti telur yang dihasilkan adalah lebih kurang. Ini juga boleh menyumbang kepada ketidaksuburan
  • Sebarang pembedahan seperti Caesarean ataupun D&C kadangkala boleh menyebabkan parut atau infeksi. Akan tetapi, masalah ini adalah tidak kerap.
  • Masalah sperma. Ini juga boleh berlaku sekiranya pasangan lelaki banyak merokok, menghidapi masalah seperti kencing manis atau darah tinggi yang tidak terkawal atau terkena jangkitan beguk.
3. Bilakah saya perlu berjumpa dengan doktor untuk masalah ‘secondary subfertility’?Ini terpulang kepada beberapa faktor:
  • Umur pasangan wanita. Sekiranya lebih dari 35 tahun hendaklah mendapat bantuan sekiranya lebih dari 6 bulan mencuba.
  • Kehendak kedua-dua pasangan. Sekiranya masalah ini memberi tekanan emosi yang kuat, bolehlah berjumpa dengan doktor secepat yang mungkin.
Kalau tidak kebanyakan pasangan akan berjumpa doktor setelah 2 – 3 tahun mencuba.
4. Apakah ujian yang perlu dilakukan untuk menyiasat punca ‘secondary subfertility’?Bergantung selepas mengambil sejarah latar belakang, doktor yang merawat akan membuat beberapa ujian:
  • Ujian darah untuk pasangan wanita
  • Imbasan scan pelvis untuk pasangan wanita
  • Ujian sperma pasangan lelaki
  • Ujian untuk menguji sama ada saluran peranakan wanita tersumbat atau pun tidak.
5. Apakah rawatan yang boleh dilakukan untuk masalah ‘secondary subfertility’?Rawatan kesuburan bergantung kepada punca masalah setiap pasangan. Secara umumnya, rawatannya termasuk memberi ubat subur, IUI dan juga IVF.
Pada umumnya, mereka yang menghadapi masalah ‘secondary subfertility’ mempunyai harapan bagus untuk hamil lagi. Ini bergantung kepada umur wanita itu dan punca masalah yang menyebabkan ketidaksuburan. Pasangan yang mengalami masalah ‘secondary subfertility’ ini tidak perlu berasa sedih atau putus asa. Mereka hendaklah berdoa dan berikhtiar agar mereka dikurniakan anak yang seterusnya. Sekiranya takdir mereka hanya untuk mempunyai satu anak sahaja, hendaklah bersyukur dan menumpukan perhatian kepada anak itu. Mungkin ada hikmat di sebaliknya.


Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...