Rabu, 12 Januari 2011

~Yang pertama 2011~

Salam,
Teman2 yang di rindui dan di sayangi...
Agak lama dah tak mengapdet blog ni, seingatku sejak arwah mak meninggal cuma sekali aku masukkan entry lepas tu tak ade lagi, pemergian mak seolah2 membawa bersama semangat aku dengannya, segalanya aku jadi lemah selepas ketiadaannya, baik dari segi kesihatan juga
semangat.
Pagi hari malas nak ke opis, badan pun sakit2 anak pula meragam.

Selepas mak meninggal rumah arwah cuma tinggal adik aku berdua masing2 masih bujang n dara so selepas mendapat kata sepakat abang2ku cadangkan aku pindah duduk di rumah arwah

dan suamiku pun setuju, maka aku berpindah semula ke rumah arwah. Bukan jauh cuma di blok depan saje. Bagiku bagus juga di samping dapat jimat duit sewa bulanan sekurang2nya aku juga tak ternampak2 macam arwah masih ada berdiri di tempat jemur kain memanggil aku yang kadang kala aku tengah menjemur kain atau memasak di dapur (sedihnya teringat mak).


Alhamdulillah dengan pertolangan anak2, anak sdare n adik aku barang2 telah selamat di pindahkan kerumah Arwah mak... so sekarang dlm rumah semua serba dua lah...
Namun kerinduan pada arwah mak tak pernah padam, semoga arwah mak damai di sana... Amin!

~Inilah Catatanku yang Pertama 2011~

Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...