Petang ni en3 ibu agak emo panas dan mungkin buat sesetengah kaum ibu agak emo bila hal ini di sebut didepan mereka lebih2 lagi dari sang suami empunya diri....
Ok terus pada persoalannya, Ibu sebenarnya tertanya2 sendiri salahkah seorang wanita itu menjadi isteri ke 2,3 @ 4 kepada seorang lelaki? selalunya wanita2 yang terlibat akan dipandang serong oleh masyarakat sekeliling. Salahkan mereka dengan gelaran ISTERI MUDA? Pening ibu berfikir seorang diri... Ibu sendiri berstatus Istri ke 3 kepada suami ibu (tentu kawan2 yang tak tahu terkejut kan?).
~Mungkin ada yg kata ibu rampas suami orang, bagi ibu tak! ibu tak rampas suami orang.. Ibu memang dah ditakdirkan jatuh cinta dan bernikah dengan suami ibu iaitu bapa kepada anak ibu.
Ibu bukan wanita yang kejam, ibu sayang madu2 ibu, ibu tak mahu kehilangan mereka cuma dengan hasutan orang kami bermasam muka, ibu baik dengan kak Y juga kak M. Ibu selalu berdoa supaya ALLAH satukan hati2 kami ber3 agar rezki kami murah dan kami dapat bahagiakan suami kami...
~
Pada pembaca diluar sana ketahuilah sesungguhnya kami tak minta untuk menjadi isteri2 muda tetapi semuanya perancangan ALLAH belaka, siapa yang mampu mengubah kehendak dan menidakkan kekuasaan ALLAH? jawablah kamu di padang mahsyar nanti...
~
Kepada kawan2 ibu doakan lah ibu sentiasa menjadi isteri yang solehah buat suami ibu dan menjadi madu yang terbaik buat kakak2 ibu.. Amin!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan