Rabu, 19 Januari 2011

Rindu Mansurah



Tiba2 ibu merindui ardul kinanah tempat yang pernah ibu jejaki untuk menimba ilmu dan pengalaman, Mansurah.... Rindu mahu jejakkan kaki ibu kesana lagi... Mansurah satu daerah yang jaraknya 120 km dari Kaherah di bahagian utara Mesir. Di Mansurah ibu tinggal di rumah sewa bersama2 5 yang lain, Tuan rumah ibu sangat baik, Ummu Hani (mama), baba, anak2nya terdiri dari Haisam, Hisyam,Said,Hani & ehab serta menantu2 mama Laila & Rawiyah.
Pemandangan Bangunan Kuliah Banat dari suq (pasar)
~
Rumah ibu berdekatan dengan Kuliah, Belakang kuliah je dan rumah ibu diberi nama Qasrul Amani. Pertama kali ibu jejakkan kaki kesana ibu semacam tak percaya yang ibu telah terbang jauh ke tempat orang, jauh dari keluarga dan sanak saudara. tapi demi ilmu ibu sanggup.
~
Mansoura ni boleh dikatakan kampung dalam bandar, ibu suka kan suasana disana, Kebanyakan kawasan di Mansurah adalah landai dan betanah gambut, sesuai untuk pertanian. Sungai Nil mengalir di sebelah barat laut sebagai bekalan air minum dan khusus untuk pertanian. Pertanian tertumpu kepada penanaman padi, jagung, sayuran dan buah-buahan. Manakala pada musim sejuk, kapas dan gandum menjadi pilihan utama dalam agenda pertanian mereka, Selain pertanian, perindustrian dan perdagangan juga banyak dijalankan.
~
Besar harapan ibu agar ibu dapat jejakkan lagi kaki kesana, walaupun sekadar berjalan2.


Peta menunjukkan daerah mansurah daerah daqahliah

Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...