~
Ya Allah rindunya ibu pada arwah mak, kadangkala sewaktu ibu turun tangga ke tempat kerja kelihatan mak menunggu ibu di tangga blok rumah mak sambil jerit "Nanti Na, ni mak bungkuskan nasi goreng". Mak sanggup turun tangga dari tingkat 4 semata2 untuk bagi nasi goreng buat bekalan ibu ke tempat kerja sehingga pada satu pagi mak kejar ibu sampai ke bus stop untuk berikan bekalan pada ibu, tapi ibu tak perasan mak di belakang ibu, bas sampai ibu terus naik tinggallah mak mungkin hampa tak dpt tunaikan hajatnya. Petang sewaktu ibu balik kerja uncle jual jajan yang bagitahu ibu kejadian pagi tadi tapi ibu.... diam sahaja!
~
Dulu sewaktu mak masih ada, petang2 waktu balik kerja ibu pasti akan tunggu mak di bus stop surau seksyen 10. Kami akan jalan sama2 untuk balik ke rumah, kadang2 ibu dan mak ke kedai sama2. Rindunya ibu pada insan yang bersusah payah mengandungkan ibu serta menderita kesakitan sewaktu melahirkan ibu... Mak rindunya darna pada mak...hadirlah mak dalam mimpi malam ini.
~
Insyaallah sabtu ni kenduri tahlil akan diadakan di rumah abang ibu di belakang tesco selayang.
Mak, Semoga amal kebaikan yang kami buat untuk mak sampai dengan sempurna kepangkuan mak!
~
Ya Allah tempatkan lah mak di kalangan golongan org2 yang beriman amin!
(mood masa buat entri ni Menangis)
2 ulasan:
Al Fatihah...kuatkan semangat:-)
Thanks Zura....
Catat Ulasan