Jumaat, 14 Januari 2011

~Momok~


Cerita ceriti ibu petang ni plak pasal Arif yang suka sangat tunjuk kat ibu momok, semalam masa ibu tengah syok mengadap FB Arif tarik tangan ibu dan pegang muka ibu suruh tengok ke arah dapur sambil kata "Mak ngok tu... ngok mak, momok akut mak".... Aduyaiii anak ibu... ibu ni sejak arwah mak ibu meninggal ibu jadi penakut, bukan ibu takut andai ternampak2 bayangan arwah makibu, tapi ibu takut syaitan yang menyerupai arwah mak ibu dengan rupa yang menakutkan, kawan2 faham kan maksud ibu? susahnya ibu nak terangkan.

Berbalik pada Arif tadi yang takutkan momok, ibu masa tu mmg tak tengok langsung kearah yang Arif tunjuk, ibu tak nak tengok muka hudoh syaitan yang di rejam, kalau comel mcm casper kat bawah ni ok gak, Ibu akui mmg ibu penakut selama ni tapi ibu kuatkan semangat.... Kebetulan masa tu memang ibu pasang TV kuat skit so hilanglah ketakutan tu disamping ibu menyibukkan diri dengan kawan2 ibu di FB. Dan julung2 kalinya semalam ibu tidur awal dari biasa.....


Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...