Selamat Pagi.... Entri kali ni berkisar tentang besday my luvly chinta hati ibu dan agak lewat, hari ini genap 2 tahun 1 bulan usia Arif, Mengikut perancangan awal memang nak buat majlis kecil2an coz tahun lepas ibu tak buat apa2 majlis kerana kewangan masa tu terhad, namun benarlah kata2 KITA HANYA MERANCANG &ALLAH YANG MENENTUKAN, 10 hari sebelum besday Arif, nenek Arif meninggalkan kami semua buat selama2nya. So tiadalah apa2 sambutan bila sampai waktunya.
~
Walaubagaimana pun malam tu ibu dan mak lang Arif bawak Arif jalan2 di K4 Wangsa Maju, macam Arif tahu2 je yang hari tu besday dia, di K4 macam2 lah yang dia nak, permintaan pertama jam tangan Ben 10, ibu sbnrnya tak nak beli coz mama Niza (rakan seopis ibu) ada bagi jam tangan yg serupa tapi gambar upin dan ipin pada Arif tapi memandangkan si Arif dah mengamuk n tak mahu berjalan maka terpaksalah ibu turutkan juga permintaannya memandangkan hari tu besday Arif.
sewaktu jalan2 dalam K4 Arif nampak pulak mainan dah mengamuk sakan nak kan mainan, tengok2 harga mak aii tak sanggup ibu beli benda sekenit tu sampai puluhan regenya, so ibu pujuk lagi kali ni Arif yang memang malam tu tak makan pujuk lansung (buat perangai). sudahnya ibu ambil sempua yang ada nombor & huruf ABC goncang2 depan Arif, bila dengar bunyi baru lah dia berhenti menangis. Harganya? RM7!
~
Jalan kedepan sikit nampak bola pulak, meraung plak sekali lagi habis di campak mainan yang baru je dibeli tadi.... ibu pujuk lagi coz kat rumah dah ade 2 biji, haiyya ini mudak aaa banyak ragam... Kesudahannya maklang dia belikan juga bola tu....
~
Arif2 menjangkau usia 2 tahun ni bertambah2 akalnya....
Banyak orang cakap Arif ni cerdik walau agak lasak... betul ke? Harap2 begitulah Insyaallah!
Ermmm Tak best kan entri ni.... apa pun ibu tak kesah janji ibu puas hati dapat cerita pasal anak ibu....
Tata Sayonara untuk kali ini!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan