Kenapa? kenapa dan kenapa????
Ibu tak faham kenapa dia masih lagi berdendam dengan ibu, ibu selalu berdoa kepada Allah supaya lembutkan hati dia... ibu tak suka bermusuh dengan dia, ibu sayang dia, sayang sangat2.. sumpah lah ibu maki lah ibu seperti petang tadi, ibu tetap sayang dia.
Petang smlm ibu tidor bangun2 tengok fon ade miskol dari suami ibu, bila ibu kol kenapa bukan suami ibu yang angkat...? kenapa suara dia? dia maki hamun ibu, puluhan sms dr no suami ibu dihantar untuk sumpah seranah ibu. ibu tak tahu nak luah kat mana, ibu harap kawan2 ibu tak salah anggap yg ibu sengaja buka pekung didada...
Dari petang semalam juga ibu masih menunggu suami ibu kol tapi tak ade, ibu sedih... ibu terluka dengan tuduhan dia. ibu tahu yang suami ibu tak tahu yang dia curi2 baca msg, sbb anak2 bagitahu ibu yang abahnya tido masa tu... semalam
jam 3am ibu masih tidak mampu melelapkan mata, bila ibu pejam segalanya kembali bermain di fikiran ibu, segala sumpah seranah dan maki hamunnya seperti kedengaran di telinga ibu.
Kenapa........?
Ya Allah bantulah hambamu ini... Lembutkanlah hatinya..
Ibu tak mahu buat suami ibu susah hati bila dapat tahu tentang peristiwa petang smlm, tapi ibu tak tahan dengan gangguan2 dari dia, nampaknya ibu kena tukar no fon lagi.. dia masih mengganggu ibu, tak sedarkah selama ini ibu banyak membantu kehidupan dia? ibu takut dari ibu mengasihi dia bertukar kepada perasaan benci... sebolehnya ibu mahu menjaga hati banyak pihak tapi hati ibu??? arghhhh ibu buntu dan tertekan....
Tolong lah Ya Allah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan