Selamat Tengah Hari Semua...
Ibu harap semua kawan2 sihat disamping rutin harian masing2!
Ibu sebenarnya saja belek2 album gambar dlm FB, tengok banyak kenangan2 gambar Ahmad Arif dari baby dengan usia baru 2 hari sehinggalah sekarang ni . Sungguhnya bila tengok gambar Arif masa baby ibu terlalu merindukan saat itu, saat kali pertama ibu bergelar seorang ibu, saat kali pertama ibu menyusukan seorang bayi dan lebih buat ibu bangga bayi itu anak ibu sendiri.
1) Gambar yang kena bedung ni Arif baru berusia 2 hari..
asyik tdo je.... Ibu suka sangat tengok wajah Arif time tdo.. Tengoklah bantal tu pun besar lagi dari kepala Arif kan betapa kecil dan halusnya dia dulu. Berat masa Lahir pun cuma 2.75kg!
2) Yang ni pun masih lagi dlm
mood tdo, ibu pelik jugak kenapa Arif tdo saja, rupanya dia ade jaundis! Bila bawa ke Klinik misi suruh bawak GH (emergency sbb jaundis dia dah terik) *Masuk wad petang tu juga, malam dalam jan 11pm doc panggil bagitahu yang Arif perlu tukar darah kerana jaundis yang Arif alami melebihi paras Kritikal malah nak masuk ke peringkat dabel kritikal! Lepas Ibu & Mr.Yes ibu setuju malam tu juga proses tukar darah dilakukan dari jam 2am-6am, sepanjang malam juga ibu tak tdo & duduk diluar wad.
3)Gambar ni plak selepas Arif selesai tukar darah, tengok pampers pun doc tak bagi pakai... cuma alaskan kepala dia sahaja, lampu dari setiap penjuru atas,bawah kiri dan kanan Arif. kesian anak ibu, hari2 ibu menangis kesiankan dia, sampai ada satu masa tu ibu terlalu letih ibu terlelap, bila bangun jenguk Arif dihujung katil ibu, sayu hati ibu badan Arif penuh dengan Air kencingnya. Ibu bersihkan anak ibu sambil menangis teresak2!
4) Yang ni pulak masa umur Arif 10 bulan lepas raya tahun 2009, Arif dlm proses PH Study, Alat yang digunakan tu ibu cuma tahu dipanggil D Tab saja, Ini untuk mengesan samaada susu Arif masuk atau tidak kedalam paru2 sepanjang 24jam Arif pakai alat ni.
5) Yang ni dah setahun lebih, masa bulan puasa tahun lepas, tangan yang pegang kereta tu tangan arwah nenek Arif!
6) Dan yang ini gambar paling baru, buah hati pengarang jantung ibu.... kalau tak ade dia tak tahu lah ibu, Semoga Allah pelihara Arif sentiasa.
Ok lah setakat ni dulu ibu celoteh ya, ibu nak hadiri kuliah bulanan yang dianjur oleh majikan tempat ibu berkerja.
Jumpa lagi daaaa....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan