Selasa, 25 Januari 2011

~MY CHENTA HATI, MY HERO & ADIK WANI~

Pagi tadi waktu ibu kejutkan chenta hati ibu, ibu dapat rasakan yang dia mesti cari abahnya.... Abahnya dah keluar kerja jam 5am tadi lagi, sebaik mata dibuka dia terus sebut abah...abah tdo makkk...(mak yang dia reti walaupun sebenarnya ibu).. Kesian plak ibu tengok anak ibu, semalam masa terjaga dr tdo tengok abah ade sebelah dia tup2 bangun pagi dah tak de.... so ibu kol abah yg tengah memandu masa tu, disebabkan tengah memandu tak boleh cakap lama... abahnya janji nak kol lagi malam nanti tapi anak ibu menangis dan terus mengamuk bila talian di putuskan.. .
~
Maka bermula la babak pujuk memujuk anak ibu ni, ye lah kalau menangis memang lambatlah ibu ke opis hari ni, nak dukong tak terdaya ibu nak menapak naik tingkat 5 ke rumah pengasuh, 5 minit berlalu barulah dia berhenti meragam itu pun bila ibu sebut "jom la kita p umah adik wani". Adik Wani anak kepada pengasuh baru berusia setahun tapi rapat dengan anak ibu, masih lagi ibu ingat masa arwah mak ibu meninggal, adik wani seminggu tak jumpa anak ibu, oleh kerana lama sangat tak berjumpa abang arifnya, aik wani demam hampir seminggu lamanya. Alhamdulillah lepas ibu hantar anak ibu pada minggu berikutnya demam adik wani kebah beransur2. ternyata memang dia demam rindukan anak ibu, kata ibu wani lepas jumpa abang arifnya, adik wani tak merengek lagi.. mahu bermain dan sebagainya. haiii mcm lah nak tukar pengasuh ni... tak sanggup ibu nak pisahkan 2 beradik ni.... :((
~
Berbalik kes anak ibu mengamuk tadi, bila sampai je kat umah pengasuh anak ibu terus masuk bilik baring n sambung tidoq sebelah adik waninya..... ermmm kol brp plak dia bangun tu nanti?

Arif...Arif...

Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...