Salam semua kawan2 ibu, apa khabar semua? sihatlah hendaknya...
Sedari pagi td selesai ibu menyiapkan tugasan yang tertangguh selama ini, ibu terus menziarahi blog2 yang ibu polo, lepas satu blog ke satu blog yang lain, ade cerita yang happy dan tak kurang juga yang agak menyentuh hati dan perasaan ibu, terutama kisah dari blog yang ibu selalu ziarah secara senyap, blog Kak Nani Umi Iman, entri kali ini [KLIK] amatlah buat ibu tersentuh... Anak istimewa ini terlalu istimewa buat setiap mata yang memandang. sebab tu Iman di panggil Tuah oleh tuan kedai makan, Tuah yang kita tak nampak dan perasan. Ibu akan sentiasa mendoakan anak2 seperti Iman.. Ibu akan salurkan kasih sayang ibu melalui doa ibu setiap kali selesai solat... Insyaallah!
~
Ibu kagum dengan kekuatan yang ade pada kak nani, semangat kak nani ibu jadikan sumber kekuatan untuk ibu dikala ibu hampir mahu tumbang dek kerana ujian2 yang ibu lalui...
Begitu juga dengan ibu2 dari keluarga super yang lain.. walaupun ibu tak mempunyai anak2 istimewa seperti mereka namun ibu jadikan mereka sebagai sumber kekuatan ibu, ibu jadikan mereka cermin dan semangat ibu, sesungguhnya kita tak tahu apa yang Allah rancangkan terhadap kita, mungkin kali ini kita bernasib baik esok lusa kita tak tahu.... Wallaua'alam!
*Kepada Kak Nani andai tersinggah ke sini maaf krn sy masukkan nama akak dlm en3 kali ini.
Juga kepada Keluarga Super yang lain!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan