Salam pagi Isnin,
Pagi ni ibu bangun awal bebenor..
4.30am ibu dah bangun semua gara2 en.lalink yang buat bising...
Entah mimpi apa dia gerak semua orang dalam umah tapi yang bangun hanya Ibu!
Ermm... Tajuk N3 kali ni "Abang Jalak Lenteng" haaa itu lah gelaran baru ibu bagi pada lalink ibu pagi tadi sblm dia keluar p kerja, semua gara2 asyik duk "melenteng" rokok je kerjanya... Apa tu lenteng? lenteng tu kira macam gulung la... Haaa lalink ibu ni kalau melenteng bukan setakat tembakau je tapi di campur dengan bunga cengkih dalam lentengan rokok dia.
~Lebih kurang macam dalam gambar kat atas ni lah rupa rokok lenteng~
Itulah perangai lalink ibu abah si Arif, melenteng je kerjanya.. pernah satu hari dia tanya tambang nak p NSK, bila ibu tanya nak buat apa p NSK dia cakap nak p beli cengkih!!! adehhh laaaaa geram je dengar ingt nak p beli barang dapur lain ni cengkih utuk rokok lentengnya. Sabor jelah!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan