Jumaat, 1 Julai 2011

.:: TABAHNYA WANITA INI ::.

~Chenta Hati Ibu~

Sejak diberitahu oleh Kak Husna mengenai apa yang menimpa seorang rakan FBnya Normala Taib @ lebih mesra di sapa Mala, Ibu mengikuti perkembangan wanita cekal ini, Segala yg terbuku dihatinya di luahkan di blog beliau, terharu dan sedih saat membaca patah-patah perkataan Mala tentang kerinduan seorang isteri yang kehilangan tempat berpaut yang selama ini melindungi nya. Kehilangan suami tercinta kerana dijemput pulang mengadap Ilahi.



Apakah ibu setabah dan cekal sepertinya?
Ya ALLAH... Hambamu ini tak sekuat insan yang disebut diatas,
Setiap kali ibu mahu melelapkan mata setiap malam pastinya ibu akan meletakkan kepala di celahan lengan suami ibu, dan ibu akan lebih tenang jika ibu dapat melekapkan telinga ibu di dadanya.. Dan saat itu ibu berdoa semoga ALLAH melanjutkan Usia Suami Ibu, Tak sanggup ibu kehilangan insan yang ibu cintai,,, YA ALLAH.. Dengarlah rintihan hati hambamu ini...

Buat Mala Semoga ketabahan sentiasa kuat dalam diri mu dik &Ya ALLAH himpunkanlah  suami beliau dikalangan golongan2 orang mukmin yang KAU kasihi Amin!!!!

Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...