Ahad, 24 Julai 2011

Gout

Apa itu Penyakit Gout?

Penyakit Gout adalah di sebabkan oleh paras asid urik yang berlebihan & terlalu tinggi dalam badan.
Pengumpulan kristal- kristal monosodium urate (asid urik ) banyak di kawasan tisu badan & biasanya di dalam & sekitar kawasan penyambungan tulang.

Simptom2
Biasanya penyakit gout bermula dengan sakit yang teruk dan tiba—tiba pada sambungan tulang. Apabila ia semakin serius pesakit akan merasa sakit atau bengkak pada lehar, lutut, kaki atau jari.
Apabila makan, purin di dalam makanan akan ditukarkan kepada asid urik di dalam badan. Oleh itu, apabila mendapat penyakit gout, pesakit perlu mengelakkan mengambil makanan yang tinggi dengan purin untuk mengurangkan paras asid urik dalam darah.

PANDUAN KEPADA PESAKIT GOUT.
  1. Pastikan berat badan anda tidak melebihi berat badan ideal
1. Elakkan pengambilan makanan yang tinggi dengan purin

2. Berhati - hati apabila mengambil sayur - sayuran dan buah -buahan yang mengandungi sederhana purin dan makan mengikut sukatan yang dibenarkan sahaja
3. Anda digalakkan minum lebih banyak air untuk menggalakkan perkumuhan asid urik yang berlebihan melalui urin. Anda dinasihatkan untuk mengambil sebanyak 2 liter sehingga 2 ½ liter air sehari
4. Makanan yang berasaskan lemak juga harus di kurangkan kerana pengambilan lemak yang
berlebihan akan mengganggu perkumuhan asid urik melalui urin
5. Anda di galakkan untuk melakukan senaman ringan setiap hari secara tetap dan boleh mengeluarkan peluh selama 20 - 30 minit setiap sesi

  • SENARAI MAKANAN TINGGI PURIN - ELAKKAN ( 100 - 1000 mg / 100 gm )

· Ikan Bilis
· Ikan Kembung ]
· Sardin
· Hati
· Otak
· Buah Pinggang
· Jantung
· Pati Daging ( daging di ekstrak )
· Kepah
· Kerang
· Angsa
· Ayam Hutan
· Telur Ikan
· Makanan Laut
· Makanan Bersantan
  • SENARAI MAKANAN YANG SEDERHANA PURIN (9 - 100 mg / 100 gm )

¨ Asparagus
¨ Kacang yang dikeringkan
¨ Legum contoh : Dhall
¨ Cendawan
¨ Kacang Peas
¨ Bayam
¨ Ikan, Ayam, Daging
- dibenarkan 2 - 3 oz daging, 1/2 cawan sayur—sayuran dalam kumpulan ini.

Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...