Isnin, 9 Mei 2011

.:: KIDAL BUKAN PENYAKIT ::.


Salam..
Agak lama dibiarkan blog ibu ni bersawang...
Ermm hari ni terjumpa 1 artikel mengenai ANAK KIDAL!!!

Ahmad Arif eceli seorang yang kidal..
Puas diajar menggunakan tangan kanan tapi kiri juga yang cepat, Alhamdulillah abahnya rajin menegur tabiat si anak lebih2 lagi ketika mengadap makanan rezeki dari ilahi dan Ahmad Arif cepat menukar kepada tangan kanannya.Ok dibawah ni ibu kongsikan sedikit artikel yang ibu jumpa di FB dan ibu kongsikan dengan kawan2 kat sini.

Apa itu Kidal.

Adalah sifat semulajadi atau satu sifat yang terjadi kepada kanak-kanak yang cenderung untuk melakukan kerja-kerja menggunakan anggota badan sebelah kiri. Ia terjadi dengan sendiri atau ikut ikutan.
Kidal, Istimewa atau masaalah ?
Kidal bukanlah satu masaalah atau penyakit. Ia terjadi kerana beberapa perkara.

Antaranya adalah :
1. Dari sudut genetiknya dari apa yang saya baca, kidal diwarisi oleh ayah atau ibu kanak kanak tersebut. Ini terbukti apabila salah seorang dari anak saudara saya sendiri mempunyai sifat kidal ini, ia diwarisi dari ayahnya yang kidal.

2. Antara sebab lain ialah kerana keupayaan otak sebelah kiri yang mendominasi otak sebelah kanan. Ini menyebabkan otak kiri lebih kuat dari otak sebelah kanan.

3. Selain itu anak-anak yang dibesarkan didalam keluarga kidal juga menyumbang kepada terjadinya sifat kidal ini. Contohnya abang atau kakaknya yang kidal. Kanak kanak tadi akan meniru tingkah laku mereka samaada dia sedar atau tidak.

Kidal juga selalu disebut sebagai insan istimewa. Biasanya kanak kanak kidal atau orang kidal ini cenderung untuk menjadi penulis atau melakukan kerja seni, dan hasil kerja mereka biasanya kelihat cantik dan berbeza dari pengiat seni lain. Namun ianya tidak dapat dibuktikan dengan klinikal kerana tidak semua kidal mempunya kemahiran tersebut.

Namun bagi saya, walau apapun sifat anak anda, terimalah dengan sabar. Jangan cuba untuk ubah benda yang telah ditetapkan oleh Allah. Ini adalah kerana, Kidal bukanlah penyakit, tetapi pemberian dari Allah. Percayalah, setiapa apa yang diberikan itu ada sebab musababnya.

Kidal Bukan penyakit.
Jangan Ubah anak Kidal.

Kredit untuk Jom Ubah

6 ulasan:

Yana, mama falisha berkata...

bakal jd bdk yg kreatip....

Sunz Suniza berkata...

hohoho..i kidal & xde mslh pon..so, i xkesah klu ank2 lefthanded gak! kidal ni klu ikut kajian lbh bijak dlm kira2..art..:)

Mummy Irish@honey berkata...

papa irish kidal..irish pun cm ikut jejak papa die jew..dh ajak knn, ttp kidal..huhuhuhuhu

Ibu Darwisy berkata...

selalunye yg sy nmpkla, yg kidal ni orgnye berseni..cantik lukisannye..

Nyonya Mansor berkata...

kawe pom kidal jugek.. arwah atok kata kalo org kidal ni buat keje masak2 ni pembersih.... hehehehe

Kasih Ibu Arif berkata...

tu la kan? Arif ni makan pun tangan kiri.. Abahnya marah jugak sbb tak mahu terbawa2 sampai ke besar!

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...