Semalam sewaktu ibu belek2 album gambar dlm fon, ibu terjumpa gambar Arif yg ni.
Sedih bila kenang2 balik.. masa ni Arif berusia 10 bulan, nampak tak wayar yang masuk kat hidung buah hati ibu tu? itu wayar alat untuk mengukur paras susu yang Arif minum sama ada susu itu naik n masuk kedalam paru-paru @ tidak..
Bila diimbas balik semuanya terlalu perit bagi ibu, masakan tidak, setiap hari Arif kn suction, dan ade satu hari tu 4 kali kn set line sbb tercabut, mengalir air mata ibu bila tengok Arif dr meronta2 tak mahu di cucuk jarum sehingga mengalah n terbaring letih sambil memandang kearah ibu sambil mengalirkan air mata!
Harapan Ibu Arif tak lagi sakit2.. Alhamdulillah semalam jumpa dengan doc medikal di IPHKL semuanya ok perkembangan Arif juga teramat baik... temujanji berikutnya 9 may 2012. Yang menjadi kebimbangan 5 julai 2011 ni temujanji bahagian respitory (pakar paru2), Selalunya kat temujanji ni lah yang akan berlanjutan ke Wad KK5 walaupun Arif just batuk n ade bunyi ronky skit... Apa2 pun harap Arif ok sahaja.
Doakan Anak Ibu ya kawan-kawan!!!
8 ulasan:
cepat sembuh ye arif syg....
cepat2 sembuh yer cyg.. :)
kalau ariff dtg sini nnti ariff tipon mama leen okeh....
Mama Oshin & Ummi Alesya thanks...
Mama Leen, semalam ade abah arif.. nanti ibu bawak arif jumpa mama leen bulan 7 ni ade check up under respitory plak!
semoga arif cepat sembuh :)
semoga kesihatannya terpelihara
Semoga Arif akan sentiasa sihatt..Amin..
semoga arif membesar menjadi anak yg soleh dan kuat..seperti ibunya:)
Catat Ulasan