Selasa, 9 November 2010

Ibu Lalai

~
Petang semalam masa amik Arif dari rumah mama zah (pengasuh). Hidung Arif berair, kata pengasuhnya Arif hari ni cirit birit n selsema, badan pun dedah je macam nak demam, makan pun tak mau just nak makan sayur je.
Arif!!! Seperti biasa sampai je rumah tengok nenek ade so mula lah buat xtvt lasak dia.. naik basikal lah kejap naik kereta pulak.. siap di gelek2 tangan aku & neneknya.
(Nampaknya tak jadi demam)
~
Tapat jam 11pm kami tdor dengan perut kosong, aku biasalah malas nak makan so makan biskut je, arif plak tak mau makan n just minum susu... dalam jam 12.30am arif mula meragam, apa aku buat semua tak kena malah makin di pujuk makin menjadi2 tangisnya.. Agaknya sakit perut coz td minum air soya sejuk...Fikir aku, "Sayang ibu kenapa sakit perut ye" sambil tangan mengetuk dengan jari perut Arif, ternyata tekaanku betul. lalu aku sapukan minyak. Alhamdulillah dia kenmbali tidur walau pun agak tak selesa kerana selsema.
~
6am: Usai aku solat subuh n nak bersiap ke opis Arif terjaga minta susu dan menangis, abahnya pujuk pun tak mendatangkan hasil arif tetap menangis walau sudah di beri susu, rupanya sakit perut lagi... kembung perut lagi aku berkata sendirian.. mati kutu aku di buatnya. lalu aku angkat arif bawa ke toilet dan basahkan muka dan sedikit kepalanya... alhamdulillah dia diam dan main kereta mainannya.. aku tetpandang roti dan ambil lalu suapkan pada Arif. Makan!!! detik hatiku.. Agaknya dia menangis semalam kerana lapar. kesian anak aku... maafkan ibu sayang.. ibu tak tahu Arif lapar, biasanya Arif tak makan pepagi hari tapi mungkin kerana terlalu lapar n sakit perut dia makan roti coklat yang aku beri.
~
Arif anak yang badannya boleh dikatakan bersemangat tapi tak banyak makan, sekali makan paling banyak pun 4 5 sudu saja, macam2 dah aku buat tapi dia tetap tak mahu makan sehinggakan doc membekalkan vit.Uphavit untuk Arif.
~
Kejadian Arif menangis kelaparan buat aku betul2 menyesal kerana terlalu ikutkan Arif yang tak mahu makan.. Lepas ni aku kena lebih kreatif supaya Arif berminat untuk makan!
Cukuplah sekali Arif menangis n sakit perut begitu.
Semoga aku akan lebih berhati2...
Maafkan Ibu Arif sayang!!!
Ibu Lalai!

2 ulasan:

Ila berkata...

Salam Siti,

Kadang-kadang bila anak leka main, memang mereka xnak makan.
Anak saya selalu kene paksa makan, mula-mula memang susah, tapi bila dia dah rasa kadang-kadang sampai bertambah...

Good luck ye Siti:)

Kasih Ibu Arif berkata...

wslm, ila thanks!
Arif ni memang tak nak makan, puas ikut dia kesana kesini tapi cuma 2 sudu je yang dia nak makan... apa pun sy kena usaha lagi...

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...