Apa itu Ekzema?
Ekzema merupakan suatu gangguan kulit yang sering berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa. Dermatitis Atopik atau Ekzema adalah satu keradangan kulit yang kering dan berasa gatal. Keadaan kulit ini muncul pada siapa pun dari bayi kepada orang tua. Kebiasaannya bagi penghidap ekzema , doktor akan memberi sejenis ubat sapu yang mengandungi steroid yang tinggi. Tetapi jika menggunakannya dalam jangka masa yang lama, adalah tidak baik.
Faktor-faktor ekzema menjadi semakin teruk:
Perubahan suhu bilik secara tiba-tiba, senaman yang teruk dan cuaca yang panas dan lembap.
Sentuhan dengan rumput atau pasir. Pakaian sintetik (sebagai contoh nilon) atau sakhlat.
Kanak-kanak seharusnya memakai pakaian kain kapas atau pakaian dengan peratusan kandungan kapas yang tinggi. Perasaan susah hati yang beremosi.
Penggunaan sabun berubat, mandi buih, air panas (yang cenderung membuang minyak semula jadi daripada kulit) secara sering. Gunakan sabun yang sederhana atau pengganti sabun seperti salap yang mengemulsi.
Suhu air mandi seharusnya sejuk.
Gunakan bahan cuci yang sederhana untuk membasuh dan membilas pakaian sebersih-bersihnya semasa cucian.
Asap rokok. Di dalam bilik yang tertutup, asap dan wasap akan merengsakan kulit. Adalah baik untuk melarang merokok di dalam rumah.
Bulu anjing dan kucing. Semua binatang peliharaan yang berbulu akan menjadikan ekzema lebih teruk. Elakkan daripada memelihara kucing dan anjing di dalam rumah. Begitu juga dengan alat-alat permainan yang berbulu dan permaidani.
Makanan yang merengsakan dan air liur. Jus asidik dalam buah-buahan sitrus. Sebagai contoh buah oren dan sayur-sayuran seperti tomato boleh menyebabkan ekzema di sekeliling mulut. Ini selalu menjadi lebih teruk dengan jilatan bibir dan lelehan air liur. Adalah berkesan sekiranya anda menyapu satu halangan pelindung vaselin di sekeliling mulut, 2 hingga 3 kali sehari dan sebelum makan.Masalah ekzema ini tiada sebarang ubat khas untuk menyembuhkannya. Namun begitu, keadaan ini boleh dikawal dengan pemberian supplement yang sesuai bagi mengelakkan jangkitan itu semakin teruk.
Shaklee mempunyai Set Rawatan Ekzema yang terdiri daripada:
1. Herbal Blend
Herbal Blend ini fungsinya adalah untuk melegakan gatal dan pedih-pedih akibat luka ekzema. Bila pakai disapu dengan Herbal Blend, kulit akan rasa sejuk, jadi gatal dan pedih akan beransur hilang.
2. Vitamin E
Vitamin E terkenal dengan khasiatnya yang bagus untuk kulit. Ianya berfungsi melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat eczema. Ia juga dapat membantu memudarkan parut dengan berkesan. Yang bagusnya Vitamin E Shaklee ini, ia mengandungi ekstrak biji anggur. Ekstrak biji anggur ini lah yang membuatkan kesan pemulihan kulit-kulit yang rosak itu berlaku lebih cepat. Vitamin E ini juga mengelakkan luka dari terkena jangkitan bakteria. Jadi tak perlu risau apa-apa, dia ala-ala ubat sapu kat luka. Dia memang formulated untuk memperbaiki sel kulit supaya luka sembuh, dan juga meningkatkan immune sistem yang bertindak melawan ekzema
3. ESP
ESP ini fungsinya adalah sangat penting kerana ESP membantu menghasilkan sel kulit yang sihat. Bila ekzema melanda, sel kulit akan rosak. Jadi ESP membantu mempercepatkan penghasilan sel kulit yang cantik.
4. Omega Guard
Omega Guard ini adalah untuk memastikan kulit kekal lembap. Sepertimana yang kita tau, pengidap ekzema mempunyai kulit yang sangat sensitif. Kulit tak boleh kering, kerana ia akan menyebabkan rasa gatal dan pengidap akan mula menggaru. Omega Guard membantu masalah ekzema dengan menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit & mengurangkan kegatalan.
ESP dan Omega Guard ini diperlukan bagi mengelakkan ekzema itu terus merebak dan mengjangkiti tempat-tempat lain yg belum dijangkiti. Kedua- dua produk ini merawat kulit dari dalam.
Ayuh kita lihat beberapa testimoni daripada ibu-ibu yang menggunakan Set Ekzema Shaklee, yang gembira dan berpuas hati dengan hasil yang diperolehi setelah menggunakan produk yang dicadangkan secara konsisten.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan