Ahad, 9 November 2014

Laksam Bling Bling



Assalamualaikum...
Hari ni ibu tetibe rajin nak melaksamkan tepung beras, semua gara2 ikan banyak sangat.... Beli 3 longgok rm10 kat pasar malam.... Ermmm maka terjadilah Laksam Bling Bling Menu Sarapan Hari Ini.... Haaa ibu buat warna warni, masa kukus pagi tadi buat warna putih, pink n hijau, petang buat warna oren plak (oren x amik gamba)



Buat warna warni ni sebab nak pancing selera anak bujang ibu ni, payah benor nak makannye.... Ade warna warni dia seronok nak makan.... Ok meh ibu share resepi mcmn nak buat Laksam, biasa org lulus buat kuahnya, tp tang tepung tu x menjadi, ibu pun gugel Alhamdulillah menjadi.

Laksam

Bahan-bahan:-

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
5 cawan air suam

bancuh semua sehingga betul2 sebati, kemudian kukus dlm tudung periuk sehingga gelembung, angkat nnterus gulung, sblm tu jgn lupa sapu tudung periuk ngan minyak masak, mcm tu juga utk yg seterusnya, sapu je minyak, tak yah basuh tudung periuk tu sehingga habis tepung.

Kuah Laksam

Bahan-bahan:-

2 ekor ikan tongkol*
6 ekor ikan sardin*
1 biji bwg merah - tumbuk
3 ulas bwg putih - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
2 keping asam keping
Lada hitam (ikut suka banyak mana) - blend @ tumbuk
Santan
Garam

Cara

~ Blender isi ikan yang telah direbus, masukkan dlm periuk, kemudian blend plak tulang n tapis amik air sahaja.

~ Masukkan santan, bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam dan asam keping.

~ masak sehingga mendidih baru masukkan garam.

Siap boleh dihidang dengan ulam2 dan sambal belacan (cilifire tumbuk dgn belacan), kalau di pantai timur biasa asing ciliboh n belacan tp ibu sekalikan je....

Selamat mencuba

posted from Bloggeroid

2 ulasan:

rahaton azirah ramli berkata...

waah...akak, cantik nya warnanya..ehehe..rasa sayang pulak nak makan. tp tgk kuahnya tu mmg mengiurkan betul

Siti Darna Sanoesi berkata...

Hahaha.... Anak akak siap minta warna lain lagi... Buat jgn x buat... Mmg best...

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...