Selasa, 30 November 2010

Mak Dan Arif ~2


*
Malam tadi sebelum tido aku msg kakak aku tanyakan khabar mak, sebagai balasan msg kakakku kol balik, ermm katanya mak dah nak tido tapi kalau nak cakap boleh.
sebaik dengat suara mak perasaan simpati menerjah diri aku, kedengaran suara mak sedih saja. aku tanya khabar mak, dan bagi dia bercakap dengan cucunya anak bujang aku si Arif.
Arif apa lagi dapat sembang ngan nenek macam2 lah bunyi yg dia buat kemain lagi dia bersembang dengan neneknya.
*
Kesian mak merindui Arif!

Isnin, 29 November 2010

Mak Dan Arif


Pagi ni mak bertolak ke Terengganu mengikut kakak aku, aku tahu mak berat hati nak kesana, bukan mak tak suka tapi mak mungkin tak selesa bila berada di tempat orang, lebih2 lagi mak tak faham loghat terengganu. Oleh kerana cuti sekolah ni kakak ipar aku tak ade so aku lah yang paksa mak p sana.
~
Sampai opis je tadi aku kol kakak aku, tanya mak macammana 'Menangis tak tadi?'. kakak aku jawab tak cuma pagi tadi cek baju mak yang dia masukkan dalam beg terjumpa sepasang baju baby... Ya Allah baju Arif mak bawak... Kesian mak, dia takut dia rindukan Arif.. Risau pulak aku, takut Arif rindukan neneknya pula. ye lah mak p lama lah jugak.
~
~
Itu cerita mak, yang aku plak dari malam td masa nak tido asyik teringatkan mak, terasa kosongnya masa2 yang berlalu tanpa mak, selalunya mak akan duduk kat rumah aku dari aku balik kerja hingga adik aku balik dari kerja. Tapi petang nanti..... aku n Arif je kat rumah.. sunyi... jangan aku yang menangis sudah....
~
Adat dunia "waktu insan tersayang berada didepan mata kita tak hargai... bila tiada mula terkenang2 dan dirindui"
Mak.... sedih mak tak ade, lambatnya mak nak balik KL (mak belum pun sampai gannu aku dah sibuk)

Semoga ALLAH selamatkan perjalanan mak n kakak aku sekeluarga...Amin

Jumaat, 26 November 2010

~CERITERA ARIF ~


~ Lama rasanya tak menulis di sini, bukan kerana apa tapi aku agak ketandusan idea untuk menulis lagi, kali ini tak de apa yang menarik untuk teman2 tapi agak menarik bagi aku kerana entry kali ini mengenai my hero Arif....

~ Besday Arif tak lama lagi, hanya berbaki beberapa hari sahaja, cepat benar masa berlalu Arif nak menjangkau usia 2 tahun, rasa macam baru semalam aku melahirkan Arif, Masih lagi aku ingat saat Arif jalani pertukaran darah kerana demam kuning yang hampir2 ke fasa 2 kritikal dgn bacaan 544... Time tu Allah je yang tahu bagaimana perasaan aku.

(ARIF MASA NAK TRANSFER WARD SELESAI TUKAR DARAH)

~ Alhamdulillah Arif sekarang dah banyak ragamnya, walaupun kerap kali aku hilang sabar dengan ragamnya yang berbagai itu namun aku tetap bersyukur kerana Arif aktif. "Adik Manni" (anak pengasuh) selalu bermain2 di bibirnya, kadang2 tengah tdo boleh dia ngigau sebut "Manni, Manni". (bila agaknya Arif akan dapat adik sendiri secomel adik manninya?)

~ La ni setiap malam sebelum tdo mesti kena kol abahnya, kalau tak merengek dan merajuk tak berhentilah, awalnya aku tak endahkan tapi rajuk dan sendunya membawa ke dlm tdo. So la ni dah jadi rutin setiap malam aku kol abahnya, dan kadang2 abahnya yang tak tahan mendengar suara anaknya balik lagi malam itu walaupun malam sebelum itu sudah bermalam bersama kami.

~ Arif juga dah pandai meminta susu dan beritahu yang dia buang air besar, dia juga akan minta di salin pampers @ CD nya jika dah terlampau banyak tampungan. Cuma aku sebagai ibunya terasa sangat terkilan kerana aku rasa masih tak dapat menjadi ibu yang terbaik untuk Arif. Doakan saya ye teman2.

~ Semoga anak2 kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah juga sihat selalu.

*Adik Manni adalah Adik Wani)

Sabtu, 13 November 2010

Facebook


*
Entah kenapa petang ni aku tetiba nak buat entry mengenai Facebook @ nama ringkasnya Fb.
La Di mana2 saja bagi yang memiliki enpon yang canggih boleh melayari internet antaranya FB ni lah. Tapi bukan itu persoalannya sbb aku yang pakai enpon cokia ni pun masih bleh melanggan sms fb by celcom, dgn kadar rm1 seminggu.
*
Lumayankan... hahaha tak perlu enpon canggih...
ok persoalannya kenapa bila aku rajin mengapdet status fb aku menjadi masalah pada org lain?
agaknya mungkin depa sakit mata kot... ok lah lepas ni aku tak apdet selalu dah... so jgn carik aku lagi jika aku jarang kelihatan di FB!
sekian!





Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...