Khamis, 30 September 2010

Arif, Aerochamber & Gas

Sejak Arif demam dan semput ni aku memang tak boleh nak tido malam dengan nyenyak.. begitulah aktiviti ibu2 yang beranak kecil...

Arif pulak kalau dah demam, batuk berkahak n semput semestinyalah kena pam gas Astalin inhaler & Flixotide vohaler melalui Aerochamber (pengantara).

Aerochamber yang Arif Gunakan

Tapi Arif ni memang sedari dulu tak suka kena pam, jadi aku kena pam dia time Arif tdo, Kesian pun ada tapi nak buat macammana dah nasihat doc macam tu.. Kalau di wad lagi lah meraung2 Arif bila tiba untuk ambil nebulizer (neb).


Asthalin Inhaler untuk melegakan semput Arif
Diambil 1 pam setiap 6 jam @ jika keadaan Arif teruk setiap 4 jam.

Flixotide Evohaler Arif mesti ambil 2 pam 2 kali sehari ,
ini untuk mengelak dari semput.

Inilah yang Arif perlu ambil setiap hari sejak setahun lebih yang lalu.
Kadang2 kesian pun ade tapi dari Arif tak sihat n sakit lebih baik aku buat semua ni..

Harapan aku semoga Arif cepat sembuh dan tak perlu melalui semua ni.


Warkah Bisu Buat Kakak


Kakakku...

Adikmu ini terlalu merindui kalian,
Bilakah agaknya masa dapat menyatukan kita?

Kakakku Y...

Agaknya kenapa kau terlalu membenciku?
Kata abang kakak Y tak marah kat adik, kakak Y cuma terkejut dengan kehadiranku.
Betul kah kakak Y?

Kakakku...

Tak rindukah kakak Y dan kakak M pada adik?
Adik terlalu merindui kalian.

Bilakah agaknya abang mahu menggunakan kuasa vetonya untuk menyatukan kita?

Adik tak sabar kakak!
Abang kata "Sabar lah akan sampai suatu hari nanti".

Bila? Bilakah suatu hari nanti yang abang katakan?

Adik tak sabar kakak.
Adik mahu peluk kakak Y dan juga kakak M.
Adik mahu cium tangan dan pipi kakak Y dan kaka M.

Kakakku M...

Adik minta maaf kerana selalu mengusik kakak...
Kadang2 adik minta hak kakak, dan kakak memberikan,
Walaupun adik tahu gelora hati kakak M ketika itu,
Tapi adik nak juga, dan adik khabarkan pada abang yang kakak sudah izinkan.
Maafkan adik kakak M, kakak terima kasih juga kerana sudi menjaga Arif sepanjang adik berkerja... kakak memang baik.

Kakak Y Dan Kakak M...

Agaknya bila kita boleh sama2 memasak lauk kesukaan abang bersama2?
Bila ya kak?
Tak mengapa, Adik akan terus meminta dari ALLAH supaya tunaikan impian adik...
kakak pun doa sama ya?

Adik sentiasa mendoakan kakak berdua.

Semoga kita bertiga menjadi isteri yang solehah buah hati abang, penyejuk hati abang dan pengubat duka lara abang.

Ameen!!!!

Rabu, 29 September 2010

Dimanakan Ku Cari Ganti

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya

05 Oktober 2010

Hari jam 10.25am baru aku keluar rumah untuk ke opis, semuanya kerana Ahmad Arif tidak sihat, Semalaman aku tak dapat tidur lena bimbang suhu badan Airif naik mendadak..

Haii... semalam saja belek2 nota2 di fon tup2 terjumpa tarikh check up Arif (17.09) bukankah tarikh tu dah lepas? apa lagi kalut lah aku cari buku temujanji rupanya tu temujanji tahun lepas.. tapi malam tadi jugak aku baru teringat itu pun lepas tengok tarikh temujanji akan datang rupanya minggu depan 5 oktober.. Fuhh nasib baik aku cek kalau tak sodap je aku tak p anto Arif check up!


Yang buat aku ralat skit tiap kali menjelang tarikh temujanji arif mesti tak sihat kalau setakat demam aku tak kisah tapi kali ni ade bunyi kat dada dia... huhh pakar respitorari ni bukan boleh dengar Arif tak sihat mesti suruh admitt wad la punyaa... Arif cepat2lah sihat yang..


Tak tahu lah minggu depan doktor depan yang check Arif, kalau 3 org doktor wanita ni (Dr.Asiah, Dr.Dayang & Dr.Norzila) kenaplak masa tu Arif masih ade bunyi n tak sihat kompem masuk wad... Uwaaaaaaaaaaa Arif Jangan lah sakit2 lagi... Ibu tak sanggup tengok Arif kena cucuk hari2, time pysio n suction semua tu buat hati ibu sakit n sedih!

Kawan2 doakanlah juga untuk Arif ya...
Arif pulak jangan takut2 makan ubat ok.. Muah!!!

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...