Khamis, 13 Januari 2011

~Ini Arwah Bapak Ibu~



Inilah wajah bapak ibu masa muda, encemkan dan ade gaya macam P Ramlee tak? tentulah ensem kan kalau tak masakan mak ibu jatuh cinta pada bapak ibu...Heheheheh.
Bapak ibu meninggal dunia pada 28/04/1995 4 hari selepas ulang tahun kelahirannya. Pemergian bapak yang mana ketika itu ibu dlm perjalanan ke Terengganu. Sebaik turun bas kelihatan abang ipar ibu dah pun menunggu sambil menyampaikan berita sedih kepada ibu, katanya "Na, kita balik KL semula, bapak dah meninggal petang tadi".
~
Ermmm.... Ibu tak nak lah cerita lagi kisah sedih lagi untuk hari ni, entri ni pun sbnrnya just nak kongsi gambar bapak ibu dengan kawan2 ibu.
~
Ok.... Cau cin cau.... bertukar....! :)

~40 Hari Pemergiannya Dan Kenangan~

Hari ini 13/01/11 genap 40 hari pemergian mak menemui maha pencipta sekelian alam, Terasa bagai baru semalam ibu mencium tangan mak yang terlantar tak sedarkan diri, terasa bagai baru sahaja ibu mengajar mak mengucap Kalimah Syahadah saat mak berhadapan sakaratulmaut dan yang paling ibu terasa bagai baru pagi tadi saat ibu lalui bawah blok rumah mak, mak melambai2 sambil memanggil ibu mengiringi ibu ke tempat kerja.
~
Ya Allah rindunya ibu pada arwah mak, kadangkala sewaktu ibu turun tangga ke tempat kerja kelihatan mak menunggu ibu di tangga blok rumah mak sambil jerit "Nanti Na, ni mak bungkuskan nasi goreng". Mak sanggup turun tangga dari tingkat 4 semata2 untuk bagi nasi goreng buat bekalan ibu ke tempat kerja sehingga pada satu pagi mak kejar ibu sampai ke bus stop untuk berikan bekalan pada ibu, tapi ibu tak perasan mak di belakang ibu, bas sampai ibu terus naik tinggallah mak mungkin hampa tak dpt tunaikan hajatnya. Petang sewaktu ibu balik kerja uncle jual jajan yang bagitahu ibu kejadian pagi tadi tapi ibu.... diam sahaja!
~
Dulu sewaktu mak masih ada, petang2 waktu balik kerja ibu pasti akan tunggu mak di bus stop surau seksyen 10. Kami akan jalan sama2 untuk balik ke rumah, kadang2 ibu dan mak ke kedai sama2. Rindunya ibu pada insan yang bersusah payah mengandungkan ibu serta menderita kesakitan sewaktu melahirkan ibu... Mak rindunya darna pada mak...hadirlah mak dalam mimpi malam ini.
~
Insyaallah sabtu ni kenduri tahlil akan diadakan di rumah abang ibu di belakang tesco selayang.
Mak, Semoga amal kebaikan yang kami buat untuk mak sampai dengan sempurna kepangkuan mak!
~
Ya Allah tempatkan lah mak di kalangan golongan org2 yang beriman amin!

(mood masa buat entri ni Menangis)

~Ibu Mudah Bushan~

Entri kali ni tak penting pun cuma ibu nak bagi tahu kat kawan2 ibu manalah tahu ade yang pelik kenapa ibu ni suka sangat tukar template blog ibu ni, bukan apa kawan2 ibu yg di sayangi, ibu ni jenis mudah bushan dgn benda2 yang lama, ibu nak sesuatu yang baru, hehehe tapi cuma benda2 macam ni lah yang boleh tukar tanpa keluarkan RM!

Kalau ada pun ibu keluarkan RM ibu beli barangan anak Ibu, Terutama ibu tak boleh lalu kat tempat botol2 susu yang beraneka bentuk dan corak, bulan lepas dan ni saja ibu dah beli 4 botol susu untuk Arif, yang lama2 semua ibu dah buang... semua berpunca bila kakak ipar ibu bagitahu barangan plastik yang ade logo recycle

tak boleh di gunakan melebihi bulan2 yang di tetapkan, jika ditengah2 logo tu tulis no7 bermakna 7 bulan sahaja boleh diginakan sejauh mana kebenaran ibu tak pasti jadi sebelum apa2 yang tak elok berlaku ibu pun tak nak lah guna botol2 lama anak ibu lagi takut dapat penyakit spt kanser dan sebagainya akibat hakisan plastik pd botol2 susu lama. Ibu sayang anak ibu, dan kawan2 ibu pun tentu sayang anak2 kawan2 ibu kan?

Berbalik pada tajuk di atas ibu memang seorg yang mudah bushan, so kali ni ibu tukar template blog ibu kepada warna grey, ibu rasa seronok n puas hati.. harapan ibu semoga kawan2 ibu happy singgah di sini....

Ok kawan2 ibu semua, ibu nak ziarah lagi blog kawan2 ibu yang lain.... Insyaallah akan ada entri2 yang ibu nak membebel.... tata!

~Arif Merajuk~


Selamat pagiesss semua.....
Assalamualaikum....
Apa Habaq?
~
Pagi ni nak cerita pasal Arif ibu yang banyak ragamnya,
Semalam Just tinggal ibu & Arif je kat rumah! Abah tak balik!
So kami berdua apa lagi beraksi depan webcam lap top ibu ni yg baru 1st time ibu gunakan!
~
Asalnya suka2 amik gambar kami berdua antaranya gambar Arif kat bawah ni!
Suka sangat Arif bergaya depan webcam... sampai teleng2 kepala!


Yang dgn Ibu ni pulak, perasan tak Arif jauh kat belakang dgn muka seposen?
haaaa kalau nak tahu tu baru lepas kena babab dengan ibu sbb tekan2 lap top ibu, tu yang sedih sangat muka tu...



Bila ibu tengok wajah Arif kesedihan kat belakang ibu, terasa sayu la pulak...
Rindu membara pada Arif, tak sabar nak balik jumpa Arif.
Wahai petang cepatlah menjelma, Ibu nak balik jumpa anak kesayangan ibu.
Arif tunggu ya sayang ibu balik bawa jajan.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...