Isnin, 4 Julai 2011

.:: THE GHOSTS MUST BE CRAZY ::.


Salam Isnin....
Haaa ali ni ibu nak citer pasal DVD kat atas ni...
Best wooo pada yang belom tengok bleh la beli kat mana2 yg jual DVD lah.
Arahan pengarah Phua Chu Kang, dvd ni Singapore punya tapi ade jual kat sini... Ibu  beli pun kat pasar malam je.... Hahahahhaa So Layannnnn.. KAmi dah berulang kali tengok masih tak puas2 sama mcm tengok HKLBR jugak!!! So cepat2 lah p beli!!!!

Ahad, 3 Julai 2011

.:: AL-FATIHAH ::.





Petang tadi masa tido tetibe Arif menangis, pujuk punya pujuk tak mo jugak diamnya, bila tanya jawapan yg diberi ::NAK NENEK:: Ya Allah, sejak 7 bulan lepas Arwah meninggal, arif x pernah menangis nak kan neneknya!!! Miss Mak!!! :(


Arif rapat ngan arwah mungkin petang td dia mimpi arwah..
Minggu lepas Cik bot Arif mimpi arwah balik tido kat rumah... & eceli petang td Cik li Arif p ziarah kubur arwah mak!!!  


Ya Allah beratnya beban perasaan RINDU ini.... AL-Fatihah!!!

Jumaat, 1 Julai 2011

.:: TABAHNYA WANITA INI ::.

~Chenta Hati Ibu~

Sejak diberitahu oleh Kak Husna mengenai apa yang menimpa seorang rakan FBnya Normala Taib @ lebih mesra di sapa Mala, Ibu mengikuti perkembangan wanita cekal ini, Segala yg terbuku dihatinya di luahkan di blog beliau, terharu dan sedih saat membaca patah-patah perkataan Mala tentang kerinduan seorang isteri yang kehilangan tempat berpaut yang selama ini melindungi nya. Kehilangan suami tercinta kerana dijemput pulang mengadap Ilahi.



Apakah ibu setabah dan cekal sepertinya?
Ya ALLAH... Hambamu ini tak sekuat insan yang disebut diatas,
Setiap kali ibu mahu melelapkan mata setiap malam pastinya ibu akan meletakkan kepala di celahan lengan suami ibu, dan ibu akan lebih tenang jika ibu dapat melekapkan telinga ibu di dadanya.. Dan saat itu ibu berdoa semoga ALLAH melanjutkan Usia Suami Ibu, Tak sanggup ibu kehilangan insan yang ibu cintai,,, YA ALLAH.. Dengarlah rintihan hati hambamu ini...

Buat Mala Semoga ketabahan sentiasa kuat dalam diri mu dik &Ya ALLAH himpunkanlah  suami beliau dikalangan golongan2 orang mukmin yang KAU kasihi Amin!!!!

.:: Tanpa Dirimu Siapalah Ibu ::.


Salam buat sahabat2 ibu...
Semakin hari semakin banyak ragam yang anak ini lakukan,
Melompat, memanjat, berlari & hentak kaki apabila berjalan semua dia buat,
Semalam dulu dia bergayut pada tombol pintu bilik ibu, puas nasihat jangan buat macam tu, 
Tapi tak lama lepas itu dia jatuh terlentang dan kepala terhantuk di lantai, apa lagi serentak dengan itu  bergemalah tangisannya, ibu yg terkejut segera memelok dan gosok kepalanya... Aduhh anak kenapa banyak sungguh ragam mu.... Namun kelasakanmu buat ibu tersenyum selalu...

Arif, anak yang tak banyak ragam akui abahnya, masakan tidak, kalau ibu & abah mahu keluar kerja atau ada urusan dia tak menangis nak mengikut, kalau ada pun tangisannya adalah kerana mahu minta bersalaman dengan kami, begitu juga dengan kerelaannya tidur berasingan dengan kami & sebelom tidur dia akan ketuk pintu bilik kami minta salam dan kami cium pipinya... Arghhh anak ini bikin ibu pusing jika berjauhan dengannya.... "TANPA DIRIMU SIAPALAH IBU".





Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...