Isnin, 6 September 2010

Aku Wanita Biasa


Aku ini wanita biasa
Bisa sakit
luka karena cinta
Dingin
sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus1]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan
cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus2]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..

Khamis, 2 September 2010

3 Dara Pingitan Suatu ketika Dahulu


Suatu ketika dahulu muka2 ni comot n berkawan baik walaupun kadangkala kami kerap juga bergaduh, tapi gaduh2 pun pas tu baik semula..

Masa zaman kanak2 kami gemar sangat buat sesuatu benda yang mencabar, kalau ade isu semasa yang hangat di perkatakan kami pun sibuk juga, cthnya tragedi trowong dimina, kalau cerita kat TV masa tu kami mmg suka sangatlah cerita jepun merro attack, kartun ninja turtle!!!

3 dara pingitan dlm majalah gila-gila tu mmg kami gilekan!
seingat aku dulu ade bela 5 ekor anak ayam~Primadona,Dalca, & yang 3 lagi aku tak ingat!

kalau bab main masak2 ke kawen2 ke pun serah kat kitorang.. tapi yang kawen bukan kitorang tapi sepasang kanak2 cacat yang jd mangsa kami... (jahatkah aku?) salah seorang mangsa dah arwah lama dahulu, Alfatehah!!!



Aku

Aku biasa je seorang ibu pada seorang hero yang sedang membesar dengan lasaknya sekarang..
kecik2 dulu aku ni agak nakal lah, ade je yang aku buat, panjat pokok mmg hobi aku..
kena buli tak de, tapi aku lah yang di wantedkan oleh diorang yg kat bawah ni sbb kenakalan aku.. heheheh...





Rina

Ni Minah yang takut papan tanda telaga mahsuri tu jatuh, yang paling manja diantara kami masa kecik2 dulu.. memang dia selalu kena buli ngan kami tapi sekarang dia yang buli kami cuma sekarang tak boleh sbb tengah sarat ngandung anak sulong~ bunting sulong ni garang so kami tak mau ganggu.... hehehe sekarang dia jadi cikgi...





Erin

Yang ni lak dulu kemain kecik je badan, sekarang ni tak lah besar, kecik2 dialah cun heroin citter jepun tu, sekarang dah jadi mak andam..bab make up serah kat dia...
dah pun jadi supermom utk 3 hero yang katanya boleh tahan jugak lah lasak... biasalah anak jantan!

Sebenarnya ade sorang lagi geng kitorang (Erul) dia abang pada si Cun ni lah.....

Erul pun dah ade seorang anak pompuan kalau tak silap aku...

ermmm... walau semua dah ade keluarga masing2 aku berdoa semoga kami semua di rahmati Allah... Amin ya rabbal 'alamin!!!

Isnin, 16 Ogos 2010

Pucuk Paku Merah a.k.a Pucuk Mideng

Semalam masa tengah lepak2 kat umah sambil tengok tv ntah kenapa tetiba terbayang pucuk paku merah yang aku selalu makan ketika aku menuntut sebuah sekolah swasta berasrama di Kg. Boundry Dengkil Selangor.

Ni lah rupa pucuk paku merah tu...
Pucuk paku merah juga di kenali oleh sesetengah masyarakat melayu terutama di sebelah pantai timur sebagai pucuk mideng...


Masa duk asrama, kadang kala ujung minggu time cuti kami ramai2 akan beriadah mengikut jalan2 dalam ladang pokok sawit di sekitar kawasan yang berdekatan, sewaktu berjalan nak balik asrama kami kutip pucuk paku merah ni untuk juadah makan tengahhari, kami masak sendiri....
ishhh teringat betul kenangan silam..


Ni plak bila dah siap untuk di makan, ade jugak yang menjadikan pucuk paku merah ini sebagai salah satu bahan dalam campuran bubur lambuk.


ok berbalik pada cerita pucuk paku merah ni, semalam sebelum hubby balik umah sy pesan mintak carikan pucuk paku ni di chow kit, malam ade jual sayur kampung kat sana, tapi bila dia balik tengok2 dalam plastik ade pucuk paku biasa... sedih bangat tanpa sedar air mata ni mengalir namun dapat di sorok dr pandangan hubby, sebelum keluar kerja hubby janji lagi akan cari kan juga pucuk paku merah a.k.a pucuk mideng.




Khamis, 12 Ogos 2010

Salam Ramdhan

Buat teman2 seperjuangan yang di sayangi,

Selamat berpuasa semoga ramadhan kali ini menjadi taman2 untuk kita beribadah juga semoga ramdhan kali ini bukanlah ramadhan yang terakhir buat kita.

Saya juga memohon berbanyak kemaafan jika ade kesalahan samaada secara sengaja mahupun tidak dari diri saya...

كل عام وانتم بخير

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...