Isnin, 16 Ogos 2010

Pucuk Paku Merah a.k.a Pucuk Mideng

Semalam masa tengah lepak2 kat umah sambil tengok tv ntah kenapa tetiba terbayang pucuk paku merah yang aku selalu makan ketika aku menuntut sebuah sekolah swasta berasrama di Kg. Boundry Dengkil Selangor.

Ni lah rupa pucuk paku merah tu...
Pucuk paku merah juga di kenali oleh sesetengah masyarakat melayu terutama di sebelah pantai timur sebagai pucuk mideng...


Masa duk asrama, kadang kala ujung minggu time cuti kami ramai2 akan beriadah mengikut jalan2 dalam ladang pokok sawit di sekitar kawasan yang berdekatan, sewaktu berjalan nak balik asrama kami kutip pucuk paku merah ni untuk juadah makan tengahhari, kami masak sendiri....
ishhh teringat betul kenangan silam..


Ni plak bila dah siap untuk di makan, ade jugak yang menjadikan pucuk paku merah ini sebagai salah satu bahan dalam campuran bubur lambuk.


ok berbalik pada cerita pucuk paku merah ni, semalam sebelum hubby balik umah sy pesan mintak carikan pucuk paku ni di chow kit, malam ade jual sayur kampung kat sana, tapi bila dia balik tengok2 dalam plastik ade pucuk paku biasa... sedih bangat tanpa sedar air mata ni mengalir namun dapat di sorok dr pandangan hubby, sebelum keluar kerja hubby janji lagi akan cari kan juga pucuk paku merah a.k.a pucuk mideng.




Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...