Isnin, 14 November 2011

.:: Urusan Kaki ::.

Salam Sahabat2,
Alhamdulillah syukur pada ALLAH RAbbul Jalil kerana permudahkan segala urusan ibu dan abah siang td, walaupun kami terpaksa naik kenderaan awan namun semuanya berjalan lancar....

Seawal 8am ibu dan abah bertolak ke Klinik Ortopedik HKL, Jalan sesak makanya kami  9am baru sampai dan ibu terus beratur mengambil no giliran... dan no seperti tertera di bawah!


Huhuhu bermulalah sessi menunggu, dari 9.02am sehinggalah 10.30am baru nama abah di panggil, 1st time dtg FOC lepas ni setiap kali temujanji kena RM5, dah daftar tunggu lagi dan lagi dan lagi... sampai abah naik bosan menunggu, muka dia dah macam2 rupe dia buat, ibu plak duk merepek kat abah sbb dengar lagu rod steward kat tempat menunggu...


11.45am baru lah no 0930 tu di panggil, masuk2 doc tanya x-ray kami cakap tak de, so dia suh p x ray dulu adehh td ms menunggu 3 jam tu kalau suruh p kan settle dah, tp sbb doc tu lembut n suka senyum maka hati ibu pun sejuk... menapak lah kami ke bilik x-ray plak...


Balik dr x-ray doc buka balutan kaki abah, huhuhuhu tengok la rupa kaki yg terperak lama dalam simen tu, hitam dan ngeri tengok kulit2 menggelupas (siapa x sanggup tengok sila tutup hidung). :)


Haaaa hitam kan?
Ermm Alhamdulillah lepas doc berbincang dengan pakar maka kaki abah tak perlu di simen lagi, lega ibu dengar bila doc cakap mcm tu, 2 bulan lagi abah kena datang tapi kena datang fisioterapi 2 minggu lagi... 
haaaa tau jam brp kami settle semua urusan? 3pm baru settle segala makneka.

4pm sampai umah terus tumbang, kebetulan Mamnu' mina solat so ibu tdo sampai 6.45pm terus amik arif kat umah pengasuh, 7pm bermula plak tugas ibu membersihkan kaki abah.... ibu cuci kaki abah dengan air panas, asam jawa dan garam bukit..  



Dan ini hasilnya..................................................................
*

*

*

*

*

*

*

*
Comel la plak ibu tengok... hehehehehehehe

Ermmm.... sorry la sbb ibu duk cerita pasal kaki, tapi ibu sangat berharap kaki ini dapat cepat sembuh untuk menunaikan tanggung jawabnya sebagai suami dan ayah, kesian plak ibu dengar tiap kali abah mengeluh resah tak dapat nak cari rezeki buat sementara waktu ini untuk keluarga...

Doakan semoga kaki abah cepat baik ya...... 
Terima Kasih semua :)












2 ulasan:

Yana, mama falisha berkata...

insya Allah.... dh bkk simen tu maknenye nk baik dh tu... tp jgn lasak2 sgt.. hehe
terigt picha retak tgn ritu... huhu

Kasih Ibu Arif Atan berkata...

Yana, picha pernah retak tgn? ishh kesian dia menahan sakit tu kan? macamn bleh jd mcm tu?

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...