Isnin, 17 Oktober 2011

ILMU UNTUK KAUM HAWA (2)


PERKARA YANG AMAT DIBENCI ALLAH SWT PADA WANITA

  1. Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman: "Hiduplah dengan apa yang kau suka"
  2. Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim. 
  3. Perempuan yang memakai kain yang nipis dan jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yang mendatangkan kegairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga. 
  4. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat. 

WANITA yang DIMURKAI OLEH ALLLAH S.W.T

Sebagaimana Allah suka dengan wanita yang solehah,Allah juga sangat murka kepada beberapa jenis wanita.

Oleh kerana itu sangat perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebencian-Nya supaya kita terhindar dari kemurkaan-Nya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dahsyat sehinggakan para nabi pun sangat takut.Bahkan Nabi Ibrahim a.s pun lupa bahwa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail a.s kerana ketakutan yang amat sangat.

Abu Zar r.a meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Seorang wanita yang berkata kepada suaminya: "semoga engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke-7 & dikutuk pula oleh segala sesuatu yang dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia & jin."

Ab.Rahman bin Auf meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Seorang yang membuat susah lepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah S.W.T tidak akan menerima amalannya yang wajib & sunat."

Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kalau seandainya apa yang ada dibumi ini merupakan emas & perak serta dibawa oleh seorang wanita kerumah suaminya dan kemudian pada suatu hari dia terlontar kata2 angkuh:"Engkau ini siapa?Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun." Maka hapuslah semua amal kebaikannya.

Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang yang sangat kasih pada ummatnya & terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dari azab Allah S.W.T .Beliau menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan,keletihan & tekanan.Begitu juga air mata & darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih-sayangnya terhadap kita. Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita,keluarga kita & seluruh ummat baginda.

Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...