Ahad, 2 Oktober 2011

Di Duga Lagi...

Salam sayang buat semua sahabat2 ibu...
x tahu bagaimana mahu ibu mulakan  cerita ibu kali ini, semalam petang dalam jam 2 lebih hati ibu remuk bila ibu mendengar suara suami ibu mengerang & menangis kesakitan, apa yang ibu boleh lakukan ketika itu suami ibu di Perak ibu pula di KL, Suami ibu jatuh tangga ketika lakukan kerja2 mengecat di perumahan JKR Perak. Kebetulan masa kejadian dia berseorangan, mujur dia kol ibu,  minta ibu kol saudaranya, dengan tangan terketar2 ibu cari no saudara td, mujur ibu simpan no tu sblm ni...


Dalam 1/2 jam ibu kol balik, katanya hanya terseliuh je tp rupanya setelah ke hospital tulang pergelangan kakinya retak, Ya ALLAH sedihnya ibu... patutlah berat ibu nak lepaskan dia pulang ke kampung, rupanya motor pancit sewaktu dalam perjalanan dia pulang malam jumaat lepas membawa petanda yg akan berlaku kejadian ini...

Tak sangka ibu teruji sebegini, ibu lebih rela menerima ujian lain, tapi ujian sebegini ibu tak mampu sebenarnya, dialah tempat ibu berpaut sewaktu ibu memerlukannya, dibahu dialah tempat ibu letakkan kepala disaat ibu keresahan, didadanya juga tempat ibu menyembam muka dikala ibu tak mampu menahan kesedihan yang melampau... ibu tak sanggup kehilangan dia, harapan ibu biarlah dia cepat sembuh krn beberapa minit sblm jatuh dia hantar msg "Rabu ni abang balik KL, ade 3 hari je lagi kerja abg kat sini". biar dia cepat balik ke sini supaya senang hati ibu bila dia berada di depan mata...

Ya Allah lindungi lah suamiku dari sebarang malapetaka lagi selepas ini... Amin,

Kawan2 sudilah kiranya doakan suami ibu ya!

Terima Kasih

Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...