Isnin, 8 Februari 2010

Ahmad Arif Beransur Pulih

Alhamdulillah, Arif dah pun beransur pulih dari demam & semputnya, tak keruan aku di buatnya saat Arif sakit semula setelah hampir 3 bulan lebih dia tak alami apa2 simptom yang menunjukkan penyakitnya berulang. Segalanya bermula bila aku pandai2 tukar susu Arif dari Ducth Lady 123 ke Dumex Dugro bijirin padahal aku tahu yang Arif mmg tak boleh minum susu tu dan dengan persetujuan doktor aku tukar susu ke ducth lady setelah aku tak beberapa mampu untuk terus bagi arif minum susu Novalac Ar (susu khas).
(Rabu 5 Feb 10/ 6.30pm) Pengasuh Arif tegur kenapa aku hantar arif juga walaupun arif sakit mata, aku diam saja malas nak jawab apa2 esoknya aku bawak arif ke tempat kerja, Seharian arif kat opis kesian plak dia, malamnya arif demam lagi mujur abahnya ada jadi dia lah yang menguruskan arif maklum lah orang berpengalaman jaga anak demam, tak tahu lah apa nak jadi jika aku sorang2 kat rumah masa tu..
Keesokannya aku tak kerja sbb awal pagi lagi arif kembali semput, begitu juga dengan pagi sabtu dan ahad, tapi yang buat aku lega sikit arif aktif dan arif dah berjaya merosakkan kipas angin yang tak sampai setahun lagi aku beli... so mlm tu terpaksa lah aku beli kipas baru kalau tak banjir peluh lah bilik tido umahku mlm tu..
Alhamdulillah pagi tadi arif tak semput mcm sblm2nya, jadi aku boleh p kerja dengan senang hati.. moga2 Arif sembuh n sihat sokmo aminn.. Ibu sayang arif taw..

Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...