Ahad, 30 November 2014
BAHAYA KOLESTEROL DAN RISIKONYA
Bagaimanapun, paras kolesterol tinggi yang berpunca daripada faktor pemakanan tidak seimbang boleh dicegah.
Jumaat, 28 November 2014
Apa itu Talasemia?
Hai bloggers semua... Jom kita study skit apa itu Talasemia?
Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).
Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.
Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.
posted from Bloggeroid
Khamis, 27 November 2014
Ingin Hamil??? Atasi masalah kesuburan anda dengan Shaklee
Siapa yang x nak anak?
Siapa yang x nak anak ramai?
Tentu nak kan? Kalau yg x nak tu pelik...
Ok hr ni sy nak share supplement2 untuk meningkatkan tahap kesuburan tubuh badan...
1- Alfalfa Complex - mengapa alfalfa yang pertama saya cadangkan? Kerana alfalfa bertindak mendetox tubuh badan anda, segala macam anasir yang x di perlukan akan diserap keluar melalui sistem perkhumuhan. Nak makan supplement lain better detox dulu baru mudah kerja supplement yg lain.
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.
Isnin, 24 November 2014
From Zero To Hero ~ Design Your Life
Assalamualaikum... Selamat pagi semua, semoga hari ini lebih baik dari semalam, semoga anda semua juga ceria ceria sokmo.... Alhamdulillah hari ni ibu just nak share pasal kelas from zero to hero yang ibu join semalam di Faizland, The Atmosphere Seri Kembangan semalam dari jam 9.30- 3.00 petang. Syukur semua urusan dipermudahkan seawal 6.45 am ibu dan Arif keluar rumah menuju Serdang menggunakan pengankutan awam (Komuter) Sampai serdang sahabat sesusur galur datang jemput untuk ke Faizland... Ok jom kita tengok gambar2 sepanjang kelas...
Rabu, 19 November 2014
PHYTOCOL ST - apa perbezaan kolestorl HDL & LDL?
Phytocol st membekalkan 2000mg sterol dan stanol tumbuhan setiap hari, untuk memdapatkan jumlah yang sama anda perlu makan:
°200 batang lobak
°70 keping roti gandum
°424 biji tomato
Wahhh.... Larat ke atau mampu ke kita nak makan sebanyak itu setiap hari? tak mampu kan? Oleh yang demikian shaklee datangkan produk yang sangat bagus untuk masalah ini.
Isnin, 17 November 2014
Omega Guard dan Astma
Assalamualaikum.... semoga hari ini lebih baik dari semala.... Ermmm hari ibu nak share pasal omega guard... Omega guard ni bagus sangat untuk masalah astma... Kena pulak sekarang ni kerap hujan dan sangat2 menyumbang kepada berlakunya astma pada pengidapnya terutama kanak-kanak.
Kebiasaan ubatan yg dicadangkan oleh doktor untum merawat asma/ asthma adalah steroid. Namun kita tahu steroid memberi kesan sampingan dlm jangka masa panjang.
Untuk makluman anda kandungan omega 3 mampu bertindak seperti steroid tapi ianya tidak akan memberikn kesan sampingan seperti mana steroid. Ia juga bonus kpd ibu mnyusu kerana kandungan DHA dlm Omega Guard akn disalurkan kpd anak (DHA baik utk otak anak).
Kajian juga menunjukkan mereka yang menghidap penyakit berkaitan inflamasi seperti asma/ asthma mempunyai kandungan Omega-3 yang rendah.
Ahad, 16 November 2014
Roti Homemade Gebu gebas
Assalamualaikum...
Hai semua... Hari ni ibu nak up lagi entry pasal masakan, dah lama nak buat tp tertangguh2 je... So kebetulan hari ni masak kari ayam so teruskan niat buat roti homemade untuk minum petang td...
Ok ni hasil meroti ptg td, kejap je buatnya... Uli pakai tangan je sbb mesin falcon x de huhuhu wajib beli nnt... Ok ibu nak share resepi roti ni sekali so saper2 nak buat boleh la, resepi ni ibu dapat masa g kelas meroti bulan lepas anjuran wondermum network susur galur master Dila Roslan. Cara cara banyak ibu ikut style sblm ni sbb ms kelas pakai mesin so agak beza skit.
Jumaat, 14 November 2014
Nasi minyak aka lemak Lagend Darul Quran Rusila
Hari ni ibu just nak share sarapan peberet ibu n kawan2 masa di Maahad Darul Quran, berebut kami nak kuah atasnya sbb lebih rasa dan pedassss.... Siapa pernah study MDQ tau lah kesedapan nasi lemak@minyak dq ni...
Ok ibu nak share resepi nasi ni ngan kawan2... Sedap, sampai ada dikalangan kami yg mengidam nak makan nasi ni ms ngandung tp x dpt, ptg td ibu dpt je resepi terus buat, nasinya tu biasa je yg luar biasa kuah ikan bilisnya... Jom tengok resepi kat bawah...
Rabu, 12 November 2014
Isnin, 10 November 2014
FAKTOR JERAWAT TUMBUH DI WAJAH
Katakan tidak pada jerawat, haaa semua orang mesti tak nak jerawat singgah dikulit muka mahupun tempat lain kan? meh sini kita kenali faktor-faktor yang menyebabkan jerawat tu tumbuh subur ditubuh dan wajah kita. sebelum tu cuba tengok gambar diatas, jenis2 jerawat yang dinyatakan... ngeri x sanggup tau....
Berikut adalah faktor-faktor yg menyebabkan jerawat keluar.Anda boleh mengatasinya sekiranya anda tahu punca jerawat-jerawat anda.
OMEGA GUARD BAGUS UNTUK IBU HAMIL?
Anda hamil? Mencari suppelmen yang sesuai dengan kesihatan anda dan bagus untuk perkembangan bayi dalam kandungan?
Usah pening2 kepala, jom amalkan OMEGA GUARD SHAKLEE...
kenapa omega penting untuk ibu hamil?
- Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan
- Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang
- Mengurangkan risiko gila meroyan selepas kelahiran bayi
- Mengawal kenaikan berat badan
Omega guard ialah minyak ikan terbaik dunia yang menggunakan penyulingan molekul 3 peringkat yang sangat eksklusif di bawah suhu rendah yang terjaga.
Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya.
Minyak ikan boleh diperolehi secara semulajadi dari ikan2 laut seperti ikan kod, ikan kembung, ikan salmon dan sebagainya. Namun, kenapa kita masih perlu ambil fish oil dalam bentuk kapsul, dengankata lain Omega Guard?
Ikan2 laut mengandungi merkuri yang tinggi disebabkan oleh pencemaran. Jadi ia memberikan kesan yang tidak baik kepada kesihatan.
posted from Bloggeroid
Ahad, 9 November 2014
Laksam Bling Bling
Assalamualaikum...
Hari ni ibu tetibe rajin nak melaksamkan tepung beras, semua gara2 ikan banyak sangat.... Beli 3 longgok rm10 kat pasar malam.... Ermmm maka terjadilah Laksam Bling Bling Menu Sarapan Hari Ini.... Haaa ibu buat warna warni, masa kukus pagi tadi buat warna putih, pink n hijau, petang buat warna oren plak (oren x amik gamba)
Buat warna warni ni sebab nak pancing selera anak bujang ibu ni, payah benor nak makannye.... Ade warna warni dia seronok nak makan.... Ok meh ibu share resepi mcmn nak buat Laksam, biasa org lulus buat kuahnya, tp tang tepung tu x menjadi, ibu pun gugel Alhamdulillah menjadi.
Laksam
Bahan-bahan:-
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
5 cawan air suam
bancuh semua sehingga betul2 sebati, kemudian kukus dlm tudung periuk sehingga gelembung, angkat nnterus gulung, sblm tu jgn lupa sapu tudung periuk ngan minyak masak, mcm tu juga utk yg seterusnya, sapu je minyak, tak yah basuh tudung periuk tu sehingga habis tepung.
Kuah Laksam
Bahan-bahan:-
2 ekor ikan tongkol*
6 ekor ikan sardin*
1 biji bwg merah - tumbuk
3 ulas bwg putih - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
2 keping asam keping
Lada hitam (ikut suka banyak mana) - blend @ tumbuk
Santan
Garam
Cara
~ Blender isi ikan yang telah direbus, masukkan dlm periuk, kemudian blend plak tulang n tapis amik air sahaja.
~ Masukkan santan, bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam dan asam keping.
~ masak sehingga mendidih baru masukkan garam.
Siap boleh dihidang dengan ulam2 dan sambal belacan (cilifire tumbuk dgn belacan), kalau di pantai timur biasa asing ciliboh n belacan tp ibu sekalikan je....
Selamat mencuba
posted from Bloggeroid
Lokasi: Kuala Lumpur, Malaysia
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
BAGAIMANA NAK TAHU YANG ANDA MEWARISI SAKA?
Saka adalah kontrak mistik di antara nenek moyang dengan jin untuk mendapatkan kecantikan, perlindungan, kekuatan dan pertolongan, dengan syarat-syarat tertentu dan pada masa-masa tertentu.
Ia boleh diwarisi dan dipindahkan kepada keturunan si pengamal sehingga 7 keturunan, terutamanya kepada anak cucu yang masih menyimpan barang-barang peninggalan si mati.
Menurut Ustaz Sharhan Shafie , terdapat beberapa tanda untuk mengetahui seseorang itu mewarisi saka atau tidak.
Di antara tanda-tandanya adalah:
1. Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
2. Selalu bermimpi berada di awangan.
3. Sering dikejar binatang dan dipatuk ular.
Tanda-tanda berikut adalah petanda yang sangat jelas seseorang itu mewarisi saka:
4. Kerap bermimpi menerima bungkusan dari seseorang.
5. Mimpi menyusukan bayi (mendukung atau melihat dikira petanda yang sama)
6. Ada lebam pada tubuh setelah bangun dari tidur.
7. Rumah tangga sering bermasalah, sering berbalah dalam perkara yang kecil, anak-anak yang degil.
8. Berdebar-debar tanpa sebab.
9. Sakit-sakit pada sendi, pinggang dan buku lali walaupun perubatan moden tidak dapat mengesahkan apa sakitnya.
Anda boleh mengamalkan ayat-ayat dari al-Quran untuk memohon kepada Allah supaya dilindungi dari saka.
Amalkan ayat ke-82 Surah al-Isra' dan ayat ke-57 Surah Hud (Inna rabbi 'ala kulli syai in hafeez).
Atau setiap kali lepas solat fardu baca:-
Alfatihah
3 Qul
Ayat qursi
Ayat pendinding (gambar)
Insya-Allah.
posted from Bloggeroid
Khamis, 6 November 2014
SEDEKAH
SEDEKAH ALFATIHAH
Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang kian 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak kecil2 ini pun cemas juga.. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik.. Allahu Akbar!
Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka. Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan. Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.
Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan sedekahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas sedekahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.
Sejak itu, amalan menyedekahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Usai solat, itulah ikhtiarnya. Disedekahkan .-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.
Sahabat-sahabatku yang baik,
Cuma sedekahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.
Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai sedekah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.
Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita.. Subhanallah..
Jom same2 kita beramal secara istiqomah sedekahkn al-fatihah untuk Rasulullah, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak2 permata hati kita.
Jangan lupa hadiahkan utk diri sdiri juga.. Aminn
posted from Bloggeroid
Rabu, 5 November 2014
Vit E Shaklee :- 7 Kretiria
Vitamin E adalah sejenis antioksidan yang terkenal dengan fungsinya melindungi sel – sel dan tisu dalam badan dari kerosakan akibat radikal bebas.
Vitamin E Shaklee terdiri daripada d-alpha-tocopherol concentrate lengkap dengan Selenium [as selenium yeast].
Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.
RESEPI: Kuih Kaswi Pandan Sedap
Bahan bahan:
2/3 cawan gula pasir
2 cawan air
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
3/4 cawan jus pandan (kisar 4 helai daun pandan)*
Secubit garam
1 sudu kecil air kapur - guna 1/2 sudu kecil
Sedikit pewarna hijau
Cara cara:
Masak gula pasir dengan 2 cawan air sehingga gula larut serta mendidih. Ketepikan.
Dalam periuk lain, satukan semua bahan di atas kecuali air gula dan digaul rata. Setelah bergaul rata, baru dituangkan air gula dan kacau rata.
Masak atas api perlahan dan kacau sehingga hampir likat. Jangan pekat sangat. Masukkan dalam loyang atau bekas kaca dan kukus selama 20 minit. Saya kukus selama 25 minit.
Hidang dengan parutan kelapa parut muda putih digaul dengan sedikit garam.
SELAMAT MENCUBA
SUMBER
LECITHIN BANTU MASALAH BENGKAK SUSU
LECITHIN bantu masalah bengkak susu? Wahhhh ini sangat menarik, untung betul ibu2 yang dalam pantang dah kenal dengan shaklee n lecithin ni, masa ibu dulu tak kenal pun lecithin, walau tahu wujudnya shaklee di wangsa maju masa tu... teringat dalam pantang kena bengkak susu disusuli demam yang sampai terketar2 kesejukan walau dah berselimut dengan toto, Alhamdulillah arif ms tu tak meragam lagi....
Syukur juga masa tu arwah mak ada bantu...
Selasa, 4 November 2014
Cara Beri Anak Anda Omega Guard
Kenapa Omega Guard adalah supplemen yang mesti ada untuk setiap keluarga. Ini adalah kerana Omega Guard ni sangat baik utk bayi, kanak-kanak, ibu bapa, remaja dan warga tua. Kanak-kanak pun boleh makan Omega Guard, jangan tak tahu, Ramai yang tak tahu macamana nak bagi kanak-kanak makan Omega Guard.
Apa yang bestnya dan bagaimana rupa bentuk Omega Guard ni? Kalau nak tahu
Omega Guard berbentuk kapsul jernih yang mengandungi minyak ikan.
Isnin, 3 November 2014
7 Elemen Penting Omega Guard : JOM KENALI OMEGA GUARD DENGAN LEBIH DEKAT
Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang
sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun
tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu
mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement.
Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.
Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan
lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak
guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain
kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.
Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik
SET GOUT SHAKLEE
Apa itu Gout?
Gout adalah disebabkan oleh pengumpulan asid urik (uric acid) di dalam
darah yang terhasil daripada proses pemecahan makanan. Buah pinggang
akan menapis darah dan menyingkirkan asid urik melalui air kencing. Bagi
pesakit gout , asid urik tidak dapat disingkirkan sepenuhnya dan
lama-kelamaan paras asid urik dalam darah akan meningkat . Asid urik ini
kemudian akan mendap di bahagian sendi
terutama di bahagian sendi besar. Biasanya mendapan berlaku pada sendi
ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di bahagian sendi yang lain
seperti di bahagian belakang, kaki, buku lali, lutut, pergelangan
tangan, siku dan jari.
Asid urik boleh menyebabkan keradangan
pada sendi dan ketika inilah serangan gout berlaku. Pesakit akan berasa
sakit sehingga tidak boleh menggerakkan sendi terlibat.
Gout
adalah salah satu daripada penyakit sendi dan serangan pertama biasanya
berlaku kepada individu yang berumur dalam lingkungan 40 hingga 50
tahun. Bagaimanapun penyakit ini boleh menyerang semua peringkat umur
termasuk remaja. Gout juga boleh disebabkan oleh masalah kegemukan,
tekanan, kerosakkan buah pinggang. Penghasilan terlalu banyak asid urik,
terlalu sedikit penyingkiran asid urik kesan sampingan ubat 'diuretik'
dan akibat penyakit lain seperti tekanan darah tinggi serta kebuluran.
Sabtu, 1 November 2014
Sunnah Puasa 9 dan 10 Muharram
Abu Qatadah al-Ansari radiallahu ‘anhu berkata:
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ فَقَالَ ” يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ
Baginda ditanya tentang puasa hari Asyura. Baginda menjawab: ia menghapuskan dosa setahun yang lalu.
[Sahih Muslim, Kitab al-Siyyam,hadis no: 2603]
‘Abdullah bin ‘Abbas radiallahu ‘anhuma berkata:
حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ
Langgan:
Catatan (Atom)
Borang Maklumat Hubungan
Popular Posts
-
Entri kali ini agak 18sx sedikit tetapi amat berguna untuk pasangan yang sudah berumah tangga. Jika anda rasa entri ibu kali ini agak ke...
-
Diet Atkins lebihkan protein berbanding karbohidrat Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. ...
-
Muntah dan cirit-birit adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak, namun ianya amat berbahaya bagi bayi. Bagi kes yang normal, muntah ada...
-
Tahukah anda, darah pekat amat merbahaya untuk kesihatan? Jika darah berwarna agak gelap & pekat, bermakna darah kurang oksigen aki...
-
Selamat Malam... Haii kawan2 masih ingat cerite philiphine yg pemes dowlu (Pangako sayo') Lakonan Kristine Hermosa & Jericho Rosale...
Labels
pengedar shaklee wangsa maju
Arif
Alfalfa Complex
ESP - Soy Protein Isolate Powder
OmegaGuard™
Sustained Release Vita-CTM 500 mg
Anakku sayang
GLA Complex
Vita-E Complex®
Meal Shakes
OsteMatrix™
B-Complex
herb-lax
kesihatan wanita
Vivix™
Zinc Complex
CoQ10
Collagen Powder
Lecithin
kesuburan
Vita-Lea® Iron Formula
DTX Complex™
Garlic
NutriFeron
keistimewaan Shaklee
ostematrix
perbezaan shaklee
Advanced Joint Health Tablet
CarotoMax
Chewable Vita-C™ 100 mg
Cinch™ Shake Mix
PHYTOCOL-ST
Performance® Maximum
Basic H
Vita-Lea® for Children Chewable
nutriwhite
papermint gingger
AL QURAN
Cinch™ Energy Tea Mix
Get Clean Healthy
Herbal Blend
alkali
ibu pejabat shaklee