Ahad, 9 November 2014

BAGAIMANA NAK TAHU YANG ANDA MEWARISI SAKA?




Saka adalah kontrak mistik di antara nenek moyang dengan jin untuk mendapatkan kecantikan, perlindungan, kekuatan dan pertolongan, dengan syarat-syarat tertentu dan pada masa-masa tertentu.

Ia boleh diwarisi dan dipindahkan kepada keturunan si pengamal sehingga 7 keturunan, terutamanya kepada anak cucu yang masih menyimpan barang-barang peninggalan si mati.

Menurut Ustaz Sharhan Shafie , terdapat beberapa tanda untuk mengetahui seseorang itu mewarisi saka atau tidak.

Di antara tanda-tandanya adalah:

1. Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
2. Selalu bermimpi berada di awangan.
3. Sering dikejar binatang dan dipatuk ular.

Tanda-tanda berikut adalah petanda yang sangat jelas seseorang itu mewarisi saka:

4. Kerap bermimpi menerima bungkusan dari seseorang.
5. Mimpi menyusukan bayi (mendukung atau melihat dikira petanda yang sama)
6. Ada lebam pada tubuh setelah bangun dari tidur.
7. Rumah tangga sering bermasalah, sering berbalah dalam perkara yang kecil, anak-anak yang degil.
8. Berdebar-debar tanpa sebab.
9. Sakit-sakit pada sendi, pinggang dan buku lali walaupun perubatan moden tidak dapat mengesahkan apa sakitnya.

Anda boleh mengamalkan ayat-ayat dari al-Quran untuk memohon kepada Allah supaya dilindungi dari saka.

Amalkan ayat ke-82 Surah al-Isra' dan ayat ke-57 Surah Hud (Inna rabbi 'ala kulli syai in hafeez).

--
Atau setiap kali lepas solat fardu baca:-

Alfatihah
3 Qul
Ayat qursi
Ayat pendinding (gambar)

Insya-Allah.

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...