Rabu, 5 November 2014

LECITHIN BANTU MASALAH BENGKAK SUSU



LECITHIN bantu masalah bengkak susu? Wahhhh ini sangat menarik, untung betul ibu2 yang dalam pantang dah kenal dengan shaklee n lecithin ni, masa ibu dulu tak kenal pun lecithin, walau tahu wujudnya shaklee di wangsa maju masa tu... teringat dalam pantang kena bengkak susu disusuli demam yang sampai terketar2 kesejukan walau dah berselimut dengan toto, Alhamdulillah arif ms tu tak meragam lagi....

Syukur juga masa tu arwah mak ada bantu... 

Bagaimana bengkak susu boleh berlaku?

Payudara bengkak adalah perkara semulajadi kerana banyak susu dihasilkan pada minggu pertama kelahiran. Bagaimanapun pembekalan (engogement) boleh membawa kepada masalah kesihatan dan perlu dirawat.

Pembengkakan berlaku kerana penahanan susu dalam alveoli iaitu tempat susu disimpan. Alveoli akan mengembang hingga menghalang sistem limfa dan saluran darah. Selain itu, ia akan menyebabkan pengumpulan darah dalam saluran darah pada payudara. Payudara akan terus membengkak, keras dan sakit. Pembengkakan tanpa rawatan akan menyebabkan rasa sakit kerana saluran tersumbat dan mastitis.

Masitis (Tanda-Tanda)

  • Tanda merah pada payudara biasa dalam bentuk tiga segi.

  • Payudara rasa bengkak

  • Simptom selesema seperti demam, sakit, tegang, letih dan mudah terasa emosional. 

  • Anda boleh lakukan pelbagai cara di atas untuk meredakannya. Tetapi jika dalam tempoh 12 hingga 24 jam simptom-simptom tadi masih ada, anda patut bertemu doktor. Doktor mungkin akan memberikan anda antibiotik yang selamat untuk ibu yang menyusukan bayi.

Apa yang anda boleh lakukan untuk atasi masalah ini?

  • Teruskan menyusu

  • Susukan bayi sekerap mungkin

  • Susukan pada bahagian yang bengkak terlebih dahulu.

  • Bertenang jika ada simptom selesema

  • Rangsang aliran susu dengan bersenam, mengayun tangan, mengelap tingkap atau menggosok lantai (gerakan tangan membantu aliran susu anda). 

  • Jika mastitis anda berulang, minta doktor periksa tekak bayi anda. Mungkin dia telah mengalami infeksi yang akan berterusan menjangkiti payudara anda.

Ok untuk masalah bengkak susu ni anda boleh amalkan lecithin sebagai langkah untuk membantu dari berlakunya bengkak susu ketika dalam pantang, bagaimana ia dapat membantu? LECITHIN bantu pengaliran susu dengan lebih baik, sifat lecitin yang mengurangkan kelikatan susu dengan meningkatkan peratusan asid lemak poli tak tepu dalam susu. Lecitin sememangnya berfungsi memecahkan lemak di saluran darah dan digunakan oleh orang yang nak kurus dan turunkan paras kolestrol.

Selain itu, lecitin biasa digunakan sebagai pengemulsi iaitu bahan penstabil dalam makanan seperti coklat. Lecitin ni special sebab ada unsur hidrofobik dan hidrofilik, Hidrofobik bermaksud ada pertalian dengan minyak dan lemak. Hidrofilik bermaksud mempunyai pertalian dengan air. Kepekatan dalam susu ibu semasa clogged duct terjadi dikurangkan dengan pengambilan lecitin untuk membantu masalah ini.

Cara makan lecitin untuk atasi clogged duct !

Tidak syak lagi, Lecithin Shaklee disyorkan untuk membantu masalah saluran bengkak susu atau plugged duct. Masalah ini perlu diatasi sebelum menjadi lebih serius seperti sakit ‘mastitis’, pengambilan antibiotik atau pembedahan. Dos yang disyorkan biasa untuk masalah plugged duct atau liang susu tersumbat adalah 3600-4800 mg lesitin setiap hari, atau 3-4 kali sehari mengikut kandungan kapsul lecitin. 1 kapsul lecitin shaklee mengandungi 520mg. Jadi, ibu boleh ambil 7-9 kapsul selama mengalami bengkak susu yang teruk. Selepas satu atau dua minggu keadaan ibu semakin pulih, ibu boleh mengurangkan dos ke 3-6 kapsul. Jika tidak ada liang susu tersumbat dalam satu ke 2 minggu, ibu boleh mengurangkan pengambilan lecitin secara gradually. Ibu mungkin perlu terus mengambil 1-2 kapsul setiap hari jika clogged duct masih berlaku sebaik sahaja tidak mengambil lecitin.

Menurut “The Doctor’s Vitamin and Mineral Encyclopedia” oleh Sheldon Saul Hendler, MD, Ph.D. (1990, ms. 258-269), dos maksimum lesitin adalah 50 gram sehari. Syor dos maksimum untuk clogged duct ialah 4.8 gram sehari, kurang daripada 1/10 daripada dos maksimum yang disarankan. Jadi, ia selamat untuk ibu menyusu mengambilnya.

 Berminat boleh terus hubungi ibu untuk dapatkan stok lecithin anda....

Sayang sokmo

Ibu Arif

 



posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...