BAHAYA KOLESTEROL DAN RISIKONYA
MANUSIA memerlukan kolesterol bagi membentuk sel, hempedu dan hormon
tertentu dalam tubuh tetapi paras kolesterol yang tinggi mendedahkan
individu kepada pelbagai penyakit berbahaya. Penyakit jantung koronari
disebabkan paras kolesterol tinggi dalam tubuh menjadi pembunuh nombor
satu masyarakat di negara ini. Pesakit juga terdedah kepada serangan
strok atau angin ahmar sekiranya paras kolesterol terlalu tinggi. Apakah
faktor yang menyebabkan paras kolesterol tinggi dalam tubuh dan
bolehkah keadaan itu dikurangkan?
Kolesterol dihasilkan oleh hati dan ia wujud dalam darah setiap
individu. Pengambilan makanan yang tidak seimbang dan kaya dengan
kolesterol akan mendedahkan seseorang kepada masalah kolesterol tinggi
dalam darah. Penghasilan kolesterol secara berlebihan oleh hati
dikaitkan dengan faktor genetik dan keadaan ini sukar dikawal biarpun
individu berusaha mengurangkan pengambilan makanan kaya kolesterol.
Ada pesakit mengadu tidak mengambil makanan kaya kolesterol tetapi
paras kolesterol mereka tinggi dan ini sebenarnya berpunca daripada
faktor genetik. Mereka yang kuat merokok juga terdedah kepada masalah
kolesterol tinggi.

Bagaimanapun, paras kolesterol tinggi yang berpunca daripada faktor pemakanan tidak seimbang boleh dicegah.
Masalah kolesterol tinggi lebih terdedah kepada lelaki berbanding
wanita. Namun begitu, apabila wanita putus haid, mereka tidak terlepas
daripada mengalami masalah kolesterol tinggi dan sebahagian besar
daripada mereka terdedah kepada sakit jantung koronari. Sebelum putus
haid, hormon estrogen melindungi wanita daripada sakit jantung koronari
tetapi selepas menopaus, hormon itu tidak lagi dihasilkan oleh tubuh dan
ini mendedahkan mereka kepada pelbagai masalah.
Tahap kolesterol boleh dikategorikan kepada Low Density Lipoprotein
(LDL) dan High Density Lipoprotein (HDL). LDL membawa kolesterol untuk
dimendapkan pada tisu manakala HDL pula bertindak mencegah pemendapan
kolesterol pada tisu. LDL disifatkan sebagai kolesterol tidak elok
manakala HDL pula ialah kolesterol elok.
Tahap kolesterol individu yang berusia 30 tahun ke atas tidak
seharusnya melebihi 4.7 mmol manakala paras kolesterol mereka berusia
bawah 30 tahun hendaklah kurang daripada 5.2 mmol. Lazimnya, pengambilan
darah boleh menentukan paras kolesterol seseorang. Apabila individu
berjumpa doktor, mereka akan ditanya mengenai sejarah dan latar belakang
kesihatan diri dan keluarga. Jika paras kolesterol normal, doktor akan
menasihatkan pesakit supaya menjalani pemeriksaan setiap lima tahun.
Bagaimana mengurangkan paras kolesterol?
1. Sekiranya paras kolesterol didapati tinggi, pesakit diminta mengubah tabiat pemakanan harian mereka.
2. Jika pesakit merokok, mereka dinasihatkan supaya berhenti.
3. Pesakit diminta mengurangkan berat badan jika terlalu gemuk.
4. Pesakit dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan berlemak.
5. Pilih kepingan daging tanpa lemak.
6. Jika memasak ayam, pastikan kulit ayam dibuang terlebih dulu.
7. Elakkan mengambil organ dalaman haiwan seperti paru, otak lembu, hati kambing dan hati lembu.
8. Elakkan mengambil susu penuh krim atau susu rendah lemak. Sebaik-baiknya pilih susu skim.
9. Jika berhasrat mengambil ais krim atau keju, pastikan puan memilih
yang rendah lemak. Bagaimanapun, sebaik-baiknya ambil dadih.
10. Kurangkan pengambilan kuning telur kerana ia kaya dengan kolesterol.
11. Walaupun santan tidak mengandungi kolesterol, ia mengandungi lemak
tepu dan apabila dimakan, santan akan bertukar menjadi kolesterol.
12. Amalkan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Bersenam
dapat mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Jika satu peratus
kolesterol berjaya diturunkan, pesakit mampu mengurangkan risiko sakit
jantung koronari sebanyak dua peratus. Sekiranya pesakit dapat
mengurangkan paras kolesterol sehingga lima peratus, risiko mengalami
sakit jantung koronari berjaya dikurangkan sehingga 10 peratus.
Rawatan
Oleh kerana masalah kolesterol tinggi yang berpunca daripada faktor
pemakanan boleh dicegah, rawatan kepada masalah itu lebih kepada cara
mencegah. Bagaimanapun, jika ia berpunca daripada faktor genetik, doktor
akan memberi ubat bagi menurunkan paras kolesterol dalam darah.
Beritahu doktor jika pesakit alah terhadap ubat terbabit. Pesakit harus
mematuhi setiap arahan sebelum mengambil ubat bagi mengelakkan kesan
sampingan. Pesakit dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan setiap tiga
bulan bagi mengetahui paras kolesterol mereka.
Sumber:
Dr Sharifah Sakinah Syed Mohamad al-Yahya – Perunding Perubatan dan
Endokrinologi (Diabetologi) Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor.
Jika anda mahukan penurunan kolestrol secara semulajadi, ibu cadangkan PHYTOCOL-ST SHAKLEE Fungsi produk ini adalah untuk membantu menurunkan kolestrol dalam
badan kita. Ia berfungsi dengan 'menutup pintu' dari kolestrol meresap
dalam saluran darah.
Selain
itu ia juga membantu memperbaiki fungsi imun,mengurangkan alahan,
memperbaiki hormon, memperbaiki insulin bagi penghidap Diabetis, ia juga
baik untuk lelaki bagi mengelakkan pembesaran prostat.
Berminat hubungi saya
Darna - 018-3948582
Tiada ulasan:
Catat Ulasan