Memaparkan catatan dengan label kesihatan wanita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan wanita. Papar semua catatan

Khamis, 27 Ogos 2015

HOMEMADE JAMU WANITA: CANTIK DARI DALAM


Assalamualaikum...

Ok kawan-kawan wanita sblm ni pernah minum jamu x? mcm darna sendiri mmg tak lalu nak minum jamu yang agak pahit dan berbau busuk, tapi kali ni darna dah jumpa jamu yang wangi, sedap dan tak pahit, paling best bagus untuk kesihatan tubuh badan juga keintiman wanita terutama wanita yang sudah mendirikan rumahtangga...


jom kita lihat apa bahan-bahan yang diperlukan untuk buat jamu ni....


  1. Manjakani

  2. Halia - Dihiris

  3. Ibu kunyit - Dihiris

  4. Asam jawa

  5. Gula Merah

# Rebus semua bahan diatas dengan 2 gelas air sehingga menjadi 1 gelas, apabila suam boleh la diminum seminggu sekali pagi sebelum sarapan sebaiknya waktu subuh....


Dan ini saya sharekan secara lebih kurang kelebihan2 bahan2 diatas untuk kesihatan tubuh badan kita....


ASAM JAWA

Khasiat asam jawa ia dapat mengurangkan kesakitan ketika haid dan merawat masalah keputihan. Air asam dan gula jawa dengan tambahan parutan kunyit tua, boleh mengatasi keputihan yang terjadi pada wanita. Minum secara rutin 2 hari sekali dan kurangkan makanan atau minuman manis serta aktiviti berlebihan. Antara khasiat air asam jawa untuk:-

  • Perut Bawah Tidak Selesa - Ada kalanya selepas haid atau sebelumnya, tubuh dalam keadaan keletihan dan bertindak balas pada kawasan tubuh lain seperti perut bawah, payudara, punggung atau pinggul. Minum sari kunyit dengan sedikit halia boleh meredakan rasa sakit tersebut.

  • Kesihatan Umum - Kunyit pada dasarnya mengandungi anti-oksida yang bagus bagi tubuh. Bila mau, tambah kunyit dalam minuman anda. Seperti wedang tradisional, jus atau dalam makanan. Cara ini boleh membantu membersihkan tubuh anda.


HALIA

Allah s.w.t berfirman, "Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil." (Surah Al-Insan : 17).

Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.

Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.

Halia ini bersifat panas jika kita amati dan juga lembap. Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut, membuka hati yang tersumbat akibat hawa dingin dan lembap. Halia juga meningkatkan kekuatan seks dan mengatasi angin duduk yang berlaku pada usus dan perut.

Umumnya, halia amat baik untuk menstabilkan hati dan perut yang dimasuki angin. Halia yang di campur dengan dua sudu gula dan sedikit air panas berfungsi sebagai julap dan boleh membebaskan tubuh dari toksin yang berbahaya. Halia juga amat berkesan untuk melarutkan lendir dalam badan.

GULA MERAH

 

Khasiatnya:-

 

  • Meredakan sakit perut - Sakit perut memang bisa terjadi kapan dan pada siapa saja, itu dipengaruhi oleh berbagai faktor salah satunya dari makanan. Tapi anda sekarang gak usah khawatir, karena ternyata gula merah juga dapat mempercepat meredakan rasa sakit tersebut. Caranya yaitu ambil satu gelas air hangat kemudian letakan gula merah secukupnya kedalam air tersebut, kemudian minum.

  • Menambah energi - Gula merah didalamnya mengandung banyak karbohidrat, zat tersebut berfungsi untuk memberi asupan energi pada tubuh. Emut lah gula merah tersebut ketika anda merasa lemas ataupun lesu, karena glukosa yang terkandung didalamnya cukup mudah untuk dicerna.


SEMALU


Khasiat dari pohon semalu yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian antaranya:

  • Untuk kegunaan wanita bagi membantu mengecut, menguat dan membersihkan alat sulit kaum wanita terutama selebas bersalin ataupun haid.

Bagi tujuan ini beberapa batang pokok semalu digunakan bersama akarnya sekali (pastinya pokok yang tidak terlalu besar) dan dibersihkan. Kemudian ianya direbus di dalam periuk bersama dengan Semua bahan yang diatas.

  • Pokok semalu juga amat sesuai untuk merawat masalah kegatalan akibat 'makan air' atau Athlete's foot - keadaan di mana kaki merasa gatal dan berair.

  • Pokok semalu juga dikatakan dapat membantu merawat masalah batu karang.

Menurut dua orang pengkaji tempatan iaitu Mostafa Ali dari Pusat Pengajian Sains Kimia, Universiti Sains Malaysia dan Zakaria M.A. dari Jabatan Kimia, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Mengabang Telipot, Terengganu - mereka mendapati ekstrak pokok semlau mengandungi dua bahan kimia utama yang mampu bertindak sebagai bahan perencat dan pemecah batu karang terutama kandungan kalsium oksalatnya. Ini kerana batu karang dalam pundi kencing manusia terdiri daripada 70 peratus garam organik tidak mudah larut, kebanyakannya kalsium oksalat.

 

Jadi jika anda ingin tubuh segar dan berbau wangi boleh cuba buat jamu yang sangat mudah ini... Darna nak amalkan mana tahu lekat anak ke dua pula lepas ni, kesian Arif dah 7 tahun masih x de adik.. kawan2 doakn ye... 

 

Cukuplah setakat ni je dulu In sha ALLAH kita jumpa lagi...



Jumaat, 20 Mac 2015

Apa Itu Keputihan?


Apakah itu keputihan?


Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoe atau Fluor Albus. keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. keputihan ada dua jenis iaitu normal dan abnormal yang sudah menjadi penyakit. kamu perlu prihatin dengan jenis keputihan kedua ini.


Keputihan normal


Dalam keadaan normal, cairan yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran tingkat kesuburan si gadis. Sekiranya cairan putih bening ini sepanjang 20cm, ini menandakan yang kamu sangat subur. Cairan ini juga dikenali dengan nama cairan ovulasi.



Keputihan abnormal


Berupa cairan seperti susu, cairan yang likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.


Punca keputihan abnormal


Ada beberapa sebab berlakunya keputihan abnormal. ingin tahu apakah dia?

Antaranya ialah:


1. Kamu terlalu penat.
2. Berada dalam situasi yang sangat tertekan.
3. Jangkitan.


Ketahui pula jenis jangkitan


Sekiranya kamu merasakan keputihan abnormal kamu berlaku kerana jangkitan, cepat kenal pasti jenis jangkitannya agar lebih mudah untuk kamu mencari penawarnya.


1. Kurap Candidas atau Monilia
Warna putih susu, likat, berbau yang agak kuat dan vagina menjadi gatal.


2. Parasit Trichomonas Vaginalis
Cairan keputihan akibat parasit kental, berbuih, berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir.


3. Bakteria Gardnella
Boleh membuatkan vagina rasa gatal dan sangat terganggu. warna cairannya adalah keabuan, berair, berbuih dan berbau hanyir.


4. Virus
Keputihan akibat infeksi virus juga sering ditimbulkan akibat penyakit kelamin seperti Condyloma, herpes, HIV / AIDS.


5. Benda asing
Hal yang satu ini kita sering abaikan, namun sebenarnya ia sangat penting. Benda-benda yang tidak sengaja masuk ke dalam vagina seperti rambut ataupun benang dari seluar dalam.



Rahsia Gadis Majalah Remaja isu 1 Jun 2012

Rabu, 24 September 2014

Mengapa Sukar Untuk Hamil Untuk Kali Kedua?

“Doktor, saya sudah mempunyai seorang anak. Selepas melahirkan anak pertama, saya masih tidak hamil. Sekarang anak saya itu pun dah umur 5 tahun. Sibuk tanya bila nak dapat adik. “

Ramai pasangan yang mengimpikan keluarga yang besar. Setengah-tengah pula berpendapat mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan adalah keluarga yang ideal bagi mereka. Akan tetapi, terdapat ramai kes seperti di atas di mana pasangan mendapati masalah pula untuk hamil setelah mempunyai seorang atau pun dua orang anak. Walhal mereka tidak mempunyai masalah langsung sebelumnya.

Isnin, 22 September 2014

Rawat Masalah Keputihan Anda Sebelum Parah!





Adalah normal keputihan sekiranya ia berwarna jernih, tidak berwarna , tidak berbau juga tidak berasa gatal akan tetapi ia boleh dikatakan sebagai bermasalah atau berpenyakit sekiranya ia berwarna pekat , berwarna putih kekuningan , berbau , bergumpal dan berasa gatal .

Ahad, 21 September 2014

[SET DALAMAN WANITA SHAKLEE]



Sebagai wanita kita seharusnya menitik beratkan penjagaan kesihatan dalaman terutamanya mahkota kita RAHIM, Bila sebut sahaja rahim ia bukanlah hanya rahim tetapi dimana pintu rahim (faraj) juga termasuk dalam bahagian yang perlu diambil berat. Ramai wanita yang hanya menjaga kebersihan bahagian intim mereka secara luaran sahaja, dan mungkin juga mereka tidak tahu bagaimana untuk mencuci kemaluan dengan cara yang betul.

Oleh itu terdapat produk dr shaklee yang mungkin dapat membantu andaa untuk menjaga kesihatan dalaman anda supaya bertambah sihat dan bertenaga dalam menjalani kehidupan seharian.

Isnin, 15 September 2014

Alfalfa Complex Jamu Wanita???

Hai Semua..... Wah tajuk entry kali ni macam best je... macam syiokkk je...
okey  Alfalfa Complex Jamu Wanita??? Ok jom ibu terangkan serba sedikit keistimewaan Alfalfa Complex sehingga dikatakan Jamu Wanita.. haaaa meh baca ....

Rabu, 23 April 2014

Kenapa susah untuk hamil?

Sekiranya anda membaca artikel ini sudah tentunya anda tergolong dalam wanita yang susah hamil. Jangan susah hati. Di sini saya ingin kongsikan kemungkinan beberapa sebab kepada  kenapa susah hamil. Teruskan membaca dengan teliti ya.

Saya nak cerita berkenaan satu kajian yang dijalankan oleh Eunice Kennedy Shriver dari National Institute of Child Health and Human Development. Kajiannya melibatkan sebanyak 270 pasangan yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun. Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengesan sejauh mana keupayaan setiap pasangan untuk hamil.

Cara yang di gunakan adalah merujuk kepada air liur (saliva) sebagai petunjuk untuk mengesan tahap kesuburan setiap pasangan yang diuji. Hasil dari kajian mereka telah menemukan pasangan yang susah hamil mempunyai enzyme alpha-amylase yang tinggi dalam air liur pasangan terbabit. Untuk makluman anda semua, kehadiran enzyme alpha-amylase adalah satu petunjuk yang jelas menggambarkan anda berada dalam keadaan tertekan atau stress.

Jadi melalui kajian ini dapat memberi iktibar kepada kita bahawa stress atau keadaan tertekan akan menyebabkan kita susah hamil. Mudah saja bukan? Bagi memudahkan kehamilan hindarkan diri anda dari tekanan!

Faktor kedua kenapa susah hamil agak menarik sedikit. Faktor yang saya maksudkan adalah keputihan. Untuk makluman anda, keputihan itu adalah cecair yang berbau kurang enak keluar dari faraj wanita. Jika anda ingin mendalami berkaitan keputihan lebih lanjut, anda boleh terus pergi ke google dan anda akan berjumpa dengan banyak artikel-artikel berguna. Belajarlah berkenaan penyakit keputihan agar anda lebih faham.

Bagaimana keputihan boleh membawa kepada ketidaksuburan. Hasil kajian menyatakan keputihan ini disebabkan oleh bakteria yang menjangkiti kawasan faraj. Bakteria ini kemudiannya merebak kebahagian uterus dan seterusnya pada bahagian tiub follopio. Pada ketika ini risiko berlakunya kesukaran untuk hamil adalah tinggi. Menurut American Journal Of Obstetric & Gynecology menyatakan 85% wanita di U.S. sengsara mengidap keputihan. Dan saya pasti angka peratusan tersebut pasti menyamai wanita di Malaysia yang mengidap keputihan.

Adakah anda tergolong dalam wanita yang menghidap keputihan jika ya, berjumpalah doktor segera! Jika tidak, mungkin ada penyebab lain yang menyebabkan anda susah hamil.

Sumber.

Jadi sekiranya anda mempunyai masalah keputihan yang kronik @ pun tidak, Alfalfa Complex berupaya membantu anda untuk menyelesaikan masalah ini In Sha ALLAH. Berikut dibawah ini beberapa keistimewaan dan manfaat Alfalfa.


Kelebihan Dan Kebaikan Alfalfa Shaklee /Alfalfa Complex Shaklee Yang Utama :

~ Mencuci hati, darah dan usus – ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
~ Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan.
~ Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperasiditi, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
~ Menyingkirkan lemak dan kolesterol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.
~ Melawan tumor – Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.
~ Melegakan keletihan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit
~ Mencegah/ merawat atritis – Melegakan sakit atritis dan kesakitan

Lain-lain Kelebihan dan Kebaikan Alfalfa Shaklee / Alfalfa Complex Shaklee

~ Legakan sakit-sakit sendi dan belakang.
~ Membantu hilangkan kelesuan dan tekanan.
~ Memberi kelegaan semasa period.
~ Membantu Merawat arthitis
~ Membantu Merawat athma
~ Mencuci usus bagi membuang toksik
~ Membantu membuang angin dalam badan
~ Membantu mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
~ Meneutralkan asid dalam badan
~ Membantu masalah keputihan pada wanita.
~ Membesar dan menegangkan payudara.
~ Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri.
~ Memulihkan urat selepas bersalin.
~ Milk booster
~ Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
~ Meningkatkan stamina lelaki
~ Membantu Melegakan masalah sembelit



Dan jika anda tiada masalah keputihan kemungkinan anda punya masalah berkatan dengan kesuburan dan peranakan, kami mencadangkan anda mengambil Alfalfa & GLA Complex untuk masalah ini.. Gabungan mantap keduanya juga In Sha ALLAH dapat membantu menyelesaikan masalah anda.






Apa itu Gla Complex?
GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.  Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing.
Mari kita baca kebaikan GLA COmplex Shaklee :

· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf. 

GLA boleh diambil oleh lelaki dan wanitaIa sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. GLA juga mampu menangani masalah kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik.

Sabtu, 19 April 2014

Set Kesihatan Wanita


Wanita melalui pelbagai fasa dalam kehidupan mereka. Wanita juga mengalami pelbagai simptom yang berkaitan dengan kesihatan di setiap peringkat hidupnya:
  • Akil baligh 
  • Sebelum hamil 
  • Semasa hamil
  • Menyusukan anak
  • Pra-menopos
  • Menopos
  • Selepas menopos

Selain pengorbanan besar wanita melahirkan umat Muhammad SAW, wanita juga sering dilanda masalah sengugut, haid tidak teratur, masalah kulit, rambut gugur, sakit sendi dan sebagainya.

Apakah kebaikan Women's Health Shaklee ini?

  1. Membantu melegakan simptom senggugut dan menopos. 
  2. Menggalakkan kulit yang cantik. 
  3. Menggalakkan tulang yang kuat. 
  4. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.  
  5. Melegakan sakit-sakit sendi.
Jika ingin maklumat lanjut boleh terus hubungi saya



Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...