Khamis, 27 Ogos 2015

HOMEMADE JAMU WANITA: CANTIK DARI DALAM


Assalamualaikum...

Ok kawan-kawan wanita sblm ni pernah minum jamu x? mcm darna sendiri mmg tak lalu nak minum jamu yang agak pahit dan berbau busuk, tapi kali ni darna dah jumpa jamu yang wangi, sedap dan tak pahit, paling best bagus untuk kesihatan tubuh badan juga keintiman wanita terutama wanita yang sudah mendirikan rumahtangga...


jom kita lihat apa bahan-bahan yang diperlukan untuk buat jamu ni....


  1. Manjakani

  2. Halia - Dihiris

  3. Ibu kunyit - Dihiris

  4. Asam jawa

  5. Gula Merah

# Rebus semua bahan diatas dengan 2 gelas air sehingga menjadi 1 gelas, apabila suam boleh la diminum seminggu sekali pagi sebelum sarapan sebaiknya waktu subuh....


Dan ini saya sharekan secara lebih kurang kelebihan2 bahan2 diatas untuk kesihatan tubuh badan kita....


ASAM JAWA

Khasiat asam jawa ia dapat mengurangkan kesakitan ketika haid dan merawat masalah keputihan. Air asam dan gula jawa dengan tambahan parutan kunyit tua, boleh mengatasi keputihan yang terjadi pada wanita. Minum secara rutin 2 hari sekali dan kurangkan makanan atau minuman manis serta aktiviti berlebihan. Antara khasiat air asam jawa untuk:-

  • Perut Bawah Tidak Selesa - Ada kalanya selepas haid atau sebelumnya, tubuh dalam keadaan keletihan dan bertindak balas pada kawasan tubuh lain seperti perut bawah, payudara, punggung atau pinggul. Minum sari kunyit dengan sedikit halia boleh meredakan rasa sakit tersebut.

  • Kesihatan Umum - Kunyit pada dasarnya mengandungi anti-oksida yang bagus bagi tubuh. Bila mau, tambah kunyit dalam minuman anda. Seperti wedang tradisional, jus atau dalam makanan. Cara ini boleh membantu membersihkan tubuh anda.


HALIA

Allah s.w.t berfirman, "Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil." (Surah Al-Insan : 17).

Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.

Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.

Halia ini bersifat panas jika kita amati dan juga lembap. Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut, membuka hati yang tersumbat akibat hawa dingin dan lembap. Halia juga meningkatkan kekuatan seks dan mengatasi angin duduk yang berlaku pada usus dan perut.

Umumnya, halia amat baik untuk menstabilkan hati dan perut yang dimasuki angin. Halia yang di campur dengan dua sudu gula dan sedikit air panas berfungsi sebagai julap dan boleh membebaskan tubuh dari toksin yang berbahaya. Halia juga amat berkesan untuk melarutkan lendir dalam badan.

GULA MERAH

 

Khasiatnya:-

 

  • Meredakan sakit perut - Sakit perut memang bisa terjadi kapan dan pada siapa saja, itu dipengaruhi oleh berbagai faktor salah satunya dari makanan. Tapi anda sekarang gak usah khawatir, karena ternyata gula merah juga dapat mempercepat meredakan rasa sakit tersebut. Caranya yaitu ambil satu gelas air hangat kemudian letakan gula merah secukupnya kedalam air tersebut, kemudian minum.

  • Menambah energi - Gula merah didalamnya mengandung banyak karbohidrat, zat tersebut berfungsi untuk memberi asupan energi pada tubuh. Emut lah gula merah tersebut ketika anda merasa lemas ataupun lesu, karena glukosa yang terkandung didalamnya cukup mudah untuk dicerna.


SEMALU


Khasiat dari pohon semalu yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian antaranya:

  • Untuk kegunaan wanita bagi membantu mengecut, menguat dan membersihkan alat sulit kaum wanita terutama selebas bersalin ataupun haid.

Bagi tujuan ini beberapa batang pokok semalu digunakan bersama akarnya sekali (pastinya pokok yang tidak terlalu besar) dan dibersihkan. Kemudian ianya direbus di dalam periuk bersama dengan Semua bahan yang diatas.

  • Pokok semalu juga amat sesuai untuk merawat masalah kegatalan akibat 'makan air' atau Athlete's foot - keadaan di mana kaki merasa gatal dan berair.

  • Pokok semalu juga dikatakan dapat membantu merawat masalah batu karang.

Menurut dua orang pengkaji tempatan iaitu Mostafa Ali dari Pusat Pengajian Sains Kimia, Universiti Sains Malaysia dan Zakaria M.A. dari Jabatan Kimia, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Mengabang Telipot, Terengganu - mereka mendapati ekstrak pokok semlau mengandungi dua bahan kimia utama yang mampu bertindak sebagai bahan perencat dan pemecah batu karang terutama kandungan kalsium oksalatnya. Ini kerana batu karang dalam pundi kencing manusia terdiri daripada 70 peratus garam organik tidak mudah larut, kebanyakannya kalsium oksalat.

 

Jadi jika anda ingin tubuh segar dan berbau wangi boleh cuba buat jamu yang sangat mudah ini... Darna nak amalkan mana tahu lekat anak ke dua pula lepas ni, kesian Arif dah 7 tahun masih x de adik.. kawan2 doakn ye... 

 

Cukuplah setakat ni je dulu In sha ALLAH kita jumpa lagi...



Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...