Memaparkan catatan dengan label Anakku sayang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anakku sayang. Papar semua catatan

Isnin, 15 September 2014

Susu Kambing Lennoza


SUSU KAMBING LENNOZA SUSU UNTUK KETAJAMAN MINDA DIFORMULASIKAN
7 RUMUSAN ISTIMEWA (KURMA, KISMIS, BUAH TIN, DELIMA, HABBATUS SAUDA, ZAITUN, ZA'FARAN) TANPA GULA DAN TANPA BAU

Meal Shake Shaklee Promosi Paling Hott


Salam dan selamat sejahtera semua...
Wahhh promo meal shakes shaklee masih lagi berlangsung, dengar kata sehingga akhir oktober, tahun ini 2 kali promo meal shakes shaklee, tp kali ni beli 3 percuma 1 so maknanya dapat 4 lah.... Ermmm mmg HOT la promosi kali ni... Siapa yg lepas kan peluang ni mmg sangat-sangat RUGI.
Opssss lupa pula, yg Collagen powder shaklee juga ada promosi tau tp mcm biasa lah beli 6 percuma 1.....

Ahad, 20 November 2011

Ragam Buah Hatiku


Tengok muka anak ibu ni, 
Ermmm ibu ralit kemaskini blog SAUNA ibu,
Dia kemain lagi main bedak tetibe datang ngan muka mcm ni.



Yang ni plak ibu ingt dia senyap sbb dah tido, almaklumlah gelap!
tapi bila ibu toleh muka dia mcm ni, putih mcm tepong gomak, so bermakna 2x dia main bedak malam ni!!!

Kadang2 ibu hangin gak ngan peel si Arif ni tapi dia lah satu2nya ank ibu sekarang ni, so ibu perlu banyak bersabar dengannya... semoga Arif menjadi anak yang soleh ermm besday pun dah tak lama tinggal beberapa minggu je lagi! Semoga ALLAH panjangkan usianya! Amin.

Rabu, 11 Mei 2011

.:: Arif Buah Hati Ibu ::.


Semalam sewaktu ibu belek2 album gambar dlm fon, ibu terjumpa gambar Arif yg ni.
Sedih bila kenang2 balik.. masa ni Arif berusia 10 bulan, nampak tak wayar yang masuk kat hidung buah hati ibu tu? itu wayar alat untuk mengukur paras susu yang Arif minum sama ada susu itu naik n masuk kedalam paru-paru @ tidak..

Bila diimbas balik semuanya terlalu perit bagi ibu, masakan tidak, setiap hari Arif kn suction, dan ade satu hari tu 4 kali kn set line sbb tercabut, mengalir air mata ibu bila tengok Arif dr meronta2 tak mahu di cucuk jarum sehingga mengalah n terbaring letih sambil memandang kearah ibu sambil mengalirkan air mata!

Harapan Ibu Arif tak lagi sakit2.. Alhamdulillah semalam jumpa dengan doc medikal di IPHKL semuanya ok perkembangan Arif juga teramat baik... temujanji berikutnya 9 may 2012. Yang menjadi kebimbangan 5 julai 2011 ni temujanji bahagian respitory (pakar paru2), Selalunya kat temujanji ni lah yang akan berlanjutan ke Wad KK5 walaupun Arif just batuk n ade bunyi ronky skit... Apa2 pun harap Arif ok sahaja.

Doakan Anak Ibu ya kawan-kawan!!!

Sabtu, 26 Mac 2011

.:: Ke Night Market @ Setapak Jaya ::.

Salam,
Ermm dah lama rasenyer ibu tak p pasaq malam aka night market setapak jaya.
So petang tadi dalam 6.30pm terkedek2 la ibu ngan Arif p pasaq malam, p naik bas T302.
Arifkan suka naik bas... Sampai je p,malam ibu terus singgah tempat DVD, hajat nak beli DVD upinipin lagi.
Tapi tak jadi.. ibu beli DVD barney untuk Arif, biar dia belajar BI skit... 


Pastu Singgah beli Mainan Arif sbb hari tu masa jatuh tangga pujuk dia nak beli mainan baru,
Tapi ibu bukan beli mainan yg tak de faedah k, ibu beli English Learner (22 xtvt untuk my little boy)


Tadaaaaa inilah dia dari rege RM38.90 Ibu kecek2 dapatlah rege RM33.00



Dah Dapat dah... Sangat teruja dapat lap top sendrik..
Lepas ni jgn kacau notebook Ibu ye sayang musyuk masyam!



Kusyuk kan Arif ngadap Laptop baru dia
(laptop la jugak kan)

Lepas dapat barang2 tu semua dia sibuk ajak balik... 
ermmm bertuah punya anak.. ibu ni tak sempat beli apa pun tau..
makanya ibu just beli laksa penang & 3 cucuk steamboat untuk Arif.
& 7.35pm Ibu dah sampai umah... 



'

Rabu, 23 Mac 2011

.:: Buah Hati Ibu ::.


Arif dlm pantang...
Rasa baru je semalam lahirkan budak musyuk-musyuk ibu ni.
Ermmm semalam Arif sibuk  tengok cubang yang bercet cet dlm bilik air.
Ibu suruh Arif keluar, "Arif kuar yang x mo men dlm bilik air kotoq".... Diam je..
"Arif Keluar!"(Nada tinggi) - Arif: "Ye Mak, Jap jap abg tauu" Sambil keluar dr bilik air.



Adehhhh... 
Dah busat anak ibu ni, akal pun panjang dah, menjawab pandai sesangat la.. siap cakap abg tau bila ibu suruh keluar... Ermmm dah la masih tak boleh nak panggil IBU, Mak, Mak je yg dia sebut, tapi bila dia panggil IBU buat ibu tersentuh naluri keibuan ibu ni.. Haii Arif Arif.... Sekarang ni plak suka benor tengok katun upin ipin, hari tu tengok suh amik bawak keluar budak botak tu, dah dapat... Terbaru nak kan rambutan plak... aduhaii mmg betul la budak2 suka mengikut apa yang dia tengok... Dah janji dapat gaji ni nak belikan dia rambutan. 
.
Skrg ni pun dah mandai nak majuk2, dah 3 kali seingat ibu Arif x mau balik umah bila ibu p amik lps balik kerja kat umah pengasuhnya. memula masa pagi abg firdaus dia anto, dia menangis tak mau p sbb ibu ngan abah dia ade kat bawah.. abg dia dukong so melalak2 lah Arif mengamuk. cian abg daus dah la kecik kena dukung Arif naik tingkat 5 plak. 

Kali ke2, petang semalam semua gara2 x dpt ikut abah dia naik kette p kerja, puas lah ibu memujuk Arif ajak balik... sampai umah duk merengek je, teringat gambar upin ipin kat pintu esbok, suwoh dia berdiri ibu nak amik gambar, baru lah ok.... tengoklah senyumm meleret je tu....  Besar dah anak ibu 14 Dec ni genaplah 3 tahun... Nanti ibu bagi adik kat Arif ye kalau ALLAH izinkan ye sayang Muahhhh!!!!





'

Khamis, 10 Mac 2011

Pelik Dengan Arif

Sejak 2 menjak ni Arif manja betul dengan Ibu, kalau habis minum susu mesti dia nak ibu ambil botol dr tangan dia, selahi tak ambil merengek2 nak suruh juga ibu ambil. puas ibu suruh dia bawa & letak dalam sinki.
*
{Perbualan ibu dgn pengasuh Arif}

Ibu: Kak Zah(pengasuh Arif), Arif ni kalau kat rumah lepas minum susu mesti nak sy ambil botol dr dia, kalau tak ambil dia merengek2 berpanjangan.

Kak Zah: Kat sini tak plak, dia terus letak dalam sinki tak payah suruh pun.

Tengok, kenapa Arif mcm tu ye?
Puas ibu pk knp, Agaknya dia nak bermanja2 dgn Ibu kot, ye lah ibu kan kerja tinggal dia, bukan tak pandai rupanya dia nak bermanja dgn ibu. kesian anakku...




'

Ahad, 6 Mac 2011

Dia Antara Yang Selalu Buatku Tersenyum::.


Tengok ni, mamat ni adalah abang ipar  Arif, suami kepada kakak Matul.
Selalu buat ibu tersenyum... tengoklah cermin mata hitam yg dia pakai tu memang pecah perut bini dia tengok perangai si mamat ni.

Rabu, 16 Februari 2011

Ternyata dia memahami...

2 Tahun yang lepas tanggal 14 dec 2008 ibu selamat melahirkan insan paling ibu kasihi kini, dialah yang mengisi segala kekosongan dihati ibu, dialah teman ketika duka lara ibu, Ketika ibu sedih ibu peluk dia erat2, ibu luahkan perasaan ibu pada dia walau pun bagi ibu dia tidak memahami...
.

Selasa, 21 September 2010

Coretan buat anakku...


Anakku...
Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu mahu berbadan langsing atau.......
berbadan besar karena mengandungkanmu?

Maka ibu akan memilih mengandungkan mu!!!
Karana dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah

Sembilan bulan nak...
Engkau hidup dalam kandungan ibu
Kemanapun ibu pergi pasti kau ikut
Engkau juga turut merasakan degupan jantung ibu yang bahagia,
Tendangan dan pergerakanmu pada rahim ibu buat ibu merasakan ibulah insan yang paling bertuah

Anakku...

Saat ibu harus berjuang melahirkanmu
Ibu menunggu saat kelahiranmu dengan penuh debaran dan kesabaran,
Masa ibu rasa terlalu lambat berlalu,
Kesakitan yang keletihan ibu ketika itu tidak terasa apabila terbayangkan wajah kecil mungil yang bakal ibu lahirkan. Saat itu ibu juga dapat merasakan saat itu dirimu juga sedang berperang mencari arah untuk melihat dunia,

Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit,
Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapapun
Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia

Saat itulah...
saat paling membahagiakan
Segala kesakitan dan keletihan ibu hilang saat dirimu diletakkan di atas dada ibu sebaik dilahirkan,
Walau masih bermandi darah ibu mencium ubun2mu tanda kasih ibu,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan adzan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan
kita Rasulullah di telinga mungilmu

Anakku...
Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah, atau harus bangun
tengah malam untuk menyusuimu,
Maka ibu memilih menyusuimu,
Terasa akan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu,

Anakku,
Tak tertanggung rasanya bila ibu terpaksa berhadapan dengan keadaan kesihatanmu yang terganggu selang beberapa hari selepas dirimu di lahirkan.
Saat itu airmata menjadi teman ibu kerana menyaksikan keadaan dirimu yang menanggung derita.
Seandainya kesakitanmu boleh di pindah kepada ibu, ibu rela sayang.

Anakku...
Seandainya ada kekurangan ibu dalam membelaimu itu bukanlah kehendak ibu,
Sebolehnya ibu berusaha untuk menjadi ibu yang paling sempurna buatmu, Ibu cuba untuk menjadi ibu yang berjaya untukmu.
Maafkanlah nak...
Maafkan ibu sayang...
Maafkan ibu...

Dukamu duka ibu jua,
Sendumu buat hati ibu luluh..

Berjanjilah pada ibu sayang,
Semoga dikau menjadi anak yang cerdik dan soleh permata ibu dan abah!

Selasa, 7 September 2010

Ramadhan berlalu Syawal menjelma

Aidilfitri semankin menghampiri, tinggal 2 hari shj lg Ramadhan yang mulia akan meninggalkan kita, Apakah tahun hadapan masih di beri peluang untuk diri ini menikmati berpuasa di bulan Ramadhan?

Aidilfitri!!! Tahun lepas aku beraya di Institut Pediatrik Kuala Lumpur (IPKL). 3 hari sebelum menjelang raya Arif kena tahan wad.. so beraya lah aku dalam wad bersama 7 ibu2 yang lain.

Bila di kenang2 kembali terasa sayu waktu mendengar suara takbir dari masjid berhampiran, mujurlah nurse2 begitu memahami dan sentiasa membuatkan kami terhibur.

Alhamdulillah insyaallah raya tahun ini aku dan ahmad arif akan beraya di samping suami tercinta jika diizinkan Allah!

Arif... ibu sayang sangat Arif, walaupun... ibu agak garang dengan Arif tapi Arif tetap buah hati pengarang jantung ibu, pengubat duka lara ibu, peneman setia ibu di kala ibu kesepian dan kesunyian.

Arif sekarang dah pandai sebut bird,cat,susu,ujan,ukak dan yang paling ibu suka bila Arif sebut Bibi (baby). kadang2 semua benda Arif sebut panggil baby hatta sampai ke botol susu pun Arif panggil baby.

Pagi tadi masa sahur ibu sembang ngan abah pasal perkataan2 yang Arif dah pandai sebut, abah minta ibu ajar Arif ~Alif,Ba',Ta' dan seterusnya... Insyaallah!!!

Sayang anak ibu... Muah!


Rabu, 20 Mei 2009

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...