Memaparkan catatan dengan label Ramadhan Kareem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan Kareem. Papar semua catatan

Isnin, 21 April 2014

Cabaran Kurus Di Bulan Ramadhan dan Aidilfitri Dengan Set Bakar & Detox


Wowww.... Tajuk macam best je...

Puasa x lagi dah sebut raya? Ehhh mestilah sbb nak kelihatan kurus dihari raya mesti kn mula dari sekarang.... kalau nak tunggu raya baru nak buat hai hai bai bai lah....

Jangan tak tahu dengan set bakar & detox cara sihat ni anda mampu merealisasikan Impian anda nampak bergaya diAidilfitri....dan yang penting ianya dengan cara sihat dan selamat.

 Ok jom kita lihat sedikit info mengenai kedua produk ini....

~~~~~~~~~~

Manfaat Herba lax & Lecithin

 Herba lax 

° Pembersihan najis yang tersekat 
° Merasang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita. 
° Membantu masalah sembelit 
° Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara lansungnya membantu masalah sembelit. 
° Mengempiskan perut 
° Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seprti biasa atau dicamput dalam air panas, sebagai minuman teh herba. 

 Rekomendasi:

 Untuk kesihatan berpanjangan: 2 kali seminggu - 4 biji setiap kali sebelum tidur.
 Untuk pembersihan usus/ detoksifikasi, melawan kanser, mengawal berat badan: 2 kali sehari (selepas makan dan sebelum tidur) 

PERHATIAN! 

Merrka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah akan mengalami cirit birit pada peringkat awal pengambilan. Manakala di bawah kondisi normal, herb-Lax menampakkan kesan dalam tempoh 8-12 jam selepas pengambilan. Mereka yang mengalami masalah sembelit yang serius boleh meningkatkan dos pengambilan kepada 5-8 bijibdan boleh kembali kepada dos biasa setelah proses penghadaman / pembuangan kembali normal. 

Lecithin 

° Menyerap vitamin yang larut lemak - Membantu tubuh dalam menyerap vitamin A,D,E dan K yang larut lemak.
° Melindungi hati - Menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak, juga membantu kesihatan hati.
° Pemecahan lemak dan kolestrol - Lecithin bertindak sebagai " pembersih" salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid didalam tubuh. 
° Pelangsingan - Menghalang obesity. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelansingan yang seimbang. 
° Mencantikkan otot dan kulit- Membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan. 
° Memperbaiki alergi - Menghalang plateletdarah dari mengaktifkan tisu gegelung didalam salur darah, seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit - dermatitis, demam alergi. 
° Menghalang kejadian batu karang - 90% dari batu karang terjadi dari kolesttol, lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang. 
° Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stres - Mengandungi kolin yang membentuk penghantat untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang alzheimer dan meringankan stres. Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembesaran sihat janin. 
° Menghalang tekanan darah tinggi - Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah.
° Memperbaiki prostat lelaki - kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak.
° Meringankan sembelit - Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin didalam usus. 

 Cadangan: 

Untuk pemeliharaan kesihatan: 2 kali sehari, 3 kapsul setiap kali ( Sebelum @ selepas makan) 
Untuk pelansingan, tekanan darah tinggi, pemecahan lemak: 2-3 kali sehari, 6 kapsul setiap kali ( sebelum @ selepas makan)















Isnin, 15 Ogos 2011

Ramadhan Kareem - Menu Berbuka Malam Ke 15


Hai kawan2 ibu...
Alhamdulillah walaupun hari ni ibu start memasak 6.22pm sempat juga ibu sediakan juadah berbuka puasa seperti dalam gambar diatas, Sempat lah ibu tumis air kangkung, goreng ikan, kembong masak taucu & Sambal hijau (resepi dr bandung).. Ermmm tapi jangan tertipu plak kuih muih tu ibu beli kat bazar ramadhan.. hihihi ni kali ke 2 sepanjang ramadhan ibu beli kuih kat bazar... JIMAT!!!

Sabtu, 13 Ogos 2011

Ramadhan Kareem - Menu Berbuka Malam Ke 13


Setelah pening memikirkan apa nak masak petang tadi akhirnya ibu ambil keputusan menyediakan juadah berbuka sekadar cuma seperti diatas, walaubagaimana pun keropok lekor tu adik ibu bawa balik so ibu just goreng je, kuih keria tu pulak pemberian pengasuh Arif bagi... Alhamdulillah walaupun masak 2 jenis juadah ade lagi 2 juadah menyusul sebagai menu tambahan...

Jumaat, 12 Ogos 2011

Ramadhan Kareem - Menu Berbuka Malam Ke 12


Alhamdulillah... walaupun keletihan balik dari kerja,
Tersilap naik bas pulak, aduhhhh U5 ke arah Gombak ibu nampak U25 Seksyen 10..
Akhirnya dapat jugak ibu settlekan memasak juadah diatas untuk santapan kami sekeluarga...

SELAMAT BERBUKA PUASA SEMUA

Khamis, 11 Ogos 2011

Ramadhan Kareem - Menu Berbuka Malam Ke 11


Selamat Malam teman2 Ibu,
Hari ni hari yang sungguh meletihkan,
Manakan tidak, hari ni Arif ikut ibu ke Opis,
Masa waktu balik tunggu bas hampir sejam lamanya,
Arif pulak tak mahu berdiri dan mahu di dukung, 6pm baru sampai rumah.

Oleh kerana keletihan ibu tak tahu nak masak apa petang tadi!
Dalam fikiran ibu hanya terfikir nak goreng mee sahaja... so goreng jelah hasilnya seperti diatas...
Menu tambahan cekodok Oats + Kurma & Jeruk cili merah. Air macam air semalam Oren!!!!!!


Rabu, 10 Ogos 2011

Ramadhan Kareem - Menu berbuka malam ke 10


Assalamualikum kawan2 ibu semua..
Selamat berbuka puasa semoga ALLAH berkati kita.
OK kat atas ni menu berbuka puasa ibu n anak2 malam ke 10 ini.
Hari ni ibu just masak ikan selar kuning goreng, Pindang @ singgang + timun tua dan budu
Air pula ibu buat air oren saja... cukuplah hanya ini untuk berbuka kali ini.... 

Selasa, 9 Ogos 2011

Ramadhan Kareem - Menu berbuka malam ke 8


Alhamdulillah Syukur pada ALLAH... Hari ni dah 8 hari kita semua berpuasa....
Ok menu malam ni seperti di atas.... Tapi malam ni just ibu n hidayat je berbuka coz suami ibu balik Perak!

Jumaat, 5 Ogos 2011

Ramadhan Kareem - Menu berbuka malam ke 4


Selamat Berpuasa..
Ok kat atas ni adalah menu berbuka puasa malam ke 4 ramadhan.
Alhamdulillah berjaya juga buat walaupun agak tawar (biasalah bulan puasakan)
Tapi disebabkan terlampau banyak udang geragau yang ibu letak, lepas makan semangkuk kepala ibu sakit!
DARAH TINGGI!!!!

Apa pun Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan yang mulia ini....

Rabu, 3 Ogos 2011

Ramadhan Kareem - Menu 3rd Day Berbuka


Syukur alhamdulillah!!!!
Inilah menu ibu anak branak untuk berbuka puasa malam ke 3 ni.

SELAMAT BERBUKA PUASA KEPADA SEMUA KAUM MUSLIMIN DAN JUGA MUSLIMAT

Selasa, 7 September 2010

Ramadhan berlalu Syawal menjelma

Aidilfitri semankin menghampiri, tinggal 2 hari shj lg Ramadhan yang mulia akan meninggalkan kita, Apakah tahun hadapan masih di beri peluang untuk diri ini menikmati berpuasa di bulan Ramadhan?

Aidilfitri!!! Tahun lepas aku beraya di Institut Pediatrik Kuala Lumpur (IPKL). 3 hari sebelum menjelang raya Arif kena tahan wad.. so beraya lah aku dalam wad bersama 7 ibu2 yang lain.

Bila di kenang2 kembali terasa sayu waktu mendengar suara takbir dari masjid berhampiran, mujurlah nurse2 begitu memahami dan sentiasa membuatkan kami terhibur.

Alhamdulillah insyaallah raya tahun ini aku dan ahmad arif akan beraya di samping suami tercinta jika diizinkan Allah!

Arif... ibu sayang sangat Arif, walaupun... ibu agak garang dengan Arif tapi Arif tetap buah hati pengarang jantung ibu, pengubat duka lara ibu, peneman setia ibu di kala ibu kesepian dan kesunyian.

Arif sekarang dah pandai sebut bird,cat,susu,ujan,ukak dan yang paling ibu suka bila Arif sebut Bibi (baby). kadang2 semua benda Arif sebut panggil baby hatta sampai ke botol susu pun Arif panggil baby.

Pagi tadi masa sahur ibu sembang ngan abah pasal perkataan2 yang Arif dah pandai sebut, abah minta ibu ajar Arif ~Alif,Ba',Ta' dan seterusnya... Insyaallah!!!

Sayang anak ibu... Muah!


Khamis, 12 Ogos 2010

Salam Ramdhan

Buat teman2 seperjuangan yang di sayangi,

Selamat berpuasa semoga ramadhan kali ini menjadi taman2 untuk kita beribadah juga semoga ramdhan kali ini bukanlah ramadhan yang terakhir buat kita.

Saya juga memohon berbanyak kemaafan jika ade kesalahan samaada secara sengaja mahupun tidak dari diri saya...

كل عام وانتم بخير

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...