Memaparkan catatan dengan label Diet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diet. Papar semua catatan
Jumaat, 26 September 2014
Rabu, 23 April 2014
Cara Untuk Kurus Tanpa Ubat-Ubatan
Ada tips skit:
1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.
14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet
15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!
21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.
22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."
Isnin, 21 April 2014
Cabaran Kurus Di Bulan Ramadhan dan Aidilfitri Dengan Set Bakar & Detox
Puasa x lagi dah sebut raya? Ehhh mestilah sbb nak kelihatan kurus dihari raya mesti kn mula dari sekarang.... kalau nak tunggu raya baru nak buat hai hai bai bai lah....
Jangan tak tahu dengan set bakar & detox cara sihat ni anda mampu merealisasikan Impian anda nampak bergaya diAidilfitri....dan yang penting ianya dengan cara sihat dan selamat.
Ok jom kita lihat sedikit info mengenai kedua produk ini....
~~~~~~~~~~
Manfaat Herba lax & Lecithin
Herba lax
° Pembersihan najis yang tersekat
° Merasang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
° Membantu masalah sembelit
° Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara lansungnya membantu masalah sembelit.
° Mengempiskan perut
° Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seprti biasa atau dicamput dalam air panas, sebagai minuman teh herba.
Rekomendasi:
Untuk kesihatan berpanjangan: 2 kali seminggu - 4 biji setiap kali sebelum tidur.
Untuk pembersihan usus/ detoksifikasi, melawan kanser, mengawal berat badan: 2 kali sehari (selepas makan dan sebelum tidur)
PERHATIAN!
Merrka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah akan mengalami cirit birit pada peringkat awal pengambilan. Manakala di bawah kondisi normal, herb-Lax menampakkan kesan dalam tempoh 8-12 jam selepas pengambilan. Mereka yang mengalami masalah sembelit yang serius boleh meningkatkan dos pengambilan kepada 5-8 bijibdan boleh kembali kepada dos biasa setelah proses penghadaman / pembuangan kembali normal.
Lecithin
° Menyerap vitamin yang larut lemak - Membantu tubuh dalam menyerap vitamin A,D,E dan K yang larut lemak.
° Melindungi hati - Menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak, juga membantu kesihatan hati.
° Pemecahan lemak dan kolestrol - Lecithin bertindak sebagai " pembersih" salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid didalam tubuh.
° Pelangsingan - Menghalang obesity. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelansingan yang seimbang.
° Mencantikkan otot dan kulit- Membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.
° Memperbaiki alergi - Menghalang plateletdarah dari mengaktifkan tisu gegelung didalam salur darah, seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit - dermatitis, demam alergi.
° Menghalang kejadian batu karang - 90% dari batu karang terjadi dari kolesttol, lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.
° Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stres - Mengandungi kolin yang membentuk penghantat untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang alzheimer dan meringankan stres. Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembesaran sihat janin.
° Menghalang tekanan darah tinggi - Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah.
° Memperbaiki prostat lelaki - kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak.
° Meringankan sembelit - Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin didalam usus.
Cadangan:
Untuk pemeliharaan kesihatan: 2 kali sehari, 3 kapsul setiap kali ( Sebelum @ selepas makan)
Untuk pelansingan, tekanan darah tinggi, pemecahan lemak: 2-3 kali sehari, 6 kapsul setiap kali ( sebelum @ selepas makan)
Rabu, 20 November 2013
Diet Dengan Cinch Shakes Mix Shaklee

Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Ia merupakan produk yang popular di kalangan mereka yang inginkan ‘shape my body’ =)

Kelebihan Cinch™ Shake
- Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa santapan manis
- Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif diperkaya dengan asid amino leusina
- Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot
- Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian
- Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
- Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
- Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
- Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
- Soya bukan GMO
Cinch™ Shake mempunyai 3 perisa yang mampu mengikat selera anda:

*Cafe Latte - 20339 (765g)
*Vanilla - 20340 (765g)
*Chocolate - 20341 (765g)
Cara DIET Cinch™ Shake
Ramai yang bertanya macam mana nak berdiet style Cinch ni?
Gantikan 2 waktu hidangan utama anda dengan Cinch Shake ini.
- Sama ada sarapan & lunch, malam makan mcm biasa.
- Sama ada sarapan & makan malam, tengahari makan macam biasa. Selepas makan berat, ambil lecithin dan alfalfa.
- Sila ambil ukuran badan seiring dengan timbang berat badan. Diet ni tak semestinya akan turun berat badan dulu sebab ada individu yang badan shape on dulu baru die turun berat badan.
- Kena konsisten dan jangan ingat boleh turun berat badan dalam sehari.. Letak target jangka pendek 3 (tiga) BULAN.
- Stagnant period = normal untuk long term diet. Cuma continue diet seperti biasa sebab badan sedang shape on semasa stagnant period.
- WAJIB ambil SARAPAN. Kita tidur lebih kurang dalam 6-8 jam dan sepanjang tempoh tu perut jadi berasid. Paling kurang bangun pagi tu, alas dengan segelas air untuk neutralkan asid tu. SARAPAN ni jadi penanda aras untuk tenaga sepanjang hari ye?.
- JANGAN SKIP MEAL..Kalau jenis nak mengunyah je, makan banyak kali tapi kuantiti sedikit. Dinner kalau tak mahu makan berat, ambil light meal walaupun sekadar biskut atau buah-buahan. Ini untuk elakkan badan bertukar kepada “starving mood”
- Ambil NASI sekurang-kurangnya sekali sehari. Saya tak setuju dengan diet tanpa nasi sebab badan kita perlukan karbohidrat. Nasi adalah lebih baik daripada roti, mee dan pasta.
- AIR KOSONG. Pengambilan air masak sangat penting. Setiap 25kg badan kita perlu ambil bersamaan 1LITER air.
- Portion plate jaga : Separuh pinggan nasi +1/4 Sayur+1/4 lauk../Kalau lapar, tambah lauk dan sayur.
- Snack between meal tu boleh sahaja tapi ambillah buah-buahan / dried fruits.. senang cakap benda berkhasiat.
- Ambil buah SEBELUM makan bukan sebagai dessert.
Berminat boleh hububgi saya
Sabtu, 19 Februari 2011
Ibu Nak Kurus ke?

Haiiii haiiiyya...
Ibu sudah terasa kegumukskan ibu ni sesuatu yang perlu dipandang serius....
Buat apa pun semua cepat letih dan yang paling best bila mr lalink dah mula sound "TENGOK BADAN DARNA NI MACAM NAIK JE" Elehhh nak cakap gumuks tu cakap je la ling jgn kias2 la hehehee apapun ibu nak joint grup ni yang menganjur diet berjemaah hahahaha sapa bermianat terus klik link ni ye http://meandslimming.blogspot.com/
.
tata semua...Opsss kat atas tu target ibu la... miahahaha
'
Langgan:
Catatan (Atom)
Borang Maklumat Hubungan
Popular Posts
-
Entri kali ini agak 18sx sedikit tetapi amat berguna untuk pasangan yang sudah berumah tangga. Jika anda rasa entri ibu kali ini agak ke...
-
Diet Atkins lebihkan protein berbanding karbohidrat Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. ...
-
Muntah dan cirit-birit adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak, namun ianya amat berbahaya bagi bayi. Bagi kes yang normal, muntah ada...
-
Tahukah anda, darah pekat amat merbahaya untuk kesihatan? Jika darah berwarna agak gelap & pekat, bermakna darah kurang oksigen aki...
-
Selamat Malam... Haii kawan2 masih ingat cerite philiphine yg pemes dowlu (Pangako sayo') Lakonan Kristine Hermosa & Jericho Rosale...
Labels
pengedar shaklee wangsa maju
Arif
Alfalfa Complex
ESP - Soy Protein Isolate Powder
OmegaGuard™
Sustained Release Vita-CTM 500 mg
Anakku sayang
GLA Complex
Vita-E Complex®
Meal Shakes
OsteMatrix™
B-Complex
herb-lax
kesihatan wanita
Vivix™
Zinc Complex
CoQ10
Collagen Powder
Lecithin
kesuburan
Vita-Lea® Iron Formula
DTX Complex™
Garlic
NutriFeron
keistimewaan Shaklee
ostematrix
perbezaan shaklee
Advanced Joint Health Tablet
CarotoMax
Chewable Vita-C™ 100 mg
Cinch™ Shake Mix
PHYTOCOL-ST
Performance® Maximum
Basic H
Vita-Lea® for Children Chewable
nutriwhite
papermint gingger
AL QURAN
Cinch™ Energy Tea Mix
Get Clean Healthy
Herbal Blend
alkali
ibu pejabat shaklee



