Memaparkan catatan dengan label Luahan Rasa Hati.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Luahan Rasa Hati.... Papar semua catatan

Ahad, 6 Mac 2011

.::Terluka Di Hari Minggu::.

Tak perlulah ibu menceritakan kenapa dan mengapa ibu berendam airmata malam ni, cukuplah sekadar ibu nyakan ibu betul2 terluka, walaupun kerap terluka tapi ibu sungguh tak terdaya menanggung kesakitan hati ni sorang diri.
.

Hati ibu sbnrnya lebih teruk dari hati dalam gambar ni, hati ibu hancur sudah tapi ibu genggam supaya tidak jatuh berderai demi insan bernama anak, dia masih perlukan ibu.
Kepada yang tak suka ibu luah isi hati ibu dlm blog sila pergi dari blog ibu atau lebih senang pergi terus dari hidup ibu :(.





Jumaat, 4 Mac 2011

.:: Mod Leleh Lagi ::.


Salam...
Mod tak berapa cantik hari ni, memikirkan keadaan dan nasib diri yg sentiasa dirundung malang...
Lewat petang semalam berbicara dengan seseorang yg menegur tindakan ibu yang gemar meluahkan ketidak puasan hati atau ceritera sedih ibu di dalam blog..
.
Kenapa & mengapa?  salahkah ibu luahkan segalanya disini, salahkan ibu berkongsi cerita disini? sekurang2nya teman2 ibu dapat memberi sedikit peringatan & semangat untuk ibu terus tabah dalam perjalan hidup ini,
Haruskah ibu sentiasa berwajah muram & bermandikan airmata? bukankah lebih baik ibu berwajah happy gumbira walaupun hati ini terluka dan gundah gulana...
.
Andai dia terbaca luahan hati ibu ini tolong fahami diri ibu, jgn samakan ibu dengan dirinya atau orang lain... pernah blog picisan ibu ini diberi nama "RINTIHAN HATI YANG TAK TERUCAP"-Kala mana rintihan hati yang tak terucap disini tempat meluahkan segalanya- haruskah ibu menukar semula kepada tajuk sedih diatas untuk blog ibu semula... anda mahu ibu bermuram atau ibu tersenyum walau dalam duka...




'

Sabtu, 19 Februari 2011

Aduhhh rindunya.....

Tetiba mood sedih hadir dlm hati...
Uols (cet ibu speking king omputeh ) tahu tak? ibu sbnrnya RINDU bangat sih dengan mr.lalink aka mr.Yes ibu..... Sobs..sobs... udah beberapa malam tidak ketemuk..Rindukkkk. (bahsa apa sih)
.
Hakikat yang harus ibu terima bila hidup berkongsi ialah RELA DALAM TERPAKSA berjauhan dengan mr.yes!

Khamis, 17 Februari 2011

Uwwaaaa Dia Hilangkan Diri....


Uwwaaaaaa.... ibu punya mister linky sulah ilang...
ini semua gara2 ibu menggodam blog ibu kononnya nak kasik lagi komesss!!!
cettt kurang acam betul lah....
sedih betul... bukan apa dah ade 21 kawan2 yang letak link depa kat situ, itu untuk memudahkan ibu melompat dari satu blog ke blog yg lain.... huhuhuhuhu sobs sobs sobs sedihhh arrrr ginni... jahat laaa dia hilang2 plak!

Rabu, 16 Februari 2011

Ternyata dia memahami...

2 Tahun yang lepas tanggal 14 dec 2008 ibu selamat melahirkan insan paling ibu kasihi kini, dialah yang mengisi segala kekosongan dihati ibu, dialah teman ketika duka lara ibu, Ketika ibu sedih ibu peluk dia erat2, ibu luahkan perasaan ibu pada dia walau pun bagi ibu dia tidak memahami...
.

~*~Hasadkah Ibu~*~

Salam Pagi Rabu
Haii.. ibu masih tak boleh ak lelap kan mata semua gara2 ayat ini "berdoalah kepada ALLAH supaya buang HASAD dalam diri".
.
Kenapa mengapa dan perlukah dia mengeluarkan ayat itu pada ibu? selama ini ibu berhasad dengkikah? walaupun ibu berkongsi kasih namun perasaan hasad dengki pada mereka tak pernah wujud dlm diri ibu. Sekadar perasaan cemburu itu adalah. Bohonglah ibu jika ibu kata tidak cemburu, sedangkan Aisyah cemburukan Khadijah yang ketika itu telah tiada dimuka bumi inikan ibu manusia biasa.
.
Berat sungguh dugaan ibu, sudahlah menanggung beban perasaan selama ini namun ibu pendam biar menjadi rahsia diri ibu sahaja tapi ibu tak mampu.... Disinilah tempat ibu meluah segalanya.
.
Kecewanya hati ibu kerana ayat itu keluar dari mulutnya... tapi x mengapa mungkin dia tak berniat begitu kepada ibu... Ibu maafkan dia.
.
Besar harapan ibu agar dia menyedari kesilapan dirinya...AMIN!!!

Jumaat, 11 Februari 2011

" KEMBALI TERJALIN"


"Tertutup pintu hati, minda tak berfungsi diketika itu
Tak tahu menilai mana yang tulin mana yang palsu
Diakhir-akhir ini ketika aku dalam kesepian
Terasa kejahilan itu bagiku satu kerugian"
~*~
Lirik lagu ni betul2 buat ibu terkesan dihati, kerana sejak akhir2 ini ibu memang kesepian dan betul seperti kata lirik ini, dalam sepi2 ibu ini terasa sangat kejahilan pada diri ibu. Mungkin ade diantara kawan2 ibu tak tahu latar belakang kehidupan ibu yang sebenar...

Isnin, 31 Januari 2011

Adakah Hatiku Terjaga?


Kenapa? kenapa dan kenapa????
Ibu tak faham kenapa dia masih lagi berdendam dengan ibu, ibu selalu berdoa kepada Allah supaya lembutkan hati dia... ibu tak suka bermusuh dengan dia, ibu sayang dia, sayang sangat2.. sumpah lah ibu maki lah ibu seperti petang tadi, ibu tetap sayang dia.

Petang smlm ibu tidor bangun2 tengok fon ade miskol dari suami ibu, bila ibu kol kenapa bukan suami ibu yang angkat...? kenapa suara dia? dia maki hamun ibu, puluhan sms dr no suami ibu dihantar untuk sumpah seranah ibu. ibu tak tahu nak luah kat mana, ibu harap kawan2 ibu tak salah anggap yg ibu sengaja buka pekung didada...

Jumaat, 8 Oktober 2010

Duhai Hatiku...

Duhai Hatiku...
Ketahuilah marah itu Api,
Api itu Syaitan...
Lagi kau marah maka bergempita lah
Gelak ketawa Syaitan.

Duhai Hatiku...

Bersabarlah kau...
Banyakkanlah berzikir mengingati-NYA,
Alunkan bacaan ayat suci Al-quran agar sejuk kembali,
Insyaallah kau akan tenang.

Duhai Hatiku...
Di Kala Kau merasa marah,
Ingatlah Allah sentiasa bersamamu...
Itu pun jika engkau bersabar
Kerana...
Allah bersama orang2 yang bersabar..
Ujian yang kau lalui dan tempuhi tidak sehebat
ujian yang melanda insan lain.

Bersabarlah Duhai Hati...

Sesungguhnya segala yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi.

Khamis, 30 September 2010

Warkah Bisu Buat Kakak


Kakakku...

Adikmu ini terlalu merindui kalian,
Bilakah agaknya masa dapat menyatukan kita?

Kakakku Y...

Agaknya kenapa kau terlalu membenciku?
Kata abang kakak Y tak marah kat adik, kakak Y cuma terkejut dengan kehadiranku.
Betul kah kakak Y?

Kakakku...

Tak rindukah kakak Y dan kakak M pada adik?
Adik terlalu merindui kalian.

Bilakah agaknya abang mahu menggunakan kuasa vetonya untuk menyatukan kita?

Adik tak sabar kakak!
Abang kata "Sabar lah akan sampai suatu hari nanti".

Bila? Bilakah suatu hari nanti yang abang katakan?

Adik tak sabar kakak.
Adik mahu peluk kakak Y dan juga kakak M.
Adik mahu cium tangan dan pipi kakak Y dan kaka M.

Kakakku M...

Adik minta maaf kerana selalu mengusik kakak...
Kadang2 adik minta hak kakak, dan kakak memberikan,
Walaupun adik tahu gelora hati kakak M ketika itu,
Tapi adik nak juga, dan adik khabarkan pada abang yang kakak sudah izinkan.
Maafkan adik kakak M, kakak terima kasih juga kerana sudi menjaga Arif sepanjang adik berkerja... kakak memang baik.

Kakak Y Dan Kakak M...

Agaknya bila kita boleh sama2 memasak lauk kesukaan abang bersama2?
Bila ya kak?
Tak mengapa, Adik akan terus meminta dari ALLAH supaya tunaikan impian adik...
kakak pun doa sama ya?

Adik sentiasa mendoakan kakak berdua.

Semoga kita bertiga menjadi isteri yang solehah buah hati abang, penyejuk hati abang dan pengubat duka lara abang.

Ameen!!!!

Khamis, 23 September 2010

Hatiku Tersentuh, Doakanlah Aku

Sejak akhir-akhir ni naluri keibuan aku begitu mudah tersentuh bila menziarahi blog2 yang mencoretkan luahan hati ibu2 yang kehilangan anak atau pun yang sedang berjuang menjaga cahayamata yang kesihatan terganggu.

Mampukah aku jika aku berada di tempat mereka? walaupun aku juga pernah melalui saat getir menjaga anak di wad kerana sakit, tapi bagiku ujian ibu2 ini lebih hebat dan berat dari apa yang aku lalui. Sesungguhnya mereka ibu2 yang tabah.

Setahun yang lalu Arif di tahan wad 3 hari sblm raya, masa tu Allah je yang tahu betapa ralatnya aku ketika tu. 1st year beraya sebagai ibu tapi di hospital pula.

Mak, selalu marah pada aku, katanya aku terlampau garang pada Arif, garang sangatkah aku? bila aku ingat kembali ya aku lah ibu yang garang milik Arif.

Sedayanya aku menahan untuk tidak garang-garang lagi pada Arif, aku semankin memahami erti kasih sayang seorang ibu, erti menghargai seorang anak semuanya apabila aku mula menziarahi blog2 yang memaparkan kisah anak2 dan ibu2 yang ku sebut diatas.
Sabarlah Ibu Arif!!! Arif anak yang sedang membesar, ragam yang kadang2 mencabar naluri dan kesabaranku sebagai ibu... aku harus kuat, sabar dan cekal. Doakanlah aku ini ibu yang serba kekurangan ini.


Semoga senyuman Arif berpanjangan menyinari hidupnya


Wajah yang menenangkan jiwaku


Renungan matamu membuat aku tertawan


Dua Insan yang ku cintai (Arif seminggu)

******

Buat anak ibu Ahmad Arif Atan

Maafkan ibu seandainya ibu bukanlah yang terbaik untukmu.

Syafiyah Humaira

Masih ingatkah teman2 kes pembunuhan kanak-kanak berumur tiga tahun yang mana suspek, seorang pemandu teksi yang juga teman lelaki kepada ibu mangsa telah membunuh kanak-kanak itu dengan cara menendang dan memijak perut mangsa. Perkembangan terbaru kes tersebut akhirnya, hukuman gantung sampai mati telah dijatuhkan kepada Mohd Fazli Azri atas kesalahan yang dilakukannya.

Inilah wajah pembunuh yang takberhati perut itu!!!


TETAP SAYANG PEMBUNUH ANAK!!! Dimanakah naluri keibuan wanita ini? jika aku tak kan ku pandang lagi wajah lelaki durjana ini apatah lagi untuk menyayanginya.
Nilai nyawa anak yang diragut jantan durjana ini terlalu murahkan bagi si ibu ini sehinggakan masih lagi menyatakan perasaan sayangnya pada si pembunuh anaknya??? dunia..dunia...

Apa yang bermain di fikiran ibu ini agaknya?
Cintamu membunuh segalanya bagi aku wahai ibu Syafiyah Humaira.


Ya Allah Peliharalah anak2 kecil didunia ini dari segala malapetaka dan bahaya yang sentiasa ada dimana2.. Lindungilah mereka Ya Allah...
Amin Ya RAbbal 'Alamin..

Al-Fatihah buat anakanda Syafiah Humaira
Semoga dikau damai disana

Selasa, 9 Februari 2010

Terlalu Mengharapkan Pertemuan Ini


Baru je beberapa minit aku kol suamiku, rupanya dia dalam perjalanan pulang ke kampung (Parit Perak). Menurut kata suamiku mak sakit.. Hati aku sedih kerana aku masih tak kenal ibu mertuaku itu dan kehadiranku sebagai menantunya masih di luar pengatahuannya juga sanak saudara di kampung. Maklumlah aku isteri muda suamiku, segala urusan keluarga aku tak di perlukan. tak ape lah.

Mak yg di rindui,
Walaupun menantu mak ni tak pernah bersua dgn mak tp darna merindui mak dan terlalu teringin untuk mengucup tangan, memeluk erat seorang insan yang ergelar ibu mertua...
Jika kita tak di takdirkan bersua muka di dunia mak insyaallah kita jumpa di sana.. tapi darna berharap sangat darna dapat jumpa mak walaupun mak mungkin tak boleh terima kehadiran darna seperti mana mak terima kehadiran kak min dan kak yus darna redho.

Apapun yang berlaku mak tetap mak darna dunia akhirat....
doa darna moga mak cepat sembuh dan kita berpeluang bersua muka..

Rabu, 9 Disember 2009

LUAHAN HATI SEORANG WANITA

Sensitif
Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
CerewetBukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang 2 ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
HalusIbarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
IkhlasIkhlas seorang wanita tak perlu diragui.
KorbanWANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
PrihatinSentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
ManjaWalaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI, namun juga sesama kaum.
EgoWANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
CintaCINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
SeksSEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”
Wallahu a’lam

Isnin, 9 November 2009

Maafkan aku....

Seringkali aku hilang tahap kesabaran ku, entah knp hari ini aku tidak dapat mengawal perasaanku, selama ini segala2nya aku lakukan untuk kebahgiannya tp apa yg aku dapat hanyalah sia-sia belaka, pengorbanan yang aku curahkan selama ini tak dihargai.


Mujurlah aku punya sahabat yg begitu setia mendengar masalahku, walau kami tak pernah bersua muka tp dia byk buat aku terhibur & menyabarkan aku, dan kalau lah bukan kerana permata hatiku Ahmad Arif aku tak akan bertahan lagi dgn dugaan demi dugaan yg aku lalui selama ini.


Harapan aku semoga Arif berjiwa kental untuk mengharungi ranjau kehidupan yg bakal di lalui dewasa nanti, sebolehnya aku tak mahu Arif melalui apa yg aku lalui sekarang, biarlah dia tak tahu apa yg ibu dia lalui sesungguhnya pengalaman ini mmg perit.


Insan yang aku sayang tolong lah fahami aku, aku sanggup apa sahaja untuk hidup bahgia namun kalau hanya aku berseorangan yang berusaha mungkin kita akan temui noktah perjalanan ini dalam masa terdekat ini. Usah biarkan aku membuat kata putus kerana pada masa itu apa pun tak guna lg....


Maafkan aku....

Khamis, 25 Jun 2009

Ingatkan lah aku...

Sekitar jam 6.00 pagi aku terjaga dari lena ku, berat betul mata ni, semalam aku dan Arif tido awal, aku menoleh kearahnya yang masih lena di ulit mimpi, mimpi apa lah agaknya si Arif ni, mimpikan abahnya kot agak ku. kesian Arif jarang dapat bersua dengan abahnya, kalau jumpa pun sekejap sahaja, abahnya lebih banyak masa di habiskan di rumah umminya (maduku) kerana di sana lebih memerlukan.
Setelah aku selesai berkhidmat pada diri dan bersiap untuk ke tempat kerja Arif masih lena lagi lalu ku angkat untuk di hantar ke rumah pengasuh. Arif terjaga tapi bunyi nafasnya kuat, lelahnya datang lagi, risau juga tapi di sebabkan dia sentiasa tersenyum aku lega sedikit, Arif tetap aku hantar ke rumah pengasuh dan aku bagitahu pada pengasuhnya supaya beritahu sekiranya arif bertambah teruk lelahnya.

Dalam perjalanan ke tempat kerja aku asyik teringat kan Arif, aku sebak kerana Arif tak dapat aku jaga ketika ini dan kenangkan keadaan kami berdua yang jarang dapat bersama dengan orang yang kami sayang.
Teringat ketika arif di masukkan ke wad akibat demam dan jangkitan kuman pada paru-paru, suamiku tidak dapat di hubungi kerana hp dia hilang, aku jadi cuak! cuba bersabar demi anak yang terlantar sakit, Harapan dan doaku semoga di sebalik apa yang terjadi ada hikmah yang tersembunyi. aku sentiasa pujuk hatiku dengan berkata seteruk2 aku ada lagi orang lain yang lebih tidak bernasib baik dari ku. Kerana tuntutan kerja dan sedikit pergolakan di sebelah maduku suamiku tidak dapat selalu bersama dengan kami ber2. aku cukup memahami masalah suamiku tetapi kadang kala aku jadi hilang sabar. Aku tak mahu lagi terlepas kata2 yang buat suamiku terluka aku akan cuba bersabar kerana kata suamiku
"untuk menuju bahagia bukan mudah dan kita perlu melalui segala macam onak dan duri, bersabarlah kerana sabar itu indah".
Tujuan aku meluahkan rasa di sini bukan lah untuk bercerita masalah rumahtangga atau sebaliknya dan tidak juga untuk memburuk2kan suamiku, tapi aku berharap dengan cara ini hati ku menjadi tenang disamping kawan2 mungkin dapat menitipkan sedikt kata2 semangat ataupun nasihat.. suamiku seorang yang bertanggung jawab dan penyayang cuma kami mengalami sedikit masalah kehidupan seharian. biasalah hidup berpoligami dan bermadu ni... berbesar hatilah andai kawan2 dapat meninggalkan sedikit kata2 semangat mahupin nasihat untuk aku yang serba kekurangan ini..

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...