Sekitar jam 6.00 pagi aku terjaga dari lena ku, berat betul mata ni, semalam aku dan Arif tido awal, aku menoleh kearahnya yang masih lena di ulit mimpi, mimpi apa lah agaknya si Arif ni, mimpikan abahnya kot agak ku. kesian Arif jarang dapat bersua dengan abahnya, kalau jumpa pun sekejap sahaja, abahnya lebih banyak masa di habiskan di rumah umminya (maduku) kerana di sana lebih memerlukan.
Setelah aku selesai berkhidmat pada diri dan bersiap untuk ke tempat kerja Arif masih lena lagi lalu ku angkat untuk di hantar ke rumah pengasuh. Arif terjaga tapi bunyi nafasnya kuat, lelahnya datang lagi, risau juga tapi di sebabkan dia sentiasa tersenyum aku lega sedikit, Arif tetap aku hantar ke rumah pengasuh dan aku bagitahu pada pengasuhnya supaya beritahu sekiranya arif bertambah teruk lelahnya.
Dalam perjalanan ke tempat kerja aku asyik teringat kan Arif, aku sebak kerana Arif tak dapat aku jaga ketika ini dan kenangkan keadaan kami berdua yang jarang dapat bersama dengan orang yang kami sayang.
Teringat ketika arif di masukkan ke wad akibat demam dan jangkitan kuman pada paru-paru, suamiku tidak dapat di hubungi kerana hp dia hilang, aku jadi cuak! cuba bersabar demi anak yang terlantar sakit, Harapan dan doaku semoga di sebalik apa yang terjadi ada hikmah yang tersembunyi. aku sentiasa pujuk hatiku dengan berkata seteruk2 aku ada lagi orang lain yang lebih tidak bernasib baik dari ku. Kerana tuntutan kerja dan sedikit pergolakan di sebelah maduku suamiku tidak dapat selalu bersama dengan kami ber2. aku cukup memahami masalah suamiku tetapi kadang kala aku jadi hilang sabar. Aku tak mahu lagi terlepas kata2 yang buat suamiku terluka aku akan cuba bersabar kerana kata suamiku "untuk menuju bahagia bukan mudah dan kita perlu melalui segala macam onak dan duri, bersabarlah kerana sabar itu indah".
Tujuan aku meluahkan rasa di sini bukan lah untuk bercerita masalah rumahtangga atau sebaliknya dan tidak juga untuk memburuk2kan suamiku, tapi aku berharap dengan cara ini hati ku menjadi tenang disamping kawan2 mungkin dapat menitipkan sedikt kata2 semangat ataupun nasihat.. suamiku seorang yang bertanggung jawab dan penyayang cuma kami mengalami sedikit masalah kehidupan seharian. biasalah hidup berpoligami dan bermadu ni... berbesar hatilah andai kawan2 dapat meninggalkan sedikit kata2 semangat mahupin nasihat untuk aku yang serba kekurangan ini..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Borang Maklumat Hubungan
Popular Posts
-
Entri kali ini agak 18sx sedikit tetapi amat berguna untuk pasangan yang sudah berumah tangga. Jika anda rasa entri ibu kali ini agak ke...
-
Diet Atkins lebihkan protein berbanding karbohidrat Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. ...
-
Muntah dan cirit-birit adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak, namun ianya amat berbahaya bagi bayi. Bagi kes yang normal, muntah ada...
-
Tahukah anda, darah pekat amat merbahaya untuk kesihatan? Jika darah berwarna agak gelap & pekat, bermakna darah kurang oksigen aki...
-
Selamat Malam... Haii kawan2 masih ingat cerite philiphine yg pemes dowlu (Pangako sayo') Lakonan Kristine Hermosa & Jericho Rosale...
Labels
pengedar shaklee wangsa maju
Arif
Alfalfa Complex
ESP - Soy Protein Isolate Powder
OmegaGuard™
Sustained Release Vita-CTM 500 mg
Anakku sayang
GLA Complex
Vita-E Complex®
Meal Shakes
OsteMatrix™
B-Complex
herb-lax
kesihatan wanita
Vivix™
Zinc Complex
CoQ10
Collagen Powder
Lecithin
kesuburan
Vita-Lea® Iron Formula
DTX Complex™
Garlic
NutriFeron
keistimewaan Shaklee
ostematrix
perbezaan shaklee
Advanced Joint Health Tablet
CarotoMax
Chewable Vita-C™ 100 mg
Cinch™ Shake Mix
PHYTOCOL-ST
Performance® Maximum
Basic H
Vita-Lea® for Children Chewable
nutriwhite
papermint gingger
AL QURAN
Cinch™ Energy Tea Mix
Get Clean Healthy
Herbal Blend
alkali
ibu pejabat shaklee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan