Memaparkan catatan dengan label Kehamilan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kehamilan. Papar semua catatan

Rabu, 26 Ogos 2015

HUKUM SOLAT WANITA KEGUGURAN BERBEZA DARI HUKUM SOLAT WANITA BERSALIN.

 

HUKUM SOLAT WANITA KEGUGURAN BERBEZA DARI HUKUM SOLAT WANITA BERSALIN. 

 

Wanita bersalin anak mempunyai darah nifas. Manakala wanita keguguran bergantung kepada keadaan dan jangka hayat janin tersebut untuk menentukan hukum solatnya. Terdapat 2 hukum solat untuk keguguran yang berlainan:- 

 

1. Pada keadaan janin ada yang sudah sempurna sudah kelihatan anggota badan tertentu seperti kepala, tangan dan lain-lain. Atau telah berumur 81 hari iaitu kurang dari 3 bulan. Menurut para ulama, janin itu sudah disebut makhluk apabila telah berumur 81 hari. Maka darah yang keluar adalah darah nifas. Wanita tersebut tidak boleh bersolat, berpuasa dan tidak halal bagi suaminya sehingga wanita itu sudah bersih maka wajib mandi hadas. 

 

Apabila lebih dari 40 hari masih saja ada darah yang keluar bererti ia adalah darah istihadhah yang tidak menghalangi solat, puasa dan menggauli suaminya. Wanita tersebut harus berwuduk setiap kali hendak solat seperti wanita yang sedang istihadhah. Apabila keluar darahnya bersambung dengan darah haid. Hukumnya berubah menjadi darah haid. Haram untuk solat, puasa dan menggauli suami. 

 

2. Pada keadaan janin itu belum diketahui bentuknya dengan jelas misalnya masih berupa daging atau darah. Atau janin tersebut belum berumur 81 hari. Maka hukum solatnya sama dengan wanita istihadhah, bukan haid dan bukan pula nifas. Dia harus tetap harus melaksanakan solat, puasa dan halal buat suaminya. Setiap kali solat harus memakai tuala wanita untuk kebersihan dan kepastian tiada darah yang keluar mengalir semasa solat.

 

 Wanita keguguran jangan ambil mudah dari hukum solat dan juga penjagaan kesihatan dalaman. Ramai wanita keguguran keliru samada mereka harus bersolat atau tidak dalam keadaan keguguran.

Jumaat, 14 Ogos 2015

Bagaimana ESP Shaklee Bantu Kesuburan?

 Bagaimana ESP Shaklee Bantu Kesuburan? Alternatif Kepada Clomid?

Isoflavon adalah unsur yang terkandung dalam soya. Namun, seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini, cara pemprosesan sesetengah protein soya yang menggunakan alkohol, menghilangkan isoflavon yang bermanfaat. Berlainan dengan ESP Shaklee, ianya dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

 

Soya isoflavon boleh berfungsi sama seperti ubat clomiphene kesuburan (Clomid dan Serophene). Kedua-dua bertindak ke atas laluan estrogen dalam badan dan boleh digunakan untuk memanipulasi kitaran haid. Jika kitaran haid anda tidak teratur atau tiada sama sekali, ianya boleh membantu memulakan ovulasi. Jika masalah kesuburan adalah disebabkan oleh sesuatu yang lain, ianya tidak akan membantu anda.

 

Secara teori, begini bagaimana ia akan berfungsi. Soya isoflavon menyekat reseptor estrogen dalam otak anda dan menipu badan supaya berfikir bahawa tahap estrogen semula jadi adalah rendah. Sebagai tindak balas, badan akan mula aktiviti untuk meningkatkan pengeluaran estrogen. Sebagai sebahagian daripada proses ini, sekumpulan telur akan matang supaya salah satu akan bersedia untuk dilepaskan semasa ovulasi. Selepas lima hari, anda berhenti mengambil isoflavon. Apabila kesan sekatan reseptor berkurangan, badan anda berkata, “Oh, kami mempunyai banyak estrogen sekarang – masa untuk berovulasi” dan kemudian mengeluarkan hormon yang mencetuskan ovulasi. ^_^

 

Namun ada beberapa kajian yang cuba mengaitkan pengambilan soya dalam pemakanan akan mengurangkan kesuburan wanita. Kajian yang diterbitkan oleh  American Journal of Clinical Nutrition, menyebut  pengambilan soya yang tinggi akan memanjangkan kitar haid, mengurangkan FSH dan mengurangkan LH. Namun begitu kita harus faham bahawa kandungan soya yang terlalu tinggi sebegitu, mustahil diamalkan oleh kita.

Soya

 

Kajian oleh American Family Physician dalam majalah rasminya memberitahu bahaya pengambilan soya dalam makanan tidak seharusnya dianggap punca utama kemandulan bagi wanita. Ini adalah kerana kemandulan mempunyai pelbagai sebab dan pengambilan soya hanyalah faktor kecil yang menyebabkan kemanduan itu.

 

Fakta ini dikuatkan lagi melalui kajian di American Journal of Clinical Nutrition yang menyatakan pengambilan soya tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesuburan, malah tidak menjejaskan peluang untuk mengandung dan melahirkan anak.

Berikut adalah cara bagaimana sesetengah wanita menggunakan soya isoflavon untuk mendorong ovulasi.
Walaubagaimanapun, anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memulakan apa-apa suplemen baru atau sekiranya terdapat perubahan kepada diet anda. Sila ambil perhatian, maklumat ini bukan nasihat perubatan, yang sepatutnya diperolehi terus daripada pengamal penjagaan kesihatan profesional yang berkelayakan.

 

Jumaat, 25 April 2014

AMALAN UNTUK MEMPEROLEHI ZURIAT


Amalan pertama

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
• Baca Bismillah 1 kali
• Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali
• Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
• Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan (Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
• Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa

Amalan kedua.

• Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
• Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
• Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
• Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya


Khamis, 24 April 2014

Rasa Loya Diawal Kehamilan Atasi Dengan Shaklee


Rasa loya dan sering muntah pada peringkat awal kehamilan adalah normal. Ada yang panggil morning-sickness…apa yang pasti, rasa itu adalah rasa yang sangat tak selesa, betul tak?

Kalau yang teruk tu sampaikan tak boleh makan. Asal makan jer mesti muntah balik semuanya. Paling kita sedih bila rasa lapar tapi bila makan, akhirnya muntah…. last2 kita taktau dah nak buat apa lagi.

Sabar ye….. ini lah dugaan untuk ibu mengandung.

Kalau kita google, macam2 petua dan cara yang boleh kita cuba utk hilangkan mual dan loya. Tapi taktau yang mana satu berkesan? Ada yang dah cuba semuanya tapi sama juga masih loya, masih lagi muntah2 sampai badan rasa tak bermaya.

Sebenarnya kenapa rasa loya?

- Sebenarnya, rasa loya/mual/mabuk adalah petanda baik bahawa paras hormon kehamilan kita adalah tinggi. Ia keluar dlm kuantiti yg banyak sehingga plasenta kita mengambil alih kerja untuk mengekal dan menyuburkan baby dalam kandungan.

Berapa lama rasa loya ni baru hilang?

- Tak lama…..bila dah masuk 14weeks preggy insyaAllah kita dah sihat berseri-seri seperti ibu hamil yang lain. Masa ni excited tak sabar nak tunggu baby tendang2 :)

Boleh jejaskan pembesaran baby tak ?
- Tak jejas…dengan syarat makanan dan minuman kita cukup untuk baby dan kita. Tapi kalau kandungan (bank perut kita) kosong dan tak cukup, itu yg menyebabkan pertumbuhan otot dan saraf baby mungkin terganggu. Jangan lupa makan folic asid ye!

Adakah supplemen Shaklee boleh membantu?

Di awal kehamilan nak telan banyak-banyak pil pun tak mampu kan. Tapi tubuh kita perlukan nutrisi untuk ibu dan bayi. Jadi bagaimana caranya? saya cadangkan beberapa supplemen di bawah


1) Meal Shakes


Minuman sedap dengan Vitamin & galian lengkap. Turut dilengkapi protein dan fiber. InsyaAllah sangat membantu memberi tenaga pada ibu hamil yang tak lalu makan dan kerap muntah. Ia juga membantu memberi nutrisi lengkap.



2) Peppermint-Ginger



Kombinasi 4 herba dari barat dan timur iaitu Pudina, Halia Pokok Adas(fennel) dan Cekur Manis(Anise).
Dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.
Secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.
Boleh dilarutkan dalam air suam dan panas.
Boleh dilarutkan dalam teh untuk menjadi teh herba.

3) Vitamin C Chewable




Rasa masam-masam manis yang sangat sedap dan boleh dikunyah.
Boleh dijadikan pengganti asam masin, tentunya dengan khasiat yang lebih baik.
Membekalkan Vitamin C untuk ibu hamil kerana ibu hamil mempunyai tahap imuniti sistem yang lemah dan mudah sakit.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat??




Rabu, 23 April 2014

Kenapa susah untuk hamil?

Sekiranya anda membaca artikel ini sudah tentunya anda tergolong dalam wanita yang susah hamil. Jangan susah hati. Di sini saya ingin kongsikan kemungkinan beberapa sebab kepada  kenapa susah hamil. Teruskan membaca dengan teliti ya.

Saya nak cerita berkenaan satu kajian yang dijalankan oleh Eunice Kennedy Shriver dari National Institute of Child Health and Human Development. Kajiannya melibatkan sebanyak 270 pasangan yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun. Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengesan sejauh mana keupayaan setiap pasangan untuk hamil.

Cara yang di gunakan adalah merujuk kepada air liur (saliva) sebagai petunjuk untuk mengesan tahap kesuburan setiap pasangan yang diuji. Hasil dari kajian mereka telah menemukan pasangan yang susah hamil mempunyai enzyme alpha-amylase yang tinggi dalam air liur pasangan terbabit. Untuk makluman anda semua, kehadiran enzyme alpha-amylase adalah satu petunjuk yang jelas menggambarkan anda berada dalam keadaan tertekan atau stress.

Jadi melalui kajian ini dapat memberi iktibar kepada kita bahawa stress atau keadaan tertekan akan menyebabkan kita susah hamil. Mudah saja bukan? Bagi memudahkan kehamilan hindarkan diri anda dari tekanan!

Faktor kedua kenapa susah hamil agak menarik sedikit. Faktor yang saya maksudkan adalah keputihan. Untuk makluman anda, keputihan itu adalah cecair yang berbau kurang enak keluar dari faraj wanita. Jika anda ingin mendalami berkaitan keputihan lebih lanjut, anda boleh terus pergi ke google dan anda akan berjumpa dengan banyak artikel-artikel berguna. Belajarlah berkenaan penyakit keputihan agar anda lebih faham.

Bagaimana keputihan boleh membawa kepada ketidaksuburan. Hasil kajian menyatakan keputihan ini disebabkan oleh bakteria yang menjangkiti kawasan faraj. Bakteria ini kemudiannya merebak kebahagian uterus dan seterusnya pada bahagian tiub follopio. Pada ketika ini risiko berlakunya kesukaran untuk hamil adalah tinggi. Menurut American Journal Of Obstetric & Gynecology menyatakan 85% wanita di U.S. sengsara mengidap keputihan. Dan saya pasti angka peratusan tersebut pasti menyamai wanita di Malaysia yang mengidap keputihan.

Adakah anda tergolong dalam wanita yang menghidap keputihan jika ya, berjumpalah doktor segera! Jika tidak, mungkin ada penyebab lain yang menyebabkan anda susah hamil.

Sumber.

Jadi sekiranya anda mempunyai masalah keputihan yang kronik @ pun tidak, Alfalfa Complex berupaya membantu anda untuk menyelesaikan masalah ini In Sha ALLAH. Berikut dibawah ini beberapa keistimewaan dan manfaat Alfalfa.


Kelebihan Dan Kebaikan Alfalfa Shaklee /Alfalfa Complex Shaklee Yang Utama :

~ Mencuci hati, darah dan usus – ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
~ Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan.
~ Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperasiditi, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
~ Menyingkirkan lemak dan kolesterol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.
~ Melawan tumor – Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.
~ Melegakan keletihan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit
~ Mencegah/ merawat atritis – Melegakan sakit atritis dan kesakitan

Lain-lain Kelebihan dan Kebaikan Alfalfa Shaklee / Alfalfa Complex Shaklee

~ Legakan sakit-sakit sendi dan belakang.
~ Membantu hilangkan kelesuan dan tekanan.
~ Memberi kelegaan semasa period.
~ Membantu Merawat arthitis
~ Membantu Merawat athma
~ Mencuci usus bagi membuang toksik
~ Membantu membuang angin dalam badan
~ Membantu mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
~ Meneutralkan asid dalam badan
~ Membantu masalah keputihan pada wanita.
~ Membesar dan menegangkan payudara.
~ Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri.
~ Memulihkan urat selepas bersalin.
~ Milk booster
~ Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
~ Meningkatkan stamina lelaki
~ Membantu Melegakan masalah sembelit



Dan jika anda tiada masalah keputihan kemungkinan anda punya masalah berkatan dengan kesuburan dan peranakan, kami mencadangkan anda mengambil Alfalfa & GLA Complex untuk masalah ini.. Gabungan mantap keduanya juga In Sha ALLAH dapat membantu menyelesaikan masalah anda.






Apa itu Gla Complex?
GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.  Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing.
Mari kita baca kebaikan GLA COmplex Shaklee :

· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf. 

GLA boleh diambil oleh lelaki dan wanitaIa sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. GLA juga mampu menangani masalah kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik.

Isnin, 1 Julai 2013

SET J - SET IBU HAMIL

Set J - set ibu hamil
Bagi anda yang sedang hamil boleh lah mengambil set J ini, yang mana ketika awal kehamilan (trimester 1) anda hanya perlu mengambil Vit C, Vita-Lea, B Complex dan Ostematrix.

Apabila anda dah memasuki trimester ke 2 sebaiknya anda menambah Omega Guard & ESP, begitu juga ketika di trimester ke 3.

Jika anda berminat boleh lah hubungi saya untuk perkhidmatan rundingan secara percuma

Puan Darna
SID 947221
0183948582

Isnin, 14 Mac 2011

.: Tidak Hamil Tetapi Tidak Datang Haid :.

Tiga ujian air kencing tidak menunjukan saya mengandung, tapi mengapa saya masih tidak datang haid?

Ada beberapa sebab mengapa wanita tidak datang haid, ini termasuk TEKANAN dan juga SENAMAN yang berlebihan. Ovari kita mengeluarkan satu telur setiap bulan dan selepas 14 hari telur dilepaskan dan tidak terjadi persenyawaan, dinding rahim akan gugur dan haid akan berlaku. Sekiranya ovari tidak mengeluarkan telur sebagaimana yang seharusnya, akan berlaku ketidak seimbangan hormon dan rahim gagal mendapat isyarat yang diperlukan untuk memulakan proses haid.

Selasa, 29 Disember 2009

10 Tanda Kehamilan

Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...
...Tahniah!


Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...