Memaparkan catatan dengan label Shaklee Effect. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shaklee Effect. Papar semua catatan

Rabu, 26 Ogos 2015

HUKUM SOLAT WANITA KEGUGURAN BERBEZA DARI HUKUM SOLAT WANITA BERSALIN.

 

HUKUM SOLAT WANITA KEGUGURAN BERBEZA DARI HUKUM SOLAT WANITA BERSALIN. 

 

Wanita bersalin anak mempunyai darah nifas. Manakala wanita keguguran bergantung kepada keadaan dan jangka hayat janin tersebut untuk menentukan hukum solatnya. Terdapat 2 hukum solat untuk keguguran yang berlainan:- 

 

1. Pada keadaan janin ada yang sudah sempurna sudah kelihatan anggota badan tertentu seperti kepala, tangan dan lain-lain. Atau telah berumur 81 hari iaitu kurang dari 3 bulan. Menurut para ulama, janin itu sudah disebut makhluk apabila telah berumur 81 hari. Maka darah yang keluar adalah darah nifas. Wanita tersebut tidak boleh bersolat, berpuasa dan tidak halal bagi suaminya sehingga wanita itu sudah bersih maka wajib mandi hadas. 

 

Apabila lebih dari 40 hari masih saja ada darah yang keluar bererti ia adalah darah istihadhah yang tidak menghalangi solat, puasa dan menggauli suaminya. Wanita tersebut harus berwuduk setiap kali hendak solat seperti wanita yang sedang istihadhah. Apabila keluar darahnya bersambung dengan darah haid. Hukumnya berubah menjadi darah haid. Haram untuk solat, puasa dan menggauli suami. 

 

2. Pada keadaan janin itu belum diketahui bentuknya dengan jelas misalnya masih berupa daging atau darah. Atau janin tersebut belum berumur 81 hari. Maka hukum solatnya sama dengan wanita istihadhah, bukan haid dan bukan pula nifas. Dia harus tetap harus melaksanakan solat, puasa dan halal buat suaminya. Setiap kali solat harus memakai tuala wanita untuk kebersihan dan kepastian tiada darah yang keluar mengalir semasa solat.

 

 Wanita keguguran jangan ambil mudah dari hukum solat dan juga penjagaan kesihatan dalaman. Ramai wanita keguguran keliru samada mereka harus bersolat atau tidak dalam keadaan keguguran.

Khamis, 9 Oktober 2014

Masker Dari Bahan Didapur Rumah Anda

Assalamualaikum... Hai semua... Ermmm ni nak cerita lagi pasal masker yang boleh anda buat dari bahan2 yangbada didapur rumah anda. Haaa x semua masker tu kena beli di pasaraya bahagian kecantikan tau.



Ok yg ni masker alfalfa + vivix + esp + vit e, semua ada dirumah kan? semalam ibu sibuk bermasker dia pun sibuk la juga nak pakai, memula x nak bagi tp bila pk anak kwn pernah pakai bila lihat ibunya bermasker kena pulak bahan2 yg di buat masker dr sumber semula jadi, tak ada bahan2 yang membahayakan so ibu sapu lah nipis2.

Sapu rata pada muka n tunggu sehingga. 1/2 jam bolehbla dibasuh, kulit muka akan rasa lain, lembut dan pori2 akan mengecil.



Ok yg ni tanpa vit e, ok bahan2 seperti didalam gambar.... Vit e ni bagus sangat dibuat masker jika kulit muka anda hangus di mamah sang mentari, cewwwahhhh.... Tp betul, teringat kak cery sapu vit e kat muka anak bujang dia yg hangus terbakar dlm ms beberapa hari je kulit muka faiz kembali normal.

Selain itu anda juga boleh buat masker dari putih telur yang di perahkan sebahagian limau nipis, haa yg ni pun sangat2 bagus dibuat masker, boleh juga bermasker dari beras pulut yang di sanagi terlebih dahulu kemudian ditumbuk dan dicampur air.... Zaman sekolah dulu tepung beras dicampur asam jawa ibu buat, mmg berkesan, kulit muka bersih dan lembut je...

Haa dah tengok cara buat masker dari bahan didapur rumah anda kan? So lps ni boleh la buat, kalau anda yg jarang2 jumpa suami ni boleh la selalu bermasker, bila jumpa biar suami lihat keberkesanan masker2 ni pada kita, ye lah seminggu sblm kulit kusam je, balik minggu ni kot nampak lebih bermaya, suami pun seronok je tengok wajah kita yang ayu ni, bak kata org tua2 sejuk mata memandang.

K take care semua n selamat mencuba

Love u all
Siti Darna
018-394 8582

posted from Bloggeroid

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...