Apa itu Gout?
Gout adalah disebabkan oleh pengumpulan asid urik (uric acid) di dalam
darah yang terhasil daripada proses pemecahan makanan. Buah pinggang
akan menapis darah dan menyingkirkan asid urik melalui air kencing. Bagi
pesakit gout , asid urik tidak dapat disingkirkan sepenuhnya dan
lama-kelamaan paras asid urik dalam darah akan meningkat . Asid urik ini
kemudian akan mendap di bahagian sendi
terutama di bahagian sendi besar. Biasanya mendapan berlaku pada sendi
ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di bahagian sendi yang lain
seperti di bahagian belakang, kaki, buku lali, lutut, pergelangan
tangan, siku dan jari.
Asid urik boleh menyebabkan keradangan
pada sendi dan ketika inilah serangan gout berlaku. Pesakit akan berasa
sakit sehingga tidak boleh menggerakkan sendi terlibat.
Gout
adalah salah satu daripada penyakit sendi dan serangan pertama biasanya
berlaku kepada individu yang berumur dalam lingkungan 40 hingga 50
tahun. Bagaimanapun penyakit ini boleh menyerang semua peringkat umur
termasuk remaja. Gout juga boleh disebabkan oleh masalah kegemukan,
tekanan, kerosakkan buah pinggang. Penghasilan terlalu banyak asid urik,
terlalu sedikit penyingkiran asid urik kesan sampingan ubat 'diuretik'
dan akibat penyakit lain seperti tekanan darah tinggi serta kebuluran.
Bila Serangan Berlaku?
Serangan berlaku secara mengejut dan cepat tidak seperti 'artritis'
lain yang menyerang perlahan-lahan. sendi terlibat terasa sangat sakit
yang amat sangat. Serangan gout berlaku pada satu sendi tanpa rawatan,
setiap serangan boleh berlanjutan antara satu hingga dua minggu.
manakala serangan kedua biasanya mengambil masa yang agak lama sehingga
bertahun dan serangan ini boleh berulang dari semasa ke semasa biasanya
pada sendi yang sama.
Faktor penyumbang penyakit Gout
Serangan gout boleh disebabkan oleh beberapa faktor:-
1. Pengambilan berlebihan minuman beralkohol.
2. Banyak mengambil makanan yang kaya dengan 'purin'.
3. Kecederaan kecil pada sendi.
4. Kurang pengambilan air kosong.
5. Badan mengalami kekurangan air disebabkan pengambilan sesetengah jenis ubatan.
6. Mengamalkan diet yang melampau.
Cara Mengatasi Gout
Antara langkah bijak yang perlu diambil oleh pesakit ialah:-
1- Kawal makanan dengan menghadkan pengambilan protien daripada sumber haiwan.
2- Kawal berat badan kerana kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik.
3- Bagi individu yang bukan Muslim dan mengambil minuman beralkohol
hadkan pengambilan kepada 1 gelas wain atau 1 tin bir sahaja sehari
kerana alkohol boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah.
4- Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.
5- Pilih produk tenusu yang mempunyai kandungan lemak yang rendah atau tanpa lemak.
6- Ambil karbohidrat kompleks dan tumpukan untuk makan lebih banyak
bijirin, sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makanan yang mengandungi
karbohidrat yang diproses seperti roti putih dan kek.
7- Hadkan
pengambilan gula. Pengambilan gula yang banyak akan menyebabkan kita
kurang makan buah, sayur dan bijirin. Makanan yang mengandungi gula juga
mempunyai banyak kalori yang akan menyebabkan anda mudah mengalami
pertambahan berat badan.
Selain itu anda boleh juga dapatkan SET GOUT SHAKLEE yang terdiri daripada:-
AJHT - Membantu meningkatkan keselesaan sendi supaya kuat dan flexible serta menyokong pergerakan.
Alfalfa Complex - Melegakan rasa kebas dan sakit sendi dan menyingkirkan toksin
Omega Guard - Mengurangkan radang sendi dan paras kolestrol serta tekanan darah
Perfomance Drink - Menyediakan tenaga segera bagi tubuh serta mengekalkan imbangan cecair tubuh dan elektrolit bagi mengelakan penyahidratan.
Jika Anda berminat untuk dapatkan set gout, samaada untuk anda ataupun yang tersayang boleh hubungi sy di:-
Puan Darna
0183948582
SID 947 221
Tiada ulasan:
Catat Ulasan