Isnin, 10 November 2014

FAKTOR JERAWAT TUMBUH DI WAJAH



Katakan tidak pada jerawat, haaa semua orang mesti tak nak jerawat singgah dikulit muka mahupun tempat lain kan? meh sini kita kenali faktor-faktor yang menyebabkan jerawat tu tumbuh subur ditubuh dan wajah kita. sebelum tu cuba tengok gambar diatas, jenis2 jerawat yang dinyatakan... ngeri x sanggup tau....

Berikut adalah faktor-faktor yg menyebabkan jerawat keluar.Anda boleh mengatasinya sekiranya anda tahu punca jerawat-jerawat anda.



1.Perubahan hormone

Apabila berlaku perubahan hormone seperti zaman baligh remaja, mengandung, datang haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormone dalam badan,iaitu hormone androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita.Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormone ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan.Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an.Selain drpd itu,penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.



2.Tekanan (Stress)

Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.



Tekanan fizikal:

1.Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup

2.Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur

3. Jadual seharian yang sangat ketat

4. Merokok, pengambilan dadah



Tekanan emosi

1.Bimbang atau kerisauan yang berlebihan

2.Buli

3.Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih

4.Kerja /study yang banyak



3.Pemakanan

Pemakanan yg tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu,

belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat.



4.Toksin

Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain



5.Faktor Genetic

Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.



6.Allergic atau alahan

Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit..Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat.Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit.



7. Perubahan biologi badan

Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)



8.Persekitaran & Pencemaran

Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.



9.Jangkitan pada kulit & Resdung

Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas.



10.Faktor Cuaca

Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar.



KEDUDUKAN JERAWAT



Sekiranya jerawat berulangkali naik di tempat atau area yg sama,ini menggambarkan area dalaman kita yg tertentu mempunyai masalah,tetapi sekiranya setiap kali ia tumbuh di tempat yg berlainan,itu adalah normal.Tidak semestinya jika kita mempunyai masalah dalaman,jerawat wajib tumbuh di kawasan muka yg tertentu.Ada juga diantara kita ada masalah dalaman tp kulit muka tiada masalah tp lebih baik jika kita tahu apa yg ada d luaran skrg dtgnya dr dalaman supaya kita dpt mengambil berat masalah dalaman tersebut.



DAHI

Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak



HIDUNG

Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi



DAGU

Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.



PIPI KIRI

Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.



PIPI KANAN

Fungsi paru-paru mungkin tidak normal



PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)

Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.


Sekiranya anda tahu punca jerawat anda, ubatilah punca tersebut supaya jerawat tidak berulang lagi.Hanya faktor perubahan hormon seperti period sahaja anda tidak dapat elakkan dari jerawat keluar tetapi cepat-cepatlah tempek dengan Miracle Mask supaya jerawat tersebut lebih cepat kecut dan membantu menghilangkan parut. Untuk merawat masalah jerawat dan resdung,anda digalakkan amal jamu neem untuk cuci toksin dan darah kotor. Jangan risau jamu neem tidak menyebabkan toksin keluar melalui kulit sebaliknya toksin akan keluar setiap kali anda buang air besar,air kecil,peluh dan period bg perempuan.

Oleh yang demikian sy mencadangkan anda mengambil supplement untuk membantu merawat masalah jerawat yang anda hadapi, anda boleh mengambil SET KULIT BERJERAWAT SHAKLEE





posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...