Isnin, 6 Jun 2011

.:: Malam Minggu Bersama Keluarga Kakak Dr Singapore ::.

Salam Isnin,
Sejak kebelakangan ni asyik mood kelaut je rasenye... Mungkin disebabkan ditinggalkan kekasih hati, Tapi Alhamdulillah Semalam dia sudah kembali ke pangkuan Ibu... Ermm... Ok. Sabtu baru ni tengah2 ibu sedap landing atas katil sambil tengok tb, tetibe fon bunyi n nama tertera Sis Yuhana Sanoesi... (Kakak ibu yg di Singapore) ni mesti ade kat KL detik hati ibu. bila di jawab ternyata sangkaan ibu betul & kakak ajak keluar malam tu, persetujuan di capai dan kakak akan amik ibu n anak2 di LRT masjid jamik tak jauh dr hotel yg depa menginap (swiss garden international hotel).

~Gelagat Arif & Ayat dalam LRT~

~Ni lah kakak Ibu, sebelah dia a.ipar, yg tecit tu anak bongsu dia~

~Dah jumpa kami p makan2 kat Baba Seafood Gombak~

Makan Besaq kami malam tu kebetulan abg ibu ade bawak ikan siakap yg dia mancing petang tu so kami suruh tuan kedai masak sweet sour!!!

~Lepas makan kami lepak kat hotel (Arif tdo so x ade dlm gambaq)~

Lepak punya lepak tak sedar dah hampir pagi, bila tengok jam 4.45am.. patutlah anak2 dah meragam rupanya dah pagi... hahahahhaha.. Insyaallah raya tahun ni nak balik Singapore... 



Jumaat, 3 Jun 2011

.:: 10 Tanda-Tanda Hati Mati ::.

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
  1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya. 
  2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda. 
  3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya. 
  4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya. 
  5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya. 
  6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya. 
  7.  Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya. 
  8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya. 
  9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri. 
  10.  Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT. Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya; Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
  1. Hubbul dunia (kasihkan dunia) 
  2. Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah) 
  3. Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
  1. Zuhud dengan dunia 
  2. Zikrullah 
  3. Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.

.::Fesyen tutup aurat 50-50 ::.


Tadi masa berjalan2 kat gugel tengok fesyen tudung2 trend terkini tetibe ibu terjumpa gambar ni..
hihihi ni dikatakan fesyen tutup aurat 50-50...
Adehh apa nak jadi lah ngan manusia akhir zaman ni.....
semoga ALLAH ampun kan dosa kami amin!!!

GAmbar kredit dr : http://www.ohtidak.com

.:: SuNyI ::.

Salam....
Semalam opis ibu sunyi je begitu jugak hari ni,
Semua wartawan bertugas di luar almaklum lah sekarangkan Muktamar PAS sedang berlangsung sehingga 5 Jun 11. Ikut kan memang bosan, mcam semalam ibu sampai tersengguk2 depan notebook ibu ni... Hari ni ibu heret anak2 bujang ibu datang opis teman ibu....

Lengang je kan opis ibu ni.....

Si bujang yg merap memanjang!!!
See kat belakang tu bulu ayam untuk rotan dia!!!


Tadaaaa dah pun tidoooo!!!! 
ni pun tido gara2 takutkan bunyi org sebelah drill wall! 
hahahahaha

So hari ni hilang la boring ibu dgn adenya anak2 berkecoh2 kat opis ibu ni...
ermmm esok sabtu n lusa dah ahad, petang ahad nak jemput chenta hati yg dirindui kat Puduraya...
Tak sabar nak tunggu dia balik... RINDU bangat!!!! 


Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...