Khamis, 3 Mac 2011

.:: Mengidam ::.

Ahaiiii.... n3 sal ngidam la plak ye?
Ni semua gara-gara Dak am nak makan Laksa johor buatan sepupu hubbynya... harap2 tercapailah hajat Dak am ni, dah p kopitiam x sedap plak katanya, orang ngidam ni lain skit sbnrnya, kalau dah yg dihajat tu dr air tangan orang lain mmg tak kan puas selagi tak dapat biar pun sama rasenya. Teringat plak ibu masa ngandungkan Arif, mengidam tu tak de lah tapi teringin.. eh tak sama ke? tak sama....
.
1st ibu tengok kartun upin & ipin episod raya depa makan rendang.. aramaks terliur dan2 malam tu bg duit kat arwah mak suh beli ayam & masakkan rendang. Adik ibu siap sound "ntah hape2 ntah tengok katun pon boleh terliur"...dia tak tahu kakak dia ngandung.


2nd ibu tengok iklan perase air tamin, tetibe nak air bandung so tiap kali p makan ngan lalink mesti mintak air bandung, tapi tiap kali tu jugak si mamak silap anto, diantonye air milo. berangin sakanlah lalink sbb keinginan istrinya yg sarat ini tak dipenuhi si mamak.

3rd haaaa ini yang paling syokkk, ibu tengok drama lakonan allahyarhamah yusni jaafar, dlm cerite tu dia nak bagi makan cucu2nya berlaukan ikan kerisi goreng (besar ikan tu). Perghhh ibu memang terliur habis, cakap ngan arwah mak esoknya dia belikan tapi tak sama saiz ngan yg dlm tv, tak puas hati masih terkenang2. akhirnya jumpa kat pasar malam saiz yg sama, arwah mak tanya nak berapa? "nak 2.. kalau mak nak masak kat org lain beli lah lebih!" Arwah cakap "tak kan habis ko sorang besar ni". Huhuhu ibu tak kira masa tu mmg nak 2 macam dlm tv, sebijik mcm dlm gambar ni.. Esoknya arwah gorengkan ikan tu mmg seronok tapi biasalah tekak org mengandungkan? makan hanya sebelah je... yg sekor lagi tu pun tak termakan jugak.... mujur arwah tak marah sbb dia faham kehendak ibu mengandung ni.
.
Last yang ibu teringin satey... satey yg jual kat damansara damai... ibu tak nak kat tempat lain, mujur masa tu duk Prima Damansara so otw balik lalink singgah beli.. 9 cucuk je... ibu jeling je memula sbb sikit tapi makan 1 cucuk tak habis... lalink yang tolong settle kan.... mujur lalinkku & arwah mak memahami ibu....


Apapun terima kasih & syukur sbb ibu tak minta yang pelik2 time ngidam... tapi jgn tak tahu 2 keinginan pelik ibu time ngandung yg akan buat korang ketawe... ibu suka bau ketiak lalink (dah tentu dapat) & ibu teringin nak tengok kutu secara live... mana nak carik akhirnya Arif berusia setahun lebih baru dapat tengok...

PUAS HATI.




'

.::Mereka Jua Anak2ku::.


Salam...
Hari ni tak ade yang menarik Untuk ibu kongsikan dengan kawan2,
Cuma beberapa keping gambar anak2 lalink ibu, Walaupun begitu mereka anak2 ibu juga.
So kat bawah ni gambar sebahagian dari mereka abang2 & kakak2 Arif anak kandung Ibu dengan lalink!

{Asri}

{Alfi, Robiah, Alif & Hidayatullah}

{Azam-Sulong}
{Fattah & Alfi}

{Syukur & Firdaus}

{Tasya & Nur Huda}
Menantu & Cucu



{Siti Hajar}


{Ni'matul Husna}

Ermmm ini antara yang dapat ibu kumpul gambar2nya..
Tak de dlm gambar Nur Ain, Ahmad Adha. kalau anak2 terbaca blog ibu ni, ibu nak korang tahu ibu sayang korang dunia akhirat tak lebih tak kurang sama semuanya.

*
*
*
Dan ini anak bujang dari rahim saya....
Tadi dalam bas, tengok spek yg di amuk kan dan cubang baru dia.
Dulu cubang tu cicak kini kapal terbang.





'

Rabu, 2 Mac 2011

.::Wit My Lalink::.

Assalamualaikum....
Eceli ibu tak tahu nak apdet ape, hari ni badan tak berapa sihat, sakit sana sakit sini semua ade...
Dalam pada tu duk belek album lelame kat FB ni terjumpa gambar2 zaman memadu asmara dengan mr.lalink.
Ibu just nak kongsi skit gambar2 masa zaman mude2 dulu, nak tengok ke?

*

 
*
Ni Gambar ibu ngan mr lalink dalam lori, hehehe biasa 2 minggu sekali dia akan amik ibu kat umah 
hantar ke tempat kerja, biasalah bila dah hantar paper kat opis ibu lepas siap semua dia akan memandu ke Wangsa Maju.. Kesian plak kalau sampai Awal dlm 4am dia terpaksa tdo dlm lori.
*

*
Yang ni pun sama dalam lori gak!
*
*
Cukup lah 3 keping gambar ni ye karang korang muntah ijau plak tengok gambar ibu yang tak comel ni...
Apa pun ibu amat menyintai mr.lalink ibu ni..
Tanpa dia takkan lahir Ahmad Arif Ibu
Tq Darling
Muah!
ni dah ade ayippp!!!



'

Selasa, 1 Mac 2011

.:: AyamLoveTempoyak ::.

Salam monink...
Hai... seawal pagi ni ibu apdet blog? ermm sbnrnya ibu nak on9 kul 9 semalam, tp ntah knp line p1 ni x leh sambung, hangin je bila adik kat luar duk ejek2 "tak leh ke , tak leh ke sini laju je" nyampah tau geram je dengar sbb dia pun pakai p1 tp kenapa ibu tak bleh? sudah ibu jawab "ko diam!!!" ayat geram.  "huhuhuhuhu" dia ketawe kan ibu lagi. Bila ibu keluar rupanya dia dok on9 sambil bergayut kat tingkap huhuhu line kat situ je ade miakakaka dah mcm beyuk!!!
.
Ok ibu just nak share ape ibu masak untuk makan malam semalam, ibu balik kerja p kedai tengok2 ikan semua tak menyelerakan ntah hape2 ikan ntah, pening pk ibu beli ayam, ingat nak masak kicap... balik2 umah buka peti terpandang tempoyak member opis bagi huhuhu erus ibu ubah pkran masak gulai tempoyak ayam.. oleh kerana tak bleh nak amik gambar ibu share gambar dr myresepi ni lah ye...
.
Huhuhu lihat.... ermm tapi ibu buat lagi meriah, bahan2nya senang bangat sih.. nak tahu ke? ok ok sat na...
Bahan2:

Ayam 1/2 ekor (cukup lah untuk kami 4 orang)
Tempoyak 3 sudu besar
10 biji cili api                         (tumbuk)
kunyit hidup sebesar ibu jari   (tumbuk)
Bawang merah/putih              (tumbuk)
2 btg serai                             (dititik)

Cara2:

Gaul semua kecuali ayam dalam 1 periuk dengan air (suka hati korang nak pekat ke cair)
Bila mendidih masukkan ayam masak sehingga ayan masak lah jgn korang makan mentah plak...
Opss sblm tu jgn lupa taruk garam karang tawar tak de saper nak makan reti?

Senangkan? tapi tak sesenang sup ayam arif? nak tahu resepi gak tak yah la hentikan lah teman tak kose nak mlayan mike2 semua.

Ok Tata


'

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Apa kata Mereka?

Get widget here

Popular Posts

link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...