Salam Isnin buat semua sahabat2...
Terkejut ibu baca artikel dibawah ni, tak tahu apa nak jadi dunia hari ini,
Sumbang mahram semakin berleluasa samaada dengan kerelaan atau pun tidak!
Apa pun jomm baca artikel kat bawah ni ibu just C&P je..
~Pasangan ayah dan anak yang di bawa masuk ke mahkamah~
KOTA BHARU: “Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha).
“Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.